Friday, July 16, 2010

Teringin mencintai "Mu.."

Hari-hari berlalu, membuatkan aku sedar akan sesuatu...

Mengakui betapa kerdilnya aku selaku seorang hamba..
Kadang-kadang merasakan betapa hipokritnya diri ku selama ini..

Ingin teguh mencintai "Mu"..namun, kerap kali tertewas pada hambatan nafsu duniaku sendiri..
Aku tak mampu jujur apatah lagi setia..
Kiranya jika aku mendambakan kesetiaan cinta dari seseorang yang bergelar kekasih"Mu",
Yang a'bid & soleh...
Aku sememangnya tidak layak..

Tuhan..
Aku ingin sekali berubah,
Menjadikan hatiku ini seumpama tidak bernaluri pada benda bersifat duniawi..
Namun jelas, aku gagal & tertewas lagi..
Dan yang paling jelas..inilah luahan hatiku YANG TERINGIN MENCINTAIMU!

Sahabat-sahabat..yang menulis ini bukanlah yang terbaik, sekadar berkongsi secebis luahan dari pengalaman hidup yang tak seberapa. Alhamdulillah, aku baru sahaja pulang dari menjejakkan kaki di baituLLah. Ramai kalangan sahabat yang meminta aku berkongsikan pengalaman di blog. Pada awalnya, aku tidak berminat untuk berbuat demikian, namun pada lewat malam ini setelah pulang dari bilik TV..terasa ingin menaip sesuatu..aku pun tak pasti apakah aku akan menceritakan pengalaman aku di sana atau melencong dari topik yang menjadi permintaan ramai dari kalangan teman-temanku..

Dugaan, ya..aku juga tak terlepas daripadanya..namun dugaan ku berbentuk aneh sedikit. Maaflah kerana aku hanya berupaya menceritakan hal yang terang dari mulut ke mulut kepada sahabat-sahabat yang bergelar muslimat sahaja. Ia agak sulit sedikit untuk diceritakan di sini secara details..Tapi alhamdulillah, ini mungkin merupakan dugaan yang insyaaLLAH akan memberiku ganjaran di atas apa yg berlaku..moga2 =)

Selipar yang asyik hilang..

Aku dengar cerita ini dari di Malaysia lagi, namun alhamdulillah walaupun tidak dimasukkan ke dalam uncang kain khas atau meletakkannya berhampiran tempat solat, juga tidak menghafal no.rak kasut yg ku letak..kasut ataupun selipar yang ku tinggalkan tidak pernah sekali hilang..samada selipar cantik siap bermanik, atau sandal selesa yang agak mahal harganya..alhamdulillah ia dipelihara Allah. Mungkin antara jemaah yang kerap kehilangan kasut atau selipar mereka biarpun menghafal & mencatat no.rak kasut mereka, Allah mahu mengangkat darjat mereka sebagai org yg beriman di atas kesabaran dek asyik kehilangan kasut mereka. Sekiranya mereka bersabar la kan..=)

Sesat di Mekah dan Madinah..

Ramai yang menegurku kerana begitu berani berjalan seorang diri di malam hari di Madinah dan juga Mekah. Tambah2 apabila ada sesetengah makcik yang berjalan denganku di siang hari melihat aku sering diganggu oleh pak-pak arab yang terkenal dengan minat mereka terhadap gadis Malaysia yang melampau. Ini kerana makcik-makcik ini lebih prefer untuk membeli-belah di siang hari berbanding malam dan mungkin mereka lebih prefer untuk berehat di hotel sahaja setelah selesai solat di masjid. Tabiatku di Malaysia tanpa ku sedari telah ku bawa ke sana. Kadang-Kadang bukan untuk shopping pun, sekadar makan aiskrim sambil bersiar2 sahaja melihat gelagat manusia di waktu malam di sana. Namun Alhamdulillah, aku selamat, dan tidak pernah sekali sesat dengan izin Allah walaupun bersendirian di tengah malam. Sungguh ajaib kuasa Allah, padahal seringkali ku dengar dari para jemaah bahawa mereka yang sering ke Mekah atau Madinah keluar di siang hari pun boleh sesat.. bagi aku, jauh sekali untuk bermegah..tetapi di mana sekalipun kita. Kita harus yakin adanya Allah untuk memelihara kita setiap masa =)

Umrahkah aku?

Aku dilanda ujian yang sudahku ramal akan menimpaku di sana, salahku juga kerana aku mengambil risiko mengerjakan umrah ketika ini. Alhamdulillah aku berkesempatan solat sunat sof paling hadapan di Raudhah bersebelahan makam Rasulullah s.a.w..tempat yang diperkatakan Rasulullah s.a.w antara taman-taman syurga di akhirat kelak. Dan juga segala puji bagi Allah kerana memberiku kesempatan berjemaah di masjid Nabawi di Madinah, bersolat sunat di Masjid Quba'..semoga berjaya mendapat pahala umrah serta berhasil mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w di akhirat kelak..namun apa pun sekali yg ku cuba sampaikan di sini, jika tiada keikhlasan di hatiku dalam mengerjakannya, tiada sesen pun berguna..alangkah ruginya aku jika demikianlah yg berlaku..Ya Allah bantulah aku dalam memelihara keluhuran daripada segenap sudut amalanku..sesungguhnya aku hamba yg tidak berdaya.

Buah limau dan jodoh???


hihi..macam kelakar plak citer bab nih, hmm tapi sewaktu berdoa di Masjidil Haram..sewaktu dalam esak tangis (..biasalah emo sket..) sedang asyik kyusuk meminta pada Allah macam2, tiba2 sorang lelaki berwajah Arab dan berjambang menghadiahkan aku dengan sebiji limau bersaiz besar pelik.. (..lebih besar berbanding buah limau yg aku makan kt hotel Mekah time tuh..) aku terkejut tapi menerima pemberiannya, sambil sempat mengucapkan kepadanya,"syukran"..namun apabila sebaik sahaja aku berpusing untuk memandangnya semula, kelibatnya telah hilang begitu saja..hihi, misteri..then, yg paling pentingnya, part aku tiba2 dihadiahkan buah limau tu, aku sedang berdoa "Ya Allah, kurniakanlah aku dengan jodoh yg soleh.."


dalam hati aku terdetik, "apa, jodoh aku ni ada berkaitan ngan buah limau ke..ke jual limau ek?" huhu.. manalah tahu ade pape petunjuk kan~



Mimpi aneh di Mekah Mukarramah..

Mesti ada di antara sahabat-sahabat tertanya-tanya apakah ujian yang melandaku sebenarnya..yang jelas, aku dapat merasakan aku telah diberi amaran melalui mimpi yang berbau aneh. Detik itu aku telah terpilih untuk berhadapan dengan risiko tersebut, aku menjadi murung dan amat bersedih. Selesai membaca doa ma'thurat di atas katil hotel di Mekah, aku tertidur. Aku mendapat mimpi seolah Rasulullah s.a.w mengingatkan aku tentang apa sahaja yang kita lakukan walaupun perkara yang baik, akan tetap menjadi pertikaian dan diperkatakan oleh manusia lain. Seolahnya mimpi itu meminta aku bersabar akan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Terjaga sahaja dari mimpi pelik tersebut, aku tertanya-tanya apakah sebenarnya yang cuba disampaikan Rasulullah s.a.w..kemudian mengingatkan aku tentang kisah Luqmannul Hakim bersama anaknya dan seekor keldai..ya, mimpi itu seolah kisah Luqman tersebut. Aku kebingungan, kemudian melupakan mimpi itu begitu sahaja sehinggalah klimaks ujian yang terjadi di luar tanah haram, iaitu di Jeddah. Barulah aku kembali teringatkan akan mimpi yang ku alami tempoh hari di Mekah. Benarlah apa yang telah dipertegaskan dalam al-Quran bahawa, fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan. (maksud ayat 191 dan 217 surah al-Baqarah). Hanya Allah sahaja yang tahu betapa pedihnya hati ini terkena bahang fitnah manusia yang tidak pernah kenal erti berpuas hati walaupun sesama saudara muslimnya sendiri. Dek kerana menolak lamaran serius daripada seorang mak cik yg ku kenali di sana untuk anak lelakinya yang berada di Malaysia, aku telah difitnah! Sungguh fitnah itu sangat tajam rasanya, sehinggakan terasa lebih baik dibunuh sahaja berbanding difitnah begini sekiranya terlalu membenci..

Maafkan aku mak cik, andai aku ini begitu mehampakan harapanmu.. 

Aku kenali mak cik "M" ini sejak di Madinah, dia sebilik dengan ku tapi bukan sekumpulan bersama team travelku. Ketika solat berjemaah di Masjid Madinah, tanpa ku sedari aku telah menjadi mencuri perhatiannya. Aku pergi menunaikan umrah bersendirian sebenarnya. Ketika aku duduk dalam sof bersebelahan wanita tua berbangsa arab dan sebelah lagi warga negara Scottland, mereka keduanya telah menegurku yang sedang membaca al-Quran..ketika itu kami sama-sama menunggu waktu solat masuk.Lantas aku memberhentikan bacaan dan bertegur sapa dengan mereka. Aku berbahasa arab dengan makcik tua sebelah kiriku itu kemudian berbahasa English dengan makcik yang berasal daripada Pakistan yang menetap di Scottland di sebelah kananku itu. Banyak yang telah kami sembangkan, antaranya tentang terjemahan al-Quran, budaya hidup masyarakat muslim di tempat masing-masing. Alhamdulilah mereka sangat ramah. Mak cik "M" rupanya telah senyap-senyap memerhatikan gelagatku, aku di kalangan teman memang terkenal suka berjenaka dan seorang yang ramah. Ini menambahkan lagi minat mak cik "M" untuk mempermenantukan aku. Pada awalnya aku hanya beranggapan dia hanya bergurau sahaja denganku, sehinggalah rakan kumpulan travelku mak cik "S" secara peribadi bercakap berkenaan hal ini denganku secara serius. Katanya mak cik "M" bersungguh dan kerap memberitahu hasratnya untuk bermenantukan aku ketika mereka sama-sama berjalan ke masjid atau pulang dari masjid. Mak cik "S" meminta aku untuk solat istikhorah ataupun berterus terang sahaja dengan mak cik "M" sekiranya tidak mahu. Ini kerana mak cik "S" bimbang mak cik "M" yang digambarkan itu terlalu berharap. Aku jadi bertambah bingung apabila mak cik "M" sanggup menelefon anaknya di Malaysia memberitahu bahwa dia sudah bertemu dengan calon menantu yang baik di sini. Dia meminta aku bercakap dengan anaknya menerusi handphone miliknya, lantas aku menolak sambil berjenaka. Dia juga menunjukkan aku nama penuh anaknya,agar aku solat istikhorah untuk anaknya itu sebagai calon suami. Aku sangat bimbang melukakan harapan seorang ibu sepertinya. Jadi aku tidak sampai hati meluahkan perasan ku sebenar ketika itu. Hari- hari bertambah rumit, apabila berlaku sahaja kerosakkan di bilik air hotel ku, mak cik- mak cik yang sebilik denganku meminta aku untuk berurusan dengan pihak hotel Madinah kerana aku dianggapkan mereka mampu berkomunikasi dalam bahasa Arab dengan baik. Ini menambahkan lagi semangat untuk mak cik "M" bermenantukan aku kerana aku kerap mendengar dia berkata,"bakal menantu aku boleh bercakap banyak bahasa.. " Lagi menakutkan aku, apabila aku memanggilnya, dia asyik mengatakan, "apa mama?isyh menantu ku ini..",selorohnya sambil ketawa. Walhal, aku tak pernah memanggilnya "mama"..Ya Allah, aku benar-benar tertekan & buntu waktu itu. Dia juga memaksa aku memberi pose2 untuk diambil gambar untuk disimpan di dalam handphonenya. Lantas, aku ikutkan kerana ingin menjaga hatinya..Dia juga membelikan aku hadiah, dan aku menerimanya kerana menghormati pemberiannya. Namun akhirnya, aku mengambil keputusan untuk tak mahu memberinya semakin banyak harapan lagi, ketika di Mekah, aku tekad untuk berterus-terang. Ku katakan aku belum bersedia, namun mak cik "M" pula memberi respon bahawa dia sanggup menunggu aku biarpun untuk jangka masa 6 tahun lagi. Kemudian aku katakan aku sanggup memperkenalkan dia dengan sahabat2 ku yang sedang mencari pasangan hidup dan telah bersedia untuk berumah tangga. Dia katakan pula, bahwa "Makcik berkenan kat hang, bukan kawan hang..awat hang xmau jadi menantu makcik?"masih terngiang2 loghat utaranya sehingga ke saat ini. Aku membalas bahawa masih ada yang terbaik daripadaku untuk anaknya itu, dan aku yakin aku bukanlah orang tersebut. Dia kelihatan amat kecewa, tiba-tiba sahaja kurang bercakap atau berjenaka seperti selalu sejak aku meluahkan apa yang sebenarnya terbuku di hatiku. Suatu hari sebelum masuk waktu subuh, aku ingin ke tandas..tiba-tiba dia terjaga dari tidur dan bertanya lagi perkara yang sama kepada ku. Lantas aku diamkan diri dan terus berlalu ke tandas tanpa memberikanya respon. Perasaanku benar2 terganggu ketika itu, ya mungkin salahku kerana berkelakuan agak dingin terhadapnya. Tapi aku berniat agar dia tidak lagi menyimpan apa-apa harapan lagi terhadapku selepas itu. Hari-hari aku lalui terasa bagaikan tidak kene, mak cik "M" tiba-tiba menjadi seorang yang kerap memerliku. Dia asyik bersangka bahwa ustaz yang mengetuai group travelku itu menaruh hati kepadaku. Ya, mungkin kerana ustaz itu orangnya agak mengambil berat, dan masih bujang. Lantas aku diamkan diri sahaja, malas melayan kerenah mak cik "M" tersebut. Aku pula, melayan ustaz tersebut dengan baik seperti kawan-kawan kenalan umrahku yang lain. Kerana bilik kami dan bilik ustaz tersebut bersebelahan, jadi bertambah mudahlah fitnah untuk berlaku di antara kami. Sedangkan aku tidak pernah menaruh apa-apa perasaan atau merasakan akan apa-apa ikatan yang istimewa antara kami berdua. Aku tidak tahu hal sebenar sehinggalah ku dapat rasakan ustaz yang gemar berjenaka itu tiba-tiba sahaja sangat dingin terhadapku. Selepas keluar dari tanah haram,iaitu di Jeddah..barulah aku mengetahui perkara sebenar..sedih dan kecewanya aku bukan kepalang..ustaz tersebut telah meluahkan perkara sebenar yang diungkapkan oleh makcik "M" dan temannya ketika dia di Mekah. Ya Allah..mereka telah mengfitnahku! Aku betul2 tidak menyangka mereka sanggup melakukan perbuatan ini di tempat yang mulia. Walhal ketika di Madinah dan Mekah, mereka sekawan ini sering bertengkar sehingga menganggu tidurku dan mak cik "S" . Kadang-kadang pertengkaran berlarutan sehingga hampir jam 3.30 pg..namun aku langsung tidak pernah membuka keaiban mereka di hadapan ustaz tersebut. Namun, ini balasan mereka setelah mereka berbaik semula antara keduanya. Yang paling terkilannya, sebelum aku berangkat tempoh hari dari Mekah, aku sempat berpeluk salam dengan kedua orang makcik tersebut untuk bermaaf- maafan. Hanya ALLAH tahu apa sebenarnya yg telah berlaku, dan apa yang telah difitnah mereka terhadapku. Cukuplah setakat aku simpan di hati.. Pada mulanya sukar untuk aku menerima kenyataan difitnah sebegini. Namun setelah ku fikirkan secara positif, ujian itu bukan sahaja sebagai kafarah dosa tetapi juga untuk mengangkat darjat seseorang hambaNya sebagai org yg beriman sekiranya mereka bersabar..Jadi aku benar2 bersyukur, kerana mungkin atas berkat kesabaranku..mungkin pahalanya lebih berlipat ganda di sisi Allah Taala.

Terima Kasih tak terhingga terutama kepada ..kak fishah.. yang lainnya, dik sarah, makcik, mak teh, mak cik saadiah dan pak cik man, mak cik moon & pak cik abdullah (romantic couple nih..hihi..) yg telah memberikan elly semangat ketika berdepan dengan ujian ini..semoga Allah memelihara ukhwah yg terjalin antara kita semua =)

Mungkin ada yg pelik kerana hal-hal buruk sebegini juga terjadi di Mekah, tempat yang suci..jgn pelik kerana, di Mekah atau Madinah  juga kita akan berjumpa dengan orang pergi untuk menunaikan umrah tapi mengabaikan solat subuh. Kerana waktu solat kita tak sama seperti di Malaysia, jadi apabila bermusafir mereka mengambil mudah sekiranya tiada ruang untuk solat. Sedangkan kita tahu, walau apa keadaan sekalipon solat itu wajib. Paling menyedihkan perkara ini terjadi pada yang telah sering berkunjung ke sana. Ini fenomena yg telah disaksikan sendiri oleh aku ketika di sana.  Pada awalnya setelah kembali ke tanah air, aku ingin menghubungi makcik "M" untuk bercakap dari hati ke hati..namun aku batalkan hasratku itu kerana tidak mahu hal ini berpanjangan lagi. Insya Allah, akan ku cuba meng'ikhlaskan hati untuk memaafkan mak cik tersebut. Semoga Allah memberikan aku, dirinya dan kita semua, petunjuk. Amin..

Sabda Rasulullah s.a.w: "Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka berkatalah yang baik ataupun berdiam saja." Antara bencana lidah adalah berbohong. Memang kita sudah ketahui akan dosa apabila berbohong tetapi kadang-kala kita melakukannya apabila kita berborak-borak dengan teman-teman. Kita mengada-adakan cerita untuk menjadi bahan ketawa. Kita menambah-nambah cerita orang lain untuk menjadi lebih menarik. Ini bukan sahaja membawa dosa mengumpat, bahkan ia membawa dosa fitnah. Dan fitnah itu adalah lebih besar dosanya dari membunuh. 


Dari Uqbah bin Amir dia bertanya kepada Nabi SAW:"Apakah amal untuk selamat?Jawab baginda:"Jagalah lidah dan menangislah selalu terhadap dosa-dosamu".

~sama-sama muhasabah diri~
     ...nukilan hati dari...
..hambaMU yang tak pernah terlepas dari melakukan dosa..