Sunday, January 8, 2012

"Bertemu sepucuk surat" ..tajuk entry : selalu perasan macam novel..hehe

Rasa tiba-tiba nak berbual dengan mak..

Rindu nak cakap dengan mak, at least dapat cakap melalui telefon kira ok..

Bila rasa happy sangat, rasa nak share dengan mak..dapat duit banyak-banyak..teringin nak beli hadiah mahal-mahal untuk mak..

Teringin macam dulu-dulu..pantang ada duit siket dalam tangan mesti nak buat surprise untuk mak..

Zaman skolah, duit tak banyak..

Bila tengok mak penat-penat buat kerja kat rumah..pergi kebun tolong abah..peluh-peluh..dan bila mak cakap teringin nak makan something or minum something..

mesti cepat-cepat kumpul duit, tahan perut siket masa rehat kat sekolah supaya tak belanja duit mak bagi..balik dari sekolah, belikan apa mak idam-idamkan masa penat..

Kadang-kadang abc..


Kadang-kadang ice-cream potong yang rasa bandung campur kacang2 siket dekat hujung dia..
(pernah ke korang makan?)




Kadang-kadang air coke..
( zaman dulu kan, masa tu mana la kami tahu yang air ni sepatutnya kena boikot..hehe, sorry >,<  )

Kadang-kadang jeruk anggur..dan jeruk bidara, yummy..so sedap!!



Kadang-kadang pisang goreng panas-panas.. 



Kadang-kadang chocolate bar ,Van Houten..mak suka brand tuh..yang ada almond dekat dalam J



Bila balik dari sekolah, cepat-cepat cari mak nak bagi..tengok mak suka, rasa puas..seronok tengok mak happy..

Tapi selalu je buat mak susah  hati..
Selalu sangat..

Bila buat salah dekat mak tulis surat minta maaf letak dalam almari baju, selit kat kain-kain yang mak lipat..

Then lepas tu ulang lagi buat salah, tak pernah betul-betul insaf..

Sorry mak..tak tahu la kenapa masa dulu elly jahat sangat..

Mak nak sangat elly jadi ustazah..dulu elly  tak nak dengar cakap mak..

Tapi sekarang elly dah dalam proses ikut cakap mak..

Mak boleh nampak tak dari sana?

Tapi elly tak warak sangat..tak apa ke mak?

Ade program “solehah” kat tvalhijrah ni mak..

Agak-agak mak nak tak elly masuk? abah confirm suruh masuk..kakak pulak tak habis-habis pujuk suruh masuk..

Dulu mereka cakap tak suka elly jadi ustazah, tapi bila dah masuk bab tv..suruh pulak..haih~

Tapi elly tak mau la mak..

Elly tak ready lagi..

Lagipun elly tak rasa lagi keikhlasan sampai tahap boleh jadi ikon atau contoh untuk orang lain..

Elly mintak maaf mak ye..

Mak..

Mak..
Mak..
Rindu..huhu

At least dapat dengar mak bebel, marah elly pun tak apa..

Asal dapat dengar suara pun jadi..

Tak dapat tengok muka pun in real life pun tak apa..

Elly minta maaf Tuhan sebab elly mengeluh..

Elly just rindu je..

Tapi ada orang lain lagi kasihan kan Tuhan..dua-dua mak ayah tak ada..

Kira elly bertuah la lagi kan..

Patut bersyukur la..

So elly still happy..

Mak tunggu elly,

Nanti kat syurga kita makan ice-cream sama-sama macam dulu..

Boleh ke cakap macam ni Tuhan?

Ustaz cakap dalam syurga ada macam-macam..mesti lebih dari ice-cream pun ada kan?

Tapi mak kena doa elly..

Elly pun kena doakan mak..

Sayang mak..

Sekian dari elly,
-orang yang mak selalu panggil, “Intan Payung  Mak” (^_~)

>>>>>>>> T A M A T<<<<<<<<<

P/S ; Sebenarnya ini adalah tulisan peribadi  yang elly letak dalam folder Tuhan dalam laptop elly..
elly tak pasti bila elly tulis surat luahan ni..

mungkin sewaktu elly dalam keadaan tertekan untuk terima atau tak tawaran program reality, “Solehah”..

tapi yang pasti apabila elly buka folder yang elly ibaratkan sebagai diary elly,
warkah ni buat elly ketawa sorang-sorang..

elly tak sangka saat elly tengah tak betul, perasaan di bawah luar kawalan..
elly akan tulis melalut sejauh ni..

kemudian elly share rasa lucu ni dengan adik angkat elly, Nur Ayuni..

Dia suruh elly post untuk entry blog..
Katanya dia tersentuh..

Katanya lagi, manalah tahu article dapat menyentuh hati lebih ramai orang,

Buat orang lebih menghargai seseorang yang amat berharga dalam hidup kita..dapat pahala katanya..

Jadi lepas elly edit siket warkah luahan elly yang tak seberapa ni..maka terjadilah seperti di atas..

Elly tak tahu apa pandangan korang terhadap surat berbaur luahan ini..

Minta maaf atas segala kelemahan elly..


Cuma elly nak korang tahu..

Bahawa apabila seseorang itu berkongsi perasaan sayu, rindu yang tak tergambar peritnya..
kerana kehilangan orang yang disayangi,

bukan kerana dia tak redha..
itu lumrah..
manusia ni lemah..

Bahkan perasaan itu sebenarnya akan buat dia dekat dengan Penciptanya..

sebab dia akan fikir hidup ini memang tak lama, jadi perlu jadi baik dengan kadar segera..
Bagi manfaat pada orang lain supaya dapat kongsi pahala dengan orang yang disayangi..

Dapat tebus kesalahan, buat mereka yang telah pergi tu happy..

Kekadang luahan itu ingin membantu menyedarkan orang lain agar menghargai mereka yang telah banyak berkorban untuk kita terutama "ibu",

sebelum terlambat..
sebelum mata mereka terpejam rapat..

Elly bersyukur kerana diuji sebegini..

Kerana jika tak kerana pemergian ibu..

Elly tak mungkin mengubah haluan hidup menjadi seorang pendakwah..
Jika tak kerana hikmah di sebalik dugaan ini..

Pasti elly hanyut mengejar dunia..

Sedangkan ia bersifat sementara..

Allah terlalu sayangkan elly..

Dia mengambil apa yang elly sayang agar elly bangkit dari lena & leka..

Terima Kasih Allah atas setiap ujian dan segala dugaan..


Allah..
Terima Kasih tak terhingga..
..................................................................................................................................... T_________T

Dari hambaMu yang lemah,
-Wan Suhaili -







8 comments:

Rosmarieza said...

sedihnyer akak bace..:'( tabah kay adikkush~ semua ABC, Aiskrim potyong dengan coklat tu adalah kegemaranku!;) kalo beli coklat mesty pilih vanhouten~:)

Anonymous said...

Assalamualaikum,
tersangat tersentuh dgn yg ini.sy masih punya ibu & sy akan menjaga ummi,taat pada ummi.sy tak nak menyesal dikemudian hari.huhuhu....
thanks elly.anda telah menyedarkan sy dan org lain juga yg membaca nya.ibu adalah segala galanya.ada org yg tak dapat terima kehilangan ibu,namun tetap tidak berubah menjadi baik.tetapi anda telah membahagiakan ibu disana.insyaAllah,amin....

tukang kebun solehah..=) said...

jazakumullahu khairan kathira..
sayang semua kerana Allah,

kak ros chumey, hehe..akak ni memang kelakar la ^_^ so cute..
rinduuu kak ros!

btw, sy harap saudari/ra yg comment dpt bg link anda..so that saya tahu siapa anda & mungkin akan jd follower anda ke..

apa2 pun, terima kasih semua ye ^_^

*Bintu Jamaluddin* [Faizah] said...

hehehe..tahap kewarasan seseorang tekadang boleyh jadi sedikit senget sebab terlalu tension...btw,moga k.elly tabah slalu..:))

Muslimah Solehah said...

Assalamualaikum kak elly.. sangat2 tersentuh bile membcanya..kak elly tau tak..semasa sy sdg bace entry kak elly xdi..sy mndpt pnggiln dri seorg shbat sy mengtakan tok ye bru sahaja meninggal tadi.. innalillahi wainnailaihiraji'un.. setiap yg bernyawa, pasti akn merasai mati.. thanks kak elly.. btol, kite kena mghargai org yg kte syg itu smentara mreka masih bernyawa kan..marilah sedekahkan al-fatihah bg mereka yg telah meninggl dunia agar dtemptkn dlam klngn org2 yg beriman.. al-fatihah..

nuh (AnaMuslim) said...

Tersentuh!
Ais-krim y arwah ibu kak Elly suka sama dengan ais-krim y emak saya suka jugakk. Tiba-tiba air mata mengalir baca tulisan kak elly ni. :'(
Semoga roh arwah ibu kak Elly di tempatkan di kalangan orang2 y beriman. Amin. Al-Fatihah.

faizal said...

salam sister,

awal2 baca agak lucu...akhirnya rasa macam sedih plak...pa yg u lakukan kepada ibu kamu, beli asikrim etc menunjukkan u memang anak yang baik, so nothing to regret i think..god luck.

thank

Anonymous said...

tersentuh dgn luahan rasa kak elly.. tetiba jew ingatkan mak sy kat kampung..:(