Monday, December 7, 2009

Cukupkah kita dengan selemah-lemah iman?

Tukang kebun nak mulakan artikel kali dengan sabda nabi saw yg berbunyi:

Man ra-a minkum munkaran falyughaiyirhu biyadih, faman lam yastathi’ fabilisanih, famal lam yastathi’ fabiqalbih, wahua adh’aful iman.

Ertinya: Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran maka tegahlah dengan tangan (kekuasaan), kalau ia tidak sanggup (berbuat demikian), maka hendaklah ia mengubah dengan lisannya, dan kalau tidak sanggup (pula), maka hendaklah ia melakukan dengan hatinya (mendo’akan), yang demikian adalah selemah-lemah iman. (H.R. Ahad bin Hanbal, Muslim dan Ashab as-Sunan (para ahli hadis penyusun kitab hadis Sunan).

Pengalaman belajar di salah sebuat ipt di Pantai Timur Malaysia menjadikan aku seorang yg amat bertuah. Mungkin kerana aku telah ditemukan Allah dengan sahabat-sahabiah yg sentiasa mendukung perjuangan dakwah Rasulullah saw..

Suasana malam-malam kami diimarahkan dengan program-program tarbiah musolla kampus. Suasana 1/3 malam hujung minggu kami menjadi tempat perhimpunan untuk sama-sama bangun bermunajat & bermuhasabah.. hari-hari kami pula dikejutkan dengan "Missed calls" oleh sahabiah-sahabiah sempena Qiammullail di bilik masing-masing. Meskipun hari-hari mengikat kami untuk sentiasa bersama-sama melakukan ibadah Qiam, waktu Subuhlah menjadi pengubat rindu untuk kami sama-sama berjemaah dan mengalunkan doa ma'thurat di rumah Allah..


Ya Allah, rindunya aku pada sahabiah..

Masih terngiang-ngiang suara sahabiah-sahabiah menyampaikan tazkirah ketika membuat halaqoh bersama jemaah muslimat di musolla. Selain debat, pidato..halaqoh menjadi medan untuk diri aku untuk berkata-kata. Namun, ia pastinya takkan menyamai debat dan pidato yang biasa aku sertai. Halaqoh berunsur tarbiah seta ber"roh" Islam, ia amat istimewa buat aku..mungkin kerana itulah menjadi antara penguat punca aku meninggalkan dunia debat dan pidato yg amat aku cintai suatu ketika dulu.


Namun, dunia pada hari ini tidak cukup sekadar memberi tazkirah. Kefasadan tidak akan terlerai hanya dengan lisan semata-mata. Akan tetapi ianya membuntuhkan tangan-tangan untuk mengubahnya yakni ( kuasa ) sebagaimana kehendak Allah taala dalam hadis di atas. Dan istilah kuasa tersebut tidak hanya tertakluk pada pemerintah ataupun pemimpin tinggi.


Aku menyaksikan dengan jelas suasana di tanah air tercinta mahupun spesifiknya lagi di kampus lama aku sendiri. Ramai yg pandai berkata-kata akan tetapi tidak melaksanakan sebagaimana yg diucapkannya, ramai yg hanya berani berkata-kata dalam tazkirah mahupun perbualan akan tetapi apabila kemungkaran berada di depan mata, serta merta dakwahnya beralih kepada selemah-lemah iman yakni berdoa melalui hati semata-mata.

Bukankah lebih hebat kalau ketiga-tiga pilihan yg Allah taala berikan kepada kita, kita menggabungkannya?


Aku bukan bermaksud menyatakan diri aku yg terhebat, i'm far from from perfect..
Atas dasar merasai kekurangan diri sendiri la aku menulis artikel ini untuk sama2 memperbaiki kelemahan diri sebagai seorang dai'e. Di sini, aku titipkan pengalaman aku berdakwah di kampus lama. Coupling, dating, pakaian terdedah di sana-sini..menjadi situasi biasa di kampus yg dahulunya pernah dikenali sebagai bumi tarbiah.

Suatu malam ketika balik dari musolla, aku dan seorang sahabiah terserempak dengan sepasang kekasih yg sedang asyik duduk berkepit di bangku reakreasi. Sahabiah aku mendengus meluahkan marahnya terhadap kelakuan mahasiswa dan mahasiswi tersebut. Darah muda aku tiba2 mengalir deras..Aku mengajak sahabiah menyaksikan gelagat mereka di tempat yg sedikit tersorok lebih kurang dalam 5minit.

