Monday, December 7, 2009

Langkah dalam perhubungan...opsss,


Melakukan yang terbaik atau bersederhana pilihanmu?

Suatu malam, aku mendapat mesej dari seorang junior di campus lama. Dia bukanlah junior yang sama jurusan dengan aku, tetapi junior yang sering memeriahkan aktiviti tarbiah di musolla suatu ketika dulu.


Hand phone burok aku sudah lama sepi tanpa berita mengenainya. Kadang2 aku berasa seolah-olah sms bertanya khabar dan kata-kata hanya bertepuk sebelah tangan. Sedikit terkedu apabila nama junior muslimah itu tiba2 tertera pada skrin telefon.


“Kenapa agaknya..” persoalan tersebut tiba2 hadir dalam diri aku.


Nyata setelah menatap sms yang panjang kira-kira 3 space itu, tahulah aku bahawa adik tersebut sedang dilanda masalah yang berat baginya.

Dari berita terakhir mengenai adik itu yang aku dapati dari teman di campus lama, adik tersebut semakin jarang berjemaah di musolla. Apatah lagi untuk terbabit dengan aktiviti2 tarbiah anjuran musolla. Hal itu sedikit membuatkan aku berasa sedikit terkilan..mungkinkah aku tersalah niat semasa mentarbiahnya dulu.
Mungkin……………

Dalam smsnya dia meluahkan, kenapa sahabat baiknya tidak pernah menghargai pengorbanannya dalam persahabatan. Katanya dia telah melakukan yang terbaik demi untuk sahabatnya itu. Dia sentiasa dipersalahkan oleh sahabatnya dalam banyak hal. Dia mempersoalkan kenapa hanya dia sahaja yang asyik berkorban dan perlu mengalah selama ni. Dia berasa amat penat dan semakin berputus asa terhadap dugaan demi dugaan yang menimpa dalam persahabatan mereka.

Aku berfikir sejenak sebelum membalas mesej adik tersebut. Teringat aku akan pesanan bermakna seorang kakak di campus lama dulu..

“Apabila hubungan kita dengan Allah swt terjaga, Insya Allah hubungan kita dengan manusia pada masa yang sama akan turut dijaga oleh Allah swt..yang utama jagalah hubungan dengan Allah, secara tak lansung hubungan kita dengan sesama manusia akan dipeliharaNya.”

Justeru, Aku menitipkan kata-kata nasihat ini buat adik tersebut. Dia masih mengajukan perkara2 yang masih berlinkung dalam kegusarannya. Kemudian Aku mencadangkan dia supaya cuba mengamalkan doa Rabitah setiap kali lepas solat atau di masa lapangnya mahupun sebelum dia menemui sahabatnya itu.

Nasihat Aku lagi..Insya Allah, Allah akan bukakan hati sahabatnya itu untuk menyedari segala pengorbanannya selama ini dan bersifat lebih menghargainya. Apa yang penting, kita perlu sentiasa berbalik pada Allah swt..kadangkala ujian datang bilamana kita semakin jauh denganNya. Malangnya kita sering tak menyedari lalu menganggap Allah sebagai tidak adil. Pernahkah kita bertanya pada diri kita yang serba kekurangan ini bahawa adakah kita adil terhadap Allah swt selama ini. Adil terhadap kemahuannya pada kita selaku seorang hamba.
Berprasangka baiklah terhadap dugaan Allah pada kita, bukankah Allah swt telah berpesan,

“Aku sebagaimana yang engkau sangkakan!”
itulah antara nasihat aku yang tak seberapa pada adik tersebut.

Prasangka buruk maka buruklah balasanNya, prasangka baik maka baiklah anugerahNya pada kita..itulah keadilan hakiki yang sering disalah ertikan kita semua. Kita hanya ingin melakukan hal yang terbaik pada perkara yang menyeliputi kepentingan peribadi kita sahaja, sedangkan dengan Allah kita sentiasa bermudah-mudah dan bersikap sambil lewa.

Birthday sahabat,dengan orang yang kita sayang.. bukan main kita raikan dengan semeriah-meriahnya..sanggup berhabis duit, sanggup luangkan masa berjam-jam lamanya, sanggup buang tenaga untuk ke sana ke mari..membeli hadiah yang termahal, tercantik..kesukaannya dan sebagainya, wah, mantap pengorbanan dalam perhubungan manusia..kononnya ingin memberikan yang terbaik!

Ya, memanglah tak salah di sisi agama..tapi pernahkah kita comparekan pengorbanan kita terhadap manusia dengan pengorbanan kita terhadap Allah swt??? agaknya jika boleh ditimbang dengan neraca, manakah yang lebih berat..lebih banyak?

