Monday, December 7, 2009

"..Memandang dari aspek orang yang berilmu.."



Tukang kebun baru saje selesai mengikuti dinner sempena meraikan persatuan penduduk cina di taman Berkeley, Klang(tol tak eja name tempat nih?huhu..)..tukang kebun dapat seat percuma malam coz menjadi moderator under program Dr.Halimah mase cuti sem baru-baru ni..(orang len kene bayar,huhu..)thanx pada Ir.Tuan Hj Izham teman rapat Yb Ir. Nizar di Uk dulu kerana banyak menyumbang demi Islam. YB Ir.Nizar turut hadir, apa yang membuatkan tukang kebun tertarik adalah..YB Ir. Nizar memang bertindak selaku seorang Da'ie pada malam tersebut. Kaum cina tanpa mengira usia khusyuk mendengar YB Ir. Nizar bercerita tentang kisah kaum 'ad, berdasarkan ayat Al-Quran..tukang kebun memang takjub melihat suasana dinner pada malam tu..mereka betul2 kelihatan fokus dan berminat, berbeza dengan slot pengisian sebelum YB Ir. Nizar berucap.. bagaimanapon coret2 dinner bersama YB Nizar hanyalah sekadar selingan untuk artikel kali ni..


“Memandang dari aspek orang yang berilmu..”
Tukang kebun@aku tertarik dengan kata –kata seorang yang bergelar ulama’ sewaktu pembentangan usul di Dewan Rakyat. Tarikh yang tepat aku lupa, tetapi hujah balas oleh ulama’ pada masa itu yang melekat di benak aku sampai sekarang. Ketika itu beliau dikecam hebat oleh segelintir ahli dun yang berlainan aliran perjuangan kerana mengambil kata-kata Tun Dr. Mahathir.

Bagi yang tidak berpuas hati ketika itu, mereka berpendapat ulama’ tersebut dilihat seolah tidak berprinsip kerana tiba-tiba mengguna pakai kata-kata Tun Dr Mahathir sedangkan bukankah barisan perjuangan di pihak ulama’ itu sendiri seolah dilihat begitu membenci Tun.Dr Mahathir selama ini?

Perlu diberi perhatian disini, penekanan aku bukanlah untuk menyebelahi mana-mana parti politik. Akan tetapi suasana dewan ketika itu jelas menggambarkan kebiadapan sesetengah YB yang “mengalahkan budak-budak sewaktu bergaduh”. Perkataan-perkataan kesat yang dilontarkan dan tingkah-laku yang sangat tidak sopan yang diaksikan ketika itu mencetuskan persoalan di minda aku, mereka inikah yang dipanggil “wakil rakyat”..wakil kepada rakyat? huh..rasanya mak cik yang jual buah tepi jalan tu lebih layak..ini baru masuk bab akhlak, belum lg bab ibadah, akidah dan lain-lain..

Ulama’ tersebut mengulas sewaktu hujah balas, beliau mengambil kata-kata Tun Dr. Mahathir kerana mengambil kira dari aspek ilmu yang baik. Terdetus di hati aku ketika itu, Islam itu tidak pernah melarang umatnya mengambil ilmu dari orang yang bukan Islam, apatah lagi ilmu itu baik untuk disuaipakai dalam kehidupan..inikan lagi kita sesama Islam?

Tak baca sejarah ke mereka nih..tengok saja bagaimana Rasulullah s.a.w bersikap pada tawanan perang yang bukan Islam..dikatakan dan pernah diceritakan menerusi sirah, bahawa sebagai ganti untuk pembebasan mereka, Rasulullah s.a.w meminta mereka mengajarkan apa sahaja ilmu yang mereka miliki dan mahir kepada orang –orang Islam dan anak –anak orang Islam ketika itu sehingga berhasil..tawanan perang tu kan ke bukan Islam? Rasulullah larang tak mengambil ilmu mereka? Siap suruh ajar lagi ada laa.. Islam itu indah, agama yang penuh toleransi dan bersangka baik..tidak mendiskriminasikan sesuatu yang dianggap baik dan bermanfaat..

Habis, adakah menjadi suatu kesalahan yang sangat besar sekiranya seseorang itu mengambil kata-kata yang dinilai sebagai suatu ilmu yang bagus, biarpun ianya terilham oleh orang yang berlainan matlamat dan prinsip perjuangan dengan dirinya? bukankah ilham yang baik itu datangnya dari Allah, KITA SELAKU HAMBA HANYA MEMINJAM AKAL INI DARIPADA PENCIPTA. Jadi siapakah kita untuk mengukur apatah lagi menghukum manusia secara membabi buta? Siapakah yang sebenarnya terlalu membeza-bezakan sesama manusia secara amnya dan sesama muslim khususnya.

“Memandang dari aspek orang yang berilmu”..kalimah keramat inilah yang menjadi penyelamat diri aku daripada lebih banyak menjadi penghukum dunia dan mengajar aku untuk berfikiran lebih rasional terhadap sesuatu perkara.

Politik bukanlah pilihan aku untuk terlampau memperbesarkan sesuatu isu. Aku bukanlah golongan yang mewarisi kecenderungan politik sebelah pihak daripada family. “Sorry sket, my families r totally different sebenaqnya..” tetapi sikap suka mengkaji menyebabkan aku tak dapat tidak, harus menyentuh persoalan yang mempunyai perkaitan dengan politik hari ini. Lagipun politik itu memang satu cabang dalam Islam, tak perlu kita duk terikut manifestor yang lansung tidak bersumberkan al-Quran dan Assunnah.

“Pelajar tidak boleh terlibat dengan politik!” dahsyat..suatu pendekatan ghozul-fikr yang berjaya dimanipulasikan barat ke dalam ideology pemikiran masyarakat kita pada hari ini.

Sebab musuh-musuh Islam dah tahu, kalau sekiranya remaja islam tambah-tambah yang bergelar student, yang bijak pandai ni mulai ada kesedaran tentang politik..mereka akan kembali pada nilai Islam yang sebenar, mereka akan membawa suatu gelombang perubahan yang dahsyat pada dunia hari ini..dan sejarah akan berulang, Islam akan kembali menguasai dunia dan menang! Ini yang barat takut dan gerun, suara intelek remaja muslim..darah-darah muda remaja Islam! Sebab tu la syaitan menangis bagai nak rak, kalau manusia mati muda..sebab dia tak sempat nak sesatkan..

Tengok saja Sultan Muhammad Al-Fateh, umur berapa baginda tawan Kota Konstantinopel? time remaja la kan.. Al-Fateh pun student, masih berguru ngan al-Syeikh Muhammad Ismail al-Kurani masa tu..pasal usia remaja satu anugerah istimewa oleh Allah taala..otak tengah ligat ngan pelbagi idea, badan ngah cergas lagi..sebab tu kalo nak kerjakan haji, kalo mampu pi la time muda2..badan masih kuat,gagah..um, rugi la kalo kita ni duk cepat termakan propaganda2 yang hntah pape..

Kaji ilmu la, jangan main taqlid menonong je.. Al-Quran tu diturunkan bukan sekadar untuk menjadi alunan dalam solat, bukan setakat nak jadi Imam, bukan setakat duk tadarus time ramadhan, bukan setakat buat majlis khatam Quran, bukan setakat nak masuk akademi Quran, bukan setakat nak lulus peperiksaan..”
Hari ini, mereka yang menghafal 30 juzuk Al-Quran terlalu diagung-agungkan tanpa meneliti apakah mereka ini benar-benar berkualiti. Mudah, mai aku bagi satu analogi dalam suatu bingkisan sketsa..

Pada suatu hari, seorang majikan kepada sebuah syarikat memanggil pekerjanya masuk ke pejabatnya.
Majikan : Saya mahu kamu siapkan laporan berkenaan projek syarikat kita di Lebuh Raya Utara,
pastikan segala maklumat terkini dimasukkan sekali. Saya nak kamu siapkan laporan
tersebut dalam tempoh dua minggu. Kamu ingat tu,
Pekerja : Ya, saya akan ingat.
Setelah itu, pekerja tersebut pun beredar. Dua minggu kemudian pekerja itu masih belum menyerahkan laporan berkenaan kepada majikannya. Majikan tersebut pun naik berang lalu memanggil pekerja itu masuk ke pejabatnya.
Majikan : Mana tugasan yang saya suruh kamu siapkan?
Pekerja : “Saya mahu kamu siapkan laporan berkenaan projek syarikat kita di Lebuh Raya Utara,
pastikan segala maklumat terkini dimasukkan sekali. Saya nak kamu siapkan laporan
tersebut dalam tempoh dua minggu.”
Pekerja tersebut mengulangi ayat-ayat yang pernah disampaikan majikan kepadanya tempoh hari tanpa rasa bersalah.
Majikan : Saya tanya, mana tugasan yang saya suruh kamu siapkan 2 minggu yang
lepas..kenapa kamu ulangi ayat-ayat yang pernah saya sampaikan kepada kamu saya
semula? Kamu dah lupa tugasan yang saya amanahkan kepada kamu?
Pekerja : Tidak, saya ingat semua arahan tuan berkenaan tugasan itu. Saya betul-betul hafal,
saya tak melupakannya. Sedikit pun saya tak lupa.
Majikan : Saya suruh kamu laksanakan tugasan yang saya amanahkan kepada kamu, bukannya
suruh kamu ingat semata-mata. Astaghfirullah..

Huhu..macam mana, dapat tak apa yang aku cuba sampaikan? Sketsa di atas hanya sekadar analogi seorang hamba dan Tuhannya.. inilah scenario yang berlaku pada hari ini. Al-Quran tu bukan diturunkan Allah untuk sekadar hafal dan ingat semata-mata..tapi untuk dilaksanakan intipati di dalamnya.. sebenarnya sketsa yang aku cuba sampaikan ini adalah dari situasi yang pernah dilakonkan Kak Mas (Bekas Pengrah Nisa’ Malaysia) dan Kak Muna (anak Allahyarham Dato’ Fadzil Noor) sewaktu aku menjadi fasilitator bersama mereka dalam program pemulihan bagi pelacur dan mak nyah di Carlton Hotel (sebelah je bulding company yang aku kerja dulu..dekat Worldwide Business Centre di Shah Alam) Tapi, aku tambah la sket olahan sketsa tu agak kelihatan lebih menarik untuk tatapan pembaca.


Memang elok sangatla kita amati Firman Allah Taala dalam surah An-Nisa’ ayat 82:
أفلا يتدبرون القرأن ولوكان من عند غير الله لوجدوا فيه اختلٰفا كثيرا (۸۲)
“Maka apakah mereka tidak perhatikan Al-Quran? Kalau kiranya Al-Quran itu bukannya dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya.”
Teringat akan kisah ketika As-Syahid Sayyid Qutub sewaktu beliau dibawa ke tali gantung atas perintah Jamal Abdul Nasser, Presiden Republik Mesir ketika itu (alamak, tol tak aku tulis ni..check blk ye kalau salah, tak berapa ingat nama presiden Mesir tyme tuh..).

Sayyid Qutub adalah antara pejuang yang berjuang untuk mendaulatkan kalamullah, yang mendapat pertentangan hebat daripada pihak kerajaan Mesir yang menjalankan undang-undang secular pada masa itu. Sewaktu telah hampir untuk dilaksanakan hukuman gantung, Sayyid Qutub didatangi ulama’ versi kerajaan yang sengaja dihadirkan untuk mengajar setiap pesalah mengucap kalimah syahadah sebelum hukuman mati dilaksanakan. Mesti di kalangan pembaca berasa pelik kan? macam baik jugak kerajaan ni hantar ulama’ untuk ajarkan mengucap sebelum nak ajal menjemput. Tapi toksah nak heran laa.. Allahyarham Fathi Yakan pernah menyimpul dalam kitabnya “Maa zaa yaknii intima’ii lil Islam?” atau dalam bahasa malay nya, “apa ertinya saya menganut Islam?”..golongan inilah yang diklafikasikan sebagai golongan yang sesat antara dunia dan akhirat .kenapa?

Golongan ini terdiri daripada kebanyakan manusia yang akidah mereka sentiasa bergelora dan sesat dalam menjalani hidup dunia, sedangkan mereka menyangka mereka masih melakukan sesuatu yang baik. Sekalipun golongan ini beriman kepada Allah dan hari akhirat, tetapi akidah dan keyakinan mereka terhadap Allah hanyalah merupakan gambaran kulit sahaja. Akidah dan keyakinan mereka terpisah terus dari reality hidup mereka yang amali. Pada hakikatnya golongan ini termasuk ke dalam golongan yang berfahaman kebendaan dan sekalipun pada lahirnya mereka melakukan ibadat-ibadat rohani. Mereka seumpama orang yang menampal dunia dengan mengoyakkan agama sendiri.

Ni laa yang boleh diperumpamakan pada ulama versi kerajaan dan termasyuk la kerajaan ketika tu sekali, perasaan baik.. watu ulama’ tu duk syok ajar Sayyid Qutub untuk menyebut kalimah syahadah..diceritakan bahawa As-Syahid Sayyid Qutub ni tersengih sinis. Beliau sempat berkata kepada ulama’ tersebut, “Tak payah la engkau susah-susah nak ajar aku mengucap kalimah syahadah, kerana kalau sekiranya engkau faham apa yang tersirat di sebalik kalimah syahadah itu sebenarnya, sudah pasti engkau jugak akan bersama dengan aku di tali gantung ini,”. Terdiam ulama’ tersebut ketika itu.

Tapi memang ada benarnya apa yang dikatakan Sayyid Qutub, kalimah syahadah itu bukan sekadar kalimah kosong. Ia tersirat berjuta pengertian di sebaliknya..belum tentu bila kita melafazkannya dengan sempurna dan mengiktikodnya ke dalam hati kita sedalam-dalamnya, kita telah menjadi muslim yang sebenar-benarnya di sisi Allah. Allah mengajar kita untuk berfikiran out of the box bermula dari ayat-ayat cintaNYA lagi.. sebab tu Allah suruh kita mengkaji, um, istilah “gali” Ogy Ahmad Daud pon bleh pakai jugak kt sini.

Sebab tu As-Syahid Sayyid Qutub siap boleh tulis fi dzilalil Quran dalam penjara disamping seksaan demi seksaan yang dahsyat ke atasnya “macam tu je..” Sebab beliau bukan sekadar tahu tapi faham. Masya Allah, hebatkan anugerah Allah pada pejuangNYA! Professor2 zaman laa ni siap duk kelek buku2 tebal menangguk nak buleh ke siap satu research. Sayyid Qutub selamba je siapkan tafsir Quran tanpa sebarang rujukan melainkan melalui hafalan ayatul Quran dalam kepalanya, semasa dalam tahanan.

Berbalik pada perbincangan mengenai “memandang aspek orang yang berilmu”. Setengah orang mengambil pendekatan syadid suatu perkara cam lansung menghapuskan penggunaan televisyen di rumah kerana nak menjaga diri dan ahli rumah. Itu aku hormat,ada bagusnya. Tapi jangan kita cepat menghukum orang memiliki televisyen tu seolah orang tidak menjaga sepertimana yang kita cuba lakukan.

Suatu hari, aku balik dari kerja agak awal. Biasanya aku balik lewat malam, kerana komitmen kerja aku dulu agak berat. Nak katanya, selepas solat magrib-mengajar housemate ngaji-solat isya’, adalah sket waktu nak rest sambil nonton tv. Waktu tu aku ngan housemate umah sewa yang umurnya dah nak masuk 40 tahun. Kami nonton cite Gold an gincu kalo tak silapla..dalam cite tuh, ada salah sorang dari geng mereka yang tomboy kene wat practical kat satu tempat yang wajib pakai tudung & tutup aurat sebab bosnya (warak gitu..) telah tetapkan tu sebagai polisi & etika bekerja dalam syarikatnya..bagusla kan pada hemat kita.

Tapi nak jadikan ceritanya, cerita tu seolahnya nak sampaikan pada masyarakat perkara tu tak bagus sebab mendorong orang jadi hipokrit sebab pakai tudung masa bekerja je, lepas tu dah abes kerja buang tudung sebab tak ikhlas..adala satu slot dalam cite tu di mana kawan dia nasihatkan dia supaya jangan pakai tudung kalau tak ikhlas. So, nak cakapnya housemate aku yang tak de background agama yang baik ni pon tersangatlah agree ngan pandangan tuh.. dia pon ada la duk ulas satu dua pasal hal ikhlas ni depan aku. Aku diam je mula-mula, just senyum dan dengar macam berminat. Bila cerita kat TV tu dah nak abes, aku pun mulalah bersuara.

“Akak, kewajipan Allah tu tak bersyaratkan keikhlasan tapi syarat dia muslim yang mukhallaf, maknanya kak.. yang waras akal,tak gila dan yang dah mumayyiz..taw beza baik buruk.. tapi, syarat kepada perhitungan Allah tu, yakni pahala..barulah dijudge berdasarkan keikhlasan kita.. dah namanya pun kita ni hamba, bila Allah suruh dan wajibkan..kita wajib buat. Akak tak pelik ke, time makan dan mandi takde plak kita dengar manusia zaman sekarang ni cakap, nak tunggu sampai betul2 ikhlas baru nak buat..hai banyaknya la alasan kan, kata mengaku hamba Allah..hamba mestilah ikut cakap Tuannya, tak gitu?”
Housemate aku dalam paksa rela pon cakapla, “baikla Ustazah……….”melerek bunyinya.

Dalam mengadaptasikan konsep, “memandang sesuatu perkara dari aspek orang yang berilmu” di sini. Tak semestinya sesuatu yang buruk yang ditonjolkan itu, harus diterima. Olahnya dari aspek yang baik. Selaku orang yang berilmu kita harus bijak menilai dan mengambil manfaat dari tiap sesuatu perkara. Contohnya, jika sekiranya kita tidak menonton cerita sedemikian, kita tidak tahu wujudnya cerita berunsur sedemikian rupa.

Tanpa kita sedari, cerita yang dianggap sebagai sekadar hiburan oleh masyarakat itu telah berjaya mempengaruhi mentality mad’u2 di sekeliling kita ke arah negatif. Kita tidak dapat menyekat masyarakat untuk memiliki tv kerana ramai beranggapan ianya suatu keperluan. Dengan hanya meneka tv banyak memudhoratkan pemikiran, kita tidak akan mampu menguasai pemikiran mad’u kita dengan baik.

Sebagai contoh, kita boleh menyelitkan isu dari sesuatu cerita tv yang kita tonton dalam kuliah2 tazkirah yang kita sampaikan di surau2 ataupun masjid2. Ia penting bagi membetulkan kefahaman sebenar masyarakat yang cetek kefahaman berkenaan agama daripada terpengaruh. Saidina Umar al-Khattab menyifatkan, orang yang tidak tahu rupa kejahatan itu lebih terdorong untuk terperangkap di dalamnya berbanding orang yang berusaha menyelidikinya. Ini bermakna kita jangan hanya duk diam berpeluk tubuh sahaja, dan menghukum ini tak boleh..itu tak boleh..tapi tidak berbuat sesuatu untuk masyarakat. Don’t be selfish dan hanya nak menyelamatkan diri kita dan keluarga sahaja. Tapi jangan la sampai duk terlebih, biar bersederhana la..tengok tv boleh, tapi tengokla dari aspek pandangan orang yang berilmu.

Cewah..cam baguih sangat aku nih..xdela..Aku pun lemah, tapi sama-samalah kita memperbaiki diri dan mentality demi kemaslahatan ummah.
Harapnya aku ada lebih banyak masa untuk up-date blog lepas ni..
Tuhan, biarkan melodi dakwah dari tukang kebun (versi solehah kenkonon nih) terus beralun…
Pasya’!!!Chayok-chayok!!!

1 comments:

mawarberduri said...

masya Allah pngj blog ukhti je da melambangkan btapa sarat ilmu y cuba dkongsikan.

i like d way u write ukhti :) u NEVER judge ppl outta there. syukur. baru betul da'i. nih x, ad tuh pkai tdg labuh pkai jubah tp sb tak fhm btul2 ap itu dkwh, ap itu perjuangan, ap tuh mehnah dan tribulasi, buku maza yakni pun tak hadam2 lg maw ckp kt org2 seksi2 "kaw tak ingat mati ke woi!!"

nmpk membe2 sy y girly yet damn sexy plus gorgeous habes (bff zmn sek dlu) trus ckp sy da tak thiqah sb kwn dgn pelaku maksiat. takkan nak biar je mrka tnpa didakwah. they r d mad'u what??

alhamdulillah~ moga kte istqmh, ameen :)