Sahabiah aku seperti biasa menanyakan persoalan pada aku,
"ehm, nak tegur diorang ke?"
"ha'ah," balas aku.
"ala, tak berani la..lagipun, budak2 macam tuh bukan jenis makan saman!" keluh sahabiah.
"tak pe kalau tak berani, cukup la enti teman ana.. soal, diorang tu nak endah tak teguran kita..terpulang, yg penting kita kena cuba cegah. Lagipun enti..sampai bila kita nak asyik selemah-lemah iman? enti sebenarnya jauh lg hebat dari ana, tolong teman ana ye.." Aku memujuk.
"ok-ok la..hah, jomla pergi tegur sekarang!kena gigit nyamuk dah ni," sahabiah bersetuju.
"Bismillahirrohmaanirrahim..jom!sambil pandang muka diorang nanti jangan lupa hembus sket doa nabi daud bagi melembut hati," sahut aku dalam keadaan tergelak.


Misi bermula..

"Assalamualaikum, maaf mengganggu ye..tumpang tanya ni adik-beradik ke?"

soal aku perlahan.
"ehm...tak.." pasangan kekasih tersebut saling berpandangan, lambat untuk mereka menjawab pertanyaan aku. Mungkin mereka sudah meramal kehadiran aku dan sahabiah dalam keadaan berjubah dan masih bertelekung sembahyang itu adalah untuk menegur perbuatan mereka.
"Maaf ye dik..adik ada urusan penting ke duduk berdua dekat sini?"aku cuba berhati-hati bertanyakan soalan, jauh di sudut hati aku untuk menyinggung perasaan mereka berdua sebagai mad'u.
"ada kerja sket nak bincang.." lelaki yg berkaca mata trend terkini itu pantas menjawab. Riak wajah gadis yg berseluar jeans dan berbaju sendat itu sedikit berubah, wajahnya masam mencuka. Dia mengalihkan pandangannya dari menatap aku. Jelas dia tidak senang dengan pertanyaan aku.

Sedar akan perubahan tersebut, hati aku berdoa.."Bantu aku Ya Allah, "
Aku cuba sedaya mungkin menyampaikan apa yg datang dari hati, aku cuba mengaturkan bahasa paling lembut..
"Dik, sebelum akak tegur ni akak nak minta maaf banyak2..td dekat surau, ustaz baru je pesan supaya jangan duduk berduaan macam ni, boleh mendatangkan fitnah. Akak tegur kerana sayang, sayang sebab kita saudara sesama Islam.. (ketika ini gadis tersebut mengangkat wajahnya yg sedang menunduk, dia memandang wajah aku. Aku dapat rasakan bahawa ada perubahan pada wajahnya, dia tak lagi memasamkan wajah, hati aku sedikit terkedu..)

Kalau adik berdua betul2 ada urusan kerja yg penting, ajaklah teman sekali..yg penting kena lebihkan perempuan supaya tak jadi berpasang-pasangan..akak minta maaf ye dik mengganggu, terima kasih banyak ye.."
"eh, xpe terima kasih.." lelaki itu membalas, manakala si gadis hanya menganggukkan kepala sambil meleparkan senyuman, manis sekali.
"Assamualaikum.." aku dan sahabiah mengakhiri misi kami.
"Wa'alaikussalam.." lelaki tersebut kelihatan seolah sedang berfikir ketika kami meninggalkannya.

Sahabat-sahabiah..itu merupakan secebis pengalaman dakwah yg aku pernah tempuhi, tak semuanya manis..ada jua walapun dah ditegur dengan baik, lembut..menerimanya tapi masih kekal dengan perbuatan mereka.
Kadang2 aku pura2 berlakon menerima panggilan dari Ustaz(Lecturer yg bertugas sebagai warden hostel,kolej kediaman) untuk memastikan mereka meninggalkan tempat dating mereka. Lakonan sedemikian memang selalu berhasil.. namun tak semestinya apabila mereka meninggal tempat dating ketika itu, bermakna mereka akan meninggalkan perbuatan mereka tersebut.

Memang perkara sedemikian mengecewakan aku, aku tak sampai hati nak menghukum mereka kerana family aku juga ada yg bersikap sedemikan rupa. Tapi tu tak bermakna ia akan menyekat misi dakwah aku selama ini..
walaupon aku sedar, aku banyak sangat yang kurangnya..then, aku nak minta maaf seandainya pengalaman aku ni menimbulkan prasangka yg kurang menyenangkan..sekadar perkongsian, mana yang baek amek..kalo aku salah, korang teguqla aku..semoga setiap amalan yang kita usahakan dipandang Allah taala,

Terakhir, Aku nak promote sebuah buku berjudul Bekalan di Sepanjang Jalan Da'wah karangan Mustafa Masyhur..buku tu bagus, sahabat-sahabiah bolehlah menelaahnya sebagai bekalan kita selaku seorang dai'e.
Wallau'alam..

0 comments: