Ya Allah,
Aku tidak berminat untuk itu.
Aku ingin melakukan sesuatu yang membuatkan aku dekat padaMu.
Kau lebih TAHU.
Saturday, July 27, 2013
Posted by tukang kebun solehah..=) at 6:54 AM 0 comments
Friday, April 19, 2013
Ya Allah..
ibarat buluh yang terpisah dari rakitnya..
sudah jauh hanyut..
bersendirian..
mereput dan keretakan..
apakah ini kafarahnya Tuhan?
Seperti tidak mengenali diri sendiri.
aku ternyata bukan aku yang dulu lagi.
Mana pergi impian besar untuk Islam?
Mana pula hilangnya semangat untuk perjuangan?
Mana tadhiyyah yang dulu sering dimomokkan?
Pedih..
Sedih..
Masihkah ada kekuatan,
saban waktu aku memperbaharui nawaituku..
saban itu juga ia musnah dek nafsu membelenggu.
Aku kini bukan aku yang dulu.
Putih bukan bertukar biru..
Hitam noda menguasai segala.
Bersaksikan pohon di tepi jendela.
Setiap hari tangan kanan cuba menyembunyikan perilakunya.
Tangan kiri yang tertanya-tanya.
Sebagai sabda, "Ia umpama air yang memadamkan api.."
Maka terimalah Tuhan akan ia..
Padahal aku sedar sungguh ia tidak seberapa..
Justeru,
harus bagaimana lagi aku Tuhan?
Pada emak, aku pohon kemaafan..
Ternyata kecewa bukan setakat biasa..
Pasti jika hijab terbuka, habis meleleh semua air mata..
Berderai membasahi,
Terkesima dek teganya diri,
berani bermain api..
memperjudi masa hadapan, bukan di dunia..
tapi di akhirat sana.
Sungguh aku jadi benci.
bukan pada sesiapa,
pada diri yang tak bisa bertegas.
pada hati yang selesa dijajahi nafsu
dan bertuankan syaitan yang wajarnya direjam.
Keliru.
Kini, aku atau dia si IBLIS yang pantasnya direjam?
Posted by tukang kebun solehah..=) at 10:26 PM 0 comments
Monday, December 24, 2012
tidak bertajuk
Ya Allah saya merindu diri saya yang dulu..
Saya merindu iman saya yang dulu..
Saya merindu tekad saya yang dulu..
Semangat saya yang dulu..
Prinsip saya yang dulu..
Ya Allah, hamba rasa begitu berat..
Terlalu banyak dosa yang terbeban pada bahu hamba..
Kerap kali hamba cuba bertaubat, saban kali hamba mengulanginya kembali..
Bilakah syaitan dan nafsu akan putus mengganggu hamba..
hamba tak kuat ya Allah..
hamba khuatir ya Allah..
Sekiranya kebahagiaan di dunia yang didamba bukan takdir untuk hamba,
Pergagalkan urusan untuk itu..
Hamba tak sanggup berdepan dengan kemurkaanMu kelak..
Biarlah hamba merana di dunia, asalkan bahagia hakiki menanti hamba di sana..
Biarlah kata-kata ini teruji, biarlah derita menguji..
Hamba lebih gusar jika Dia membenci..
Mak, elly datang..elly cuba usahakan bekalan untuk mak di sana..
Mak, kekadang bekalan ini tertumpah..cuba elly kutip kembali..
ada kotoran, ada kecacatan..elly cuba asingkan..namun akhirnya, elly terpaksa tinggalkan..
menyiapkan bekalan dari awal tak sama seperti yang sudah saban tersedia sekian lama..
elly penat..elly hampir kehilangan semangat..hampir hilang kewarasan..
elly cuma ada Dia Tuhan, yang memerhati di samping tetap menguji..
Setiap kali elly ingin berpatah arah, seperti ada yang berbisik..
Sabar..sabar..takdirnya begitu dan begini, kerana Dia cukup menyanyangi diri..
