Monday, December 7, 2009

Syadid ke? So what ???!!!


Prinsip aku, aku tidak akan meluahkan sesuatu yang berunsur “Syadid” di hadapan umum kecuali tahap mad’u tersebut membenarkan aku berbuat demikian.

Sebagai gambaran ringkas, berkenaan pandangan peribadi aku terhadap isu couple atau hubungan istimewa/cinta antara rijal dan nisa’ sebelum mempunyai ikatan halal(nikah). Teman-teman sekelas aku waktu di campus lama dulu sering bertanyakan kenapa, mengapa, dan apa sebabnya aku terlalu kerek dengan muslimin-muslimin yang kelihatan benar2 ikhlas menyukai aku pada tanggapan mereka. Mereka juga selalu melabelkan aku dengan istilah, “jual mahal” ataupun “terlalu memilih”. Huh!!!
Ini salah satu dari tahap mad’u yang dimaksudkan membenarkan aku untuk berhujah meluahkan suatu pandangan yang agak syadid. Lazimnya aku akan meminjam kata2 dari kisah Mafraq untuk menangkis dakwaan sinis mereka terhadap aku. Tapi aku ade ubahlah sedikit..

“friend..2 b honest, i haven’t found any entry in Islam that permits what you are asking me right now. And I haven’t heard from anyone faqih that love before marriage is permitted. But I know there’s no relationship between male and female except for what is very important and official between them such as class, musolla or somethings like that…
So, may I know what kind of relationship you are trying to ask me to build with him? And I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now?”

Bagi aku meninggalkan tanda persoalan dalam setiap dakwah yang kita cuba sampaikan dalam benak pemikiran mad’u adalah lebih berbaloi.. Mereka tidak akan sekadar memasang telinga untuk mendengar bahkan mereka akan turut sama berfikir. Dari pemikiranlah biasanya akan mencetuskan kesedaran. And for me, “Keinsafan takkan cukup tanpa kesedaran yang berterusan..”

Kadang2 apabila mad’u masih kelihatan ragu2 untuk menerima apa yang aku cuba sampaikan, aku akan menambah dengan statement sebegini..

“it’s not me who want to make decision like this, but Allah tells us so”

Kawan-kawan kelas dakwah aku sudah terbiasa mendengar aku mengunakan English sebagai bahasa perhubungan. Biarpun broken habis...(",)Sewaktu dalam db8 dulu, aku bley kate banyak bergaul dengan students jurusan kesusasteraan English..jadi ia merupakan perkara normal buat mereka. Apa yang aku cuba sampaikan di sini, sebagai pendakwah kita juga harus matang menyesuaikan keadaan dan mad’u semasa. Bukannya apa, sesetengah mad’u kemungkinan ada yang jenis jelek mendengar kita berkomunikasi dalam bahasa asing. Dalam hal sebegini, rutin seorang dai’e kita sewajarnya tidak boleh menyalahkan mereka. Dek kerana itu, kita seharusnya bijak dan kreatif dalam memonopoli psikologi para mad’u.

Berbalik pada cerita rakan sekelas aku tadi, mereka juga merupakan mad’u terdekat aku ketika itu. Walaupun masing-masing dalam jurusan agama, itu tidak bermakna istilah mad’u luntur pada diri meka. Masih terngiang-ngiang kata2 dari seorang lecturer bergelar ustaz di campus lama dulu,

“Enti, ustaz tengok kelas enti ni berat…nama sahaja pengajian Islam tapi penampilan, muamalat tak gaya lansung. Ustaz teliti kan, jumlah yang nak pada Islam boleh bilang dengan jari..tanggungjawab enti besar ustaz tahu, tapi tolong jangan abaikan rakan2 sekelas enti..”

Aku tahu kerja dakwah bukannya semudah apa yang telah aku coretkan pada blog ni..hanya yang memikul, akan terasa bebannya.

Aku lazimnya takkan sewenang-wenangnya meluahkan pandangan yang berunsur syadid jika tiada angin yang menggoncang pohon sebagaimana situasi aku tadi. Bagi sudut pegangan atau prinsip, Aku lebih gemar memperibadikan ia. Terkecuali sekiranya ada mad’u yang cuba mempersoalkan ataupun bertanyakan pandangan..justeru itu aku meluahkannya agar tidak datang fitnah yang lebih besar.

Kenapa aku lebih memilih menyimpan pandangan-pandangan yang berunsur syadid berkunci dalam pegangan diri aku ni semata-mata? Hal ini bagi mengelak mereka merasakan kita terlampau syadid. Keadaan tersebut akan lebih membuatkan mad’u semakin jauh dari kita.

