Tuesday, January 24, 2012

..Asyik-asyik, mengadu..


Ya Allah, 

Hamba kusut sekarang..

Macam mana ni Ya Allah..

Banyak sangat dosa hamba..

Hamba malu diajak berkongsi kata-kata..

Mereka fikir hamba baik, mungkin juga 'alim (mengetahui) agaknya..

Padahal hamba cuma biasa-biasa..

ilmu hamba sangat tak seberapa..

Sudah dua talk hamba terpaksa dibatalkan, 

Hamba rasa hamba tak mampu..

Hamba bukanlah orang yang pantas dilihat sebagai ikon,

nasib, hamba bukan pemenang.

Hamba tak tertekan, hamba cuma malu besar.

Paling malu dengan Engkau Ya Allah..

Pasal, semua keburukkan hamba, Engkau maklum.

Macam mana ni Ya Allah.


Hamba kata nak cinta selepas 'akad lah, 

nak jadi pendakwah hebat macam Allahyarham Sheikh Ahmad Deedat la, Apa lagi angan-angan hamba? hu, Banyak la.


Tapi kadang-kadang hati hamba tak tenang, berbolak-balik. Hati hamba ni macam-macam betul!

Hamba takut cinta hamba pada Engkau Ya Allah berkurang setelah hamba berkahwin, Sebab nantikan hati akan ada orang lain..
Cintai makhluk lain..


So bila fikir-fikir..macam tak nak ikut sunnah tu,
(Ceh, macam baik sangat..)


Tapi yang kelakarnya macamlah hamba ni bagus sangat..

Setia dengan cinta hamba dekat Ya Allah sahaja..

Padahal hati hamba yang sebenar Engkau lagi tahu,

Amalan hamba pula langsung tak seberapa..

Macam mana ni Ya Allah?

Selalu berangan nak jadi baik, 

Tapi selalu sahaja menyeleweng..
Best nya jadi macam orang yang baik-baik..
soleh, solehah..
Dorang agaknya ada tak masalah hati macam ni.. 

Kadang-kadang jealous rasa pada Khadijah, 'Aishah yang hidup di zaman Rasululullah saw..

Dapat jadi zaujah insan paling baik di dunia lagi..

Tapi masalahnya, nak jealous pun tak bertempat..

Bab amalan tak ada pulak nak berlumba dengan mereka,

Macam mana ni Ya Allah..

Padan duk meluah kat blog jela, 

Layan perasaan sorang-sorang..

Ada manfaat hntah tak..

Hamba minta maaf Ya Allah..

Hamba ni memang hamba yang hntah pape..

Banyak berangan je lebih..

Tapi boleh tak angan-angan hamba ni jadi doa..
please................................ :-(


Saya teringin sangat nak jadi seperti mereka yang mendapat tempat di sisi ya Allah..

Boleh ke..?



Allah..
Allah..
Allah..


<< Eche diri sendiri, sila berhenti merepek >>

..jam 3.25 pagi..









3 comments:

nuh (AnaMuslim) said...

Assalamualaikum.
Kak elly, tak pe lar. Teruskan usaha dakwah akak dan saya doakan agar akak sentiasa tabah tempuhi cabaran kehidupan ni. semoga Allah permudahkan segala urusan kak Elly dan semoga Allah berkati kehidupan akak. btw, saya suka baca tulisan kak Elly kt blog dan status fB. :)

bLoom said...

ya Allah.. tertariknya aku dgn keperibadiannya.. kenapa lah aku lambat kenaL pekebun cinta ni.. time2 nak kawen ni lah pulak Allah bagi dugaan hati cani.. -_-''

*huffaz Solehah* said...

k.elly...ber "uzlah".. kalau kita berusaha perbaiki diri inshaAllah kelak Allah akan kirimkan pendamping n teman2 yang baik.. jangan putus asa dari rahmat Allah...ayuhh caiyokk! ramai yang akan mendoakan perjalanan k.elly..laa tahzan!