Mak, elly rasa satu badan lemah..
semua benda tak menjadi..
banyak je rezeki,
tapi masih tetap tak happy..
Mak,
Mak..
Mak..
doakanlah elly dari sana..
Biarlah elly jadi hamba yang mengerti,
taat bukan untuk membukti,
cinta bukan untuk disayangi..
Posted by tukang kebun solehah..=) at 9:15 AM 3 comments
Tuesday, January 24, 2012
..Asyik-asyik, mengadu..
<< Eche diri sendiri, sila berhenti merepek >>
..jam 3.25 pagi..
Posted by tukang kebun solehah..=) at 11:18 AM 3 comments
Sunday, January 8, 2012
"Bertemu sepucuk surat" ..tajuk entry : selalu perasan macam novel..hehe
mesti cepat-cepat kumpul duit, tahan perut siket masa rehat kat sekolah supaya tak belanja duit mak bagi..balik dari sekolah, belikan apa mak idam-idamkan masa penat..
Selalu sangat..
Elly tak ready lagi..
Lagipun elly tak rasa lagi keikhlasan sampai tahap boleh jadi ikon atau contoh untuk orang lain..
Elly mintak maaf mak ye..
Mak..
At least dapat dengar mak bebel, marah elly pun tak apa..
Asal dapat dengar suara pun jadi..
Tak dapat tengok muka pun in real life pun tak apa..
Elly minta maaf Tuhan sebab elly mengeluh..
Elly just rindu je..
Tapi ada orang lain lagi kasihan kan Tuhan..dua-dua mak ayah tak ada..
Kira elly bertuah la lagi kan..
Patut bersyukur la..
So elly still happy..
Mak tunggu elly,
Nanti kat syurga kita makan ice-cream sama-sama macam dulu..
Boleh ke cakap macam ni Tuhan?
Ustaz cakap dalam syurga ada macam-macam..mesti lebih dari ice-cream pun ada kan?
Tapi mak kena doa elly..
Elly pun kena doakan mak..
-orang yang mak selalu panggil, “Intan Payung Mak” (^_~)
elly tak pasti bila elly tulis surat luahan ni..
mungkin sewaktu elly dalam keadaan tertekan untuk terima atau tak tawaran program reality, “Solehah”..
tapi yang pasti apabila elly buka folder yang elly ibaratkan sebagai diary elly,
warkah ni buat elly ketawa sorang-sorang..
elly tak sangka saat elly tengah tak betul, perasaan di bawah luar kawalan..
elly akan tulis melalut sejauh ni..
kemudian elly share rasa lucu ni dengan adik angkat elly, Nur Ayuni..
Dia suruh elly post untuk entry blog..
Katanya dia tersentuh..
Katanya lagi, manalah tahu article dapat menyentuh hati lebih ramai orang,
Buat orang lebih menghargai seseorang yang amat berharga dalam hidup kita..dapat pahala katanya..
Jadi lepas elly edit siket warkah luahan elly yang tak seberapa ni..maka terjadilah seperti di atas..
Elly tak tahu apa pandangan korang terhadap surat berbaur luahan ini..
Minta maaf atas segala kelemahan elly..
Cuma elly nak korang tahu..
Bahawa apabila seseorang itu berkongsi perasaan sayu, rindu yang tak tergambar peritnya..
bukan kerana dia tak redha..
manusia ni lemah..
Bahkan perasaan itu sebenarnya akan buat dia dekat dengan Penciptanya..
sebab dia akan fikir hidup ini memang tak lama, jadi perlu jadi baik dengan kadar segera..
Dapat tebus kesalahan, buat mereka yang telah pergi tu happy..
Kekadang luahan itu ingin membantu menyedarkan orang lain agar menghargai mereka yang telah banyak berkorban untuk kita terutama "ibu",
sebelum terlambat..
sebelum mata mereka terpejam rapat..
Elly bersyukur kerana diuji sebegini..
Kerana jika tak kerana pemergian ibu..
Pasti elly hanyut mengejar dunia..
Sedangkan ia bersifat sementara..
Allah terlalu sayangkan elly..
Dia mengambil apa yang elly sayang agar elly bangkit dari lena & leka..
Terima Kasih Allah atas setiap ujian dan segala dugaan..
Allah..
Terima Kasih tak terhingga..
..................................................................................................................................... T_________T
Dari hambaMu yang lemah,
-Wan Suhaili -
Posted by tukang kebun solehah..=) at 10:38 AM 8 comments
Monday, December 26, 2011
..Bicara Qalbu di saat keliru..
elly tak pasti samada elly melayannya sebagai Kekasih ataupun sebaliknya..
Tapi tak apalah..at least, elly selalu sebutkan Dia sebagai Kekasih elly, mudah-mudahan ianya menjadi doa untuk elly berkata-kata selaras dengan amal..
Sejak keluar dari Solehah, elly tidak boleh bohong, yang elly sebenarnya berasa sangat sedih..banyak perkara yang elly sendiri tak mampu ceritakan dan mungkin adalah lebih baik jika elly rahsiakan dari pengetahuan ramai..tapi tak mengapa, elly akan sentiasa berdoa agar Solehah menjadi medan yang lebih baik & lebih tulus di masa hadapan. Tidak salahkan berdoa agar sesuatu perkara yang baik untuk menjadi perkara yang lebih baik?
Kata-kata dari Ibnu at-Thoilah sering menjadi peneman elly di kala hidup ini diselubungi penuh dengan tanda tanya,
"Tidak ada sesuatu perkara yang keluar dari diri kita, melainkan ada takdir Allah bersama di dalamnya.."
Sewaktu ingin menerima tawaran Solehah, tidak dinafikan hati ini berat untuk menerimanya..mana taknya, umur elly sudah 24 tahun, akan tetapi masih berada di tahun dua pengajian Perbandingan Agama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Elly pernah bekerja sebelum ni sebelum melanjutkan pelajaran.Elly punya adik-adik yang sangat memerlukan elly untuk membantu mereka dalam hidup mereka, perlukan elly untuk meringankan bebanan kewangan mereka.
Abah sudah tua, sering sakit-sakit. Di usia sekarang ini, elly sepatutnya membantu abah dengan menghulurkan wang bulanan seperti yang sering dilakukan oleh anak-anak yang sudah bekerjaya kepada ibu dan bapa masing-masing. Tapi elly tidak mampu, elly masih belajar. Apa pun sikap abah, pandangan abah..elly tetap sayang, elly minta maaf sangat jika banyak tindakan elly tak membantu.
Elly hanya mampu memberikan wang untuk adik-adik elly. Itupun kadang-kadang terhad. Sebelum Solehah, elly sering melakukan kerja sampingan, Alhamdulillah sekurang-kurangnya duit itu mampu memenuhi hasrat adik-adik elly yang teringin seperti mereka yang sebaya usianya. Elly minta maaf pada kakak, jika kakak berasakan kadang-kadang elly terlampau manjakan adik-adik. Elly tahu kakak sayang adik-adik dan banyak berkorban. Akan tetapi elly pernah berasakan tempat yang sama seperti mereka. Ibu pergi ketika kami masih di alam persekolahan.
Terlalu banyak perkara yang ketika ini kami terpaksa tanggung keseorangan. Terlalu banyak yang kami sembunyikan, Jika kami sudah besar, mungkin kami boleh mencari kerja sampingan seperti yang elly lakukan sekarang, akan tetapi kami ketika itu kami masih bersekolah. Hati kami pula berat untuk sering bergantung harap pada kakak atau abang, mungkin kerana khuatir permintaan kami akan membebankan kakak dan abang yang masing-masing telah mempunyai tanggungan dan mungkin menghadapi masalah yang mungkin dirahsiakan dariapada kami adik-adik.
Kakak sangat teruja apabila elly menerima tawaran Solehah, abah pun sama. Jika selama ini, elly berasa keseorangan dalam perjuangan untuk bergelar pendakwah, kali ini elly berasakan seperti kelainan yang amat sekali. Kerana elly memikirkan, dakwah pertama adalah dakwah orang paling terdekat dengan kita, elly makin kuat untuk menerima tawaran Solehah.
Elly teringin nak buat abah, kakak dan ahli keluarga yang lain berasa bangga dengan tindakan elly memenuhi hasrat arwah emak untuk menjadi pendakwah atau dengan kata lain sebagai ustazah. Sebelum ini, elly berasa sedih sangat apabila ramai ahli keluarga yang mempertikaikan tindakan elly menolak jurusan undang-undang dengan memilih jurusan agama. Dan Solehah elly anggap adalah salah satu kunci untuk elly menambat hati mereka yang terdekat dengan elly. Walaupun elly terpaksa tempuhi sebuah jalan yang penuh populariti dan bertentangan dengan kata hati elly sendiri.
Namun, itu hanyalah alasan kedua sebenarnya. Perkara yang paling kuat untuk membuatkan elly mengatakan tidak pada tawaran Solehah ialah, apabila sebelum ini ketika ingin melangkah kaki ke bilik audition, elly pernah memanjat doa pada Allah..
"Ya Allah, jika sekiranya program ini mampu memberikan kesudahan yang baik pada agamaku, maka Engkau takdirkanlah aku di dalamnya..jika tidak, Engkau jauhilah aku daripadanya.."
Elly tak nafikan setelah menyertai Solehah, banyak ujian yang elly terpaksa hadapi. Kadang-kadang membuatkan elly keliru, dan tertanya-tanya..apakah doa elly benar-benar didengar Allah taala, atau elly yang tersilap mentafsirkan sesuatu perkara itu kepada perkara yang tidak sepatutnya ?
Dan mungkin apakah ya Allah, elly yang tak reti bersyukur? mohon petunjukMu ya Allah..bukakanlah mataku dan mindaku yang sempit ini..
Mungkin ada yang tertanya-tanya, jika tak dari hati elly sendiri, habis kenapa menghadiri audition? Ya, saya hadir sebenarnya kerana meraikan sebuah permintaan orang yang amat saya hormati. Tak perlulah saya sebutkan namanya di sini rasanya. Yang pasti orang berkenaan pasti ingat, dan ada bukti yang elly simpan.
Seperti berbaur penyesalan pulak kan tulisan elly kali ini kan? Elly tak menyesal menyertai Solehah, Alhamdulillah banyak perkara yang apabila elly amati semula..banyak yang baik. Akan tetapi ada juga yang perlu diteliti kembali dan wajib diperbaiki. Elly pernah bersuara, elly berharap dan berdoa akan ada perubahan ke arah kebaikan selepas ini. Perubahan yang perlu dilakukan bukan untuk elly, akan tetapi lakukanlah demi Ummah.
Sudah hampir senja, banyak yang elly ingin kongsikan lagi..namun biarlah setakat ini dulu..asalnya elly ingin menulis pengalaman elly setelah keluar dari program reality Solehah..menjadi moderator bersama panelist bekas Raja Rempit ataupun Raja Lumba Haram yang sangat terkenal sekitar tahun 90-an..namun hntah kenapa tak dapat melahirkan dari hati ketika ini..inilah masalah elly, elly sukar untuk menulis jika tak datang dari lubuk hati elly sendiri..maafkan elly, mungkin elly akan cuba di tika masa yang lain. Insha' Allah.
Kepada warga crew Solehah, warga produksi..sahabiah-sahabiah Solehah, elly pohon maaf atas segala salah dan silap elly selama kita bersama dan setelah program Solehah berlalu..elly akui, elly penuh kekurangan..
Posted by tukang kebun solehah..=) at 3:39 AM 4 comments
Tuesday, July 26, 2011
..Ikhlaskanlah aku, ya Allah..
Posted by tukang kebun solehah..=) at 10:51 PM 3 comments