Sebagaimana seorang dai’e, kita perlu mengkaji mad’u-mad’u sekeliling kita atau yang bakal kita hadapi. Bagi aku, sifat dai’e itu haruslah semanis gula..semut-semut pula umpama mad’u..apabila dai’e itu bersifat seperti manisnya gula, maka akan berduyun-duyunlah semut-semut datang mengerumuni kita..Lagipun, aku perlu sedar..level iman masing2 adalah berbeza..ada tempat mereka jauh lebih bagus dari aku, dan ada tempatnya mungkin kelebihan menyebelahi kita..

Justeru aku cuba mengambil pendekatan, seandainya mad’u-madu sekeliling aku ada yang bercouple seperti teman sekelas, adik-beradik atau orang yang aku kurang kenali..aku tidakla terus membacakan dalil supaya mereka memutuskan hubungan tersebut dengn segera. Aku lebih memilih untuk menasihati mereka supaya menjaga batas-batas yang amat ditekankan agama, seperti menjaga aurat dan maruah, tidak melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan fitnah atau sekurang-kurangnya mengajak lebih ramai teman yang terdiri dari kalangan muslimat apabila ingin keluar berjumpa.

Apabila mereka menjadikan kita tempat untuk bercerita bahagia berkenaan pasangan mereka, usahlah segera menolak. Dengarlah sekadar termampu sebagai langkah awal meraikan mereka sebagai mad’u. Namun, jangan kita berlebihan sehingga ianya mampu mempengaruhi jiwa dan nurani kita sebagai dai’e. Tidak mustahil suatu masa nanti mad’u kita tersebut akan juga turut menceritakan saat sukar hubungan mereka. Mungkin di saat itulah, kita boleh mengambil peluang menyedarkan mereka akan hakikat cinta yang sebenar..
Lalu, bagaimana kita ingin menyampaikan sesuatu yang benar di sisi agama tapi mad’u-mad’u sukar menerimanya dan menghukumkan ia sebagai tanggapan yang terlalu syadid?

Bagi diri aku yang diselubungi kekurangan ini, aku merasakan tulisan, artikel atau medium sebegini adalah jalan yang terbaik untuk kita menyampaikan apa yang seharusnya disampaikan..namun ianya perlulah jua memiliki uslub2 dakwah yang tertentu.

Kenapa plak ye?

Bagi diri aku la, pendekatan dakwah melalui medium2 sebegini yang tidak memerlukan dai’e bersemuka secara face 2 face dengan mad’unya, sedikit melonggarkan prosedur dakwah secara sosiologi..So, ia mungkin sesuai jika dai’e bijak menyampaikan mesej dakwahnya kerana mad’unya kini bersifat umum..tidak lagi khusus atau berfokus pada suatu pihak semata-mata.Apa yg cuba aku sampaikan, S-Y-A-D-I-D itu adalah istilah yang mempunyai makna yang meluas. Namun, majority lebih terfokus menggunapakai istilah tersebut buat menggambarkan atau lebih tajamnya, menghukum perwatakan seseorang yang dianggap terlalu berkeras mengambil suatu hukum berkait agama, atau terlampau tegas dalam sesuatu hal.eg.. “prof xxx tu memang jenis syadid sket..prof tak boleh nampak student laki pompuan jalan berdua, padahal bukan pimpin tangan pun!”

Salahkah perbuatan menghukum orang lain, S-Y-A-D-I-D???

Kecetekan ilmu membuatkan aku amat gusar untuk mengeluarkan apa2 fatwa persendirian..
(“,)namun jauh di lubuk iman yang lebih nipis dari selaput bawang ini, aku selesa mengatakan..lebih menguntungkan buat seorang dai’e bersikap berlapang dada dalam segenap hal, berlapang dada tidak bermaksud “berpeluk tubuh”..akan tetapi lebih bersikap terbuka dan berwaspada menimang sesuatu hal.

Apa yang penting, tugas menghukum bukanlah tugas yang sepatutnya digalas seorang muslim bergelar khalifah. Ada tugas yang sering dicicir-cicirkan dan dibuat-buat lupa oleh kita semua..yakni saling berpesan-pesan pada kebenaran, tugas menyeru iaitu dakwah.

Hmm..setakat ini dulu melodi dakwah dari aku, "Tukang Kebun yang berangan nk jadi solehah", biarpun tidaklah seberapa, insya Allah apabila kita renungkannya dalam2..pasti ada jua mesej dakwah dan pengajaran yang boleh dinilai bersama..
Wallahua’lam..






2 comments:

i-alice said...

saye suke tukang kebun ni. semoge terus berkebun dan membuahkan kesolehan yg banyak dan banyak. share ye nanti. hehe

nuh (AnaMuslim) said...

Assalamualaikum.

Tukang kebun y berangan menjadi solehah ni telah pun berjaya menjadi Solehah dan membawa segala kebaikan kepada penontonnya terutama remaja y sangat menyimpang jauh seperti saya kak. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan perjalanan hidup kak Elly. Amin. :)