Waktu yang kita luangkan untuk Allah swt, untuk bersama denganNya, sejauh mana ibadah yang kita kerjakan selama ini, sebanyak mana perkara yang disukai Allah telah kita laksanakan..atau yang wajib pun masih terabai?

Tak perlu tepuk dada, untuk bertanya pada selera mahupun iman! Bagi jiwa yang kerdil ini, diri sendiri pun takkan pernah mampu mengukur tahap iman yang sebenar..

Justeru bila kita berpenat lelah untuk manusia, berkorban bermati-matian demi melakukan yang terbaik untuk yang tersayang..bila datangnya musibah seperti mereka tak reti nak menghargai..mulalah menyalahkan Tuhan. Kenapa timpakan kita dengan ujian..dugaan yang tak putus2..kenapalah dunia ni tak adil..dan bla2..

Masya Allah, Subhanallah..Allah datangkan ujian buat kita, kerana nak ketuk kita yang asyik terlena dibuai arus dunia, yang semakin terleka dengan pesona dunia supaya sedar, Dia datangkan ujian supaya kita yang dah jauh dariNya semakin dekat serta kembali akrab denganNya..Kerana masih sayang dan ingin bagi peluang pada kita.. Tetapi kita lansung menyalahkanNya. Astaghfirullahal’azim..

Ada pulak dengan berani menyatakan bahawa kenapa dia harus menerima dugaan itu dan ini..sedangkan setiap perbuatannya selama ini diniatkan semata-mata kerana Allah swt..
Fuh, berani betul! Almaklumlah dia punyai kayu pembaris khas untuk mengukur tahap iman sendiri..Memanglah setiap amalan takkan dikira tanpa bersertakan niat yang ikhlas semata-mata mengharapkan keredhoanNya. Tapi buat apa niat sahaja berkobar-kobar tapi bila menyelusuri tindakan dan hakikat pelaksanaannya..hampeh! Ibarat cakap tak serupa bikin la..

Banyak plak berleter Aku ni ye..sebenarnya apa yang dileteri sedikit sebanyak berkaitan dengan pengalaman yang pernah dilalui oleh diri sendiri.

Yang jelas, Aku rasa sampai ke hari ini adanya kekurangan dalam nasihat yang aku pernah berikan pada adik2..sahabat2 di campus lama dulu ataupun di campus2 lain dalam bab ukhwah berserta perbuatan aku sendiri dalam membina perhubungan sesama manusia.

Apakah tahap yang sewajarnya diberikan dalam perhubungan manusia,
Yang terbaik atau……………………………………….sebaliknya?

aku tertarik dengan
Firman Allah dalam surah Luqman ayat 19 ;-

“ Dan sederhanalah langkahmu ketika berjalan, juga rendahkanlah suaramu (ketika berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara itu adalah suara keldai”.


Justeru “key”nya kat sini adalah bersederhana. Sederhana bermaksud tak lebih tak kurang. Dalam erti kata lain, mengambil jalan tengah dalam melakukan apa saja agar tidak melampau tetapi tidak pula terlalu kurang sehinggakan menjejaskan sesuatu. Sederhana dituntut agama dan dianjurkan pada penganut Islam.

Demikian tolerannya Islam, hatta dalam melakukan ibadat, perhubungan sesama manusia, penganutnya dituntut untuk tak terlebih dan tak terkurang. Rasulullah saw bersabda, diriwayatkan Ibnu Majah, daripada Abi Abbas Sahli bin Saidi, beliau berkata, seorang lelaki datang bertemu Rasulullah saw dan mengajukan soalan ;

“ Wahai Rasulullah, tunjukkan padaku suatu amalan, sekiranya aku kerjakan, aku akan dicintai Allah dan juga dicintai manusia? Maka Rasulullah berkata, bersederhanalah kamu dalam hal keduniaan, pasti Allah akan mencintaimu. Dan bersederhanalah juga kamu dalam urusan yang ada pada manusia, nescaya manusia akan mencintaimu..”.

Hah, gitu dier..maka bersederhanalah…terhadap sahabat2 dan orang2 sekeliling.. sesungguhnya Rasulullah telah membawakan peringatan..
Jangan terlampau menyeksa diri..jangan terlalu mengharapkan balasan baik dari setiap manusia..kerana setiap manusia tak lepas dari kelemahan..
Banyakkan bersabar dan beristighfar wahai diri..
Kerana orang yang bersabar bilamana tersisih atau disisih, akan dijanjikan Tuhan sebagai golongan yang akan bersama Rasulullah saw di Mahsyar kelak…so, beringatlah sokmo=)


Tukang kebun solehah: Yang tengah duk syok bercinta tuh elok sangatlah bersederhana…coz kalau terputus, taklah frust sangatkan? Ada cinta yang lebih Agung yg perlu didahulukan para hamba..maaf andai tercacat bicara..




0 comments: