Monday, December 26, 2011

..Bicara Qalbu di saat keliru..

Dengan nama Kekasih, yang selalu elly sebutkan sebagai Kekasih..
elly tak pasti samada elly melayannya sebagai Kekasih ataupun sebaliknya..
Tapi tak apalah..at least, elly selalu sebutkan Dia sebagai Kekasih elly, mudah-mudahan ianya menjadi doa untuk elly berkata-kata selaras dengan amal..

Sejak keluar dari Solehah, elly tidak boleh bohong, yang elly sebenarnya berasa sangat sedih..banyak perkara yang elly sendiri tak mampu ceritakan dan mungkin adalah lebih baik jika elly rahsiakan dari pengetahuan ramai..tapi tak mengapa, elly akan sentiasa berdoa agar Solehah menjadi medan yang lebih baik & lebih tulus di masa hadapan. Tidak salahkan berdoa agar sesuatu perkara yang baik untuk menjadi perkara yang lebih baik?

Kata-kata dari Ibnu at-Thoilah sering menjadi peneman elly di kala hidup ini diselubungi penuh dengan tanda tanya,
"Tidak ada sesuatu perkara yang keluar dari diri kita, melainkan ada takdir Allah bersama di dalamnya.."

Sewaktu ingin menerima tawaran Solehah, tidak dinafikan hati ini berat untuk menerimanya..mana taknya, umur elly sudah 24 tahun, akan tetapi masih berada di tahun dua pengajian Perbandingan Agama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Elly pernah bekerja sebelum ni sebelum melanjutkan pelajaran.Elly punya adik-adik yang sangat memerlukan elly untuk membantu mereka dalam hidup mereka, perlukan elly untuk meringankan bebanan kewangan mereka.

Abah sudah tua, sering sakit-sakit. Di usia sekarang ini, elly sepatutnya membantu abah dengan menghulurkan wang bulanan seperti yang sering dilakukan oleh anak-anak yang sudah bekerjaya kepada ibu dan bapa masing-masing. Tapi elly tidak mampu, elly masih belajar. Apa pun sikap abah, pandangan abah..elly tetap sayang, elly minta maaf sangat jika banyak tindakan elly tak membantu.

Elly hanya mampu memberikan wang untuk adik-adik elly. Itupun kadang-kadang terhad. Sebelum Solehah, elly sering melakukan kerja sampingan, Alhamdulillah sekurang-kurangnya duit itu mampu memenuhi hasrat adik-adik elly yang teringin seperti mereka yang sebaya usianya. Elly minta maaf pada kakak, jika kakak berasakan kadang-kadang elly terlampau manjakan adik-adik. Elly tahu kakak sayang adik-adik dan banyak berkorban. Akan tetapi elly pernah berasakan tempat yang sama seperti mereka. Ibu pergi ketika kami masih di alam persekolahan.


Terlalu banyak perkara yang ketika ini kami terpaksa tanggung keseorangan. Terlalu banyak yang kami sembunyikan, Jika kami sudah besar, mungkin kami boleh mencari kerja sampingan seperti yang elly lakukan sekarang, akan tetapi kami ketika itu kami masih bersekolah. Hati kami pula berat untuk sering bergantung harap pada kakak atau abang, mungkin kerana khuatir permintaan kami akan membebankan kakak dan abang yang masing-masing telah mempunyai tanggungan dan mungkin menghadapi masalah yang mungkin dirahsiakan dariapada kami adik-adik.

Kerana itulah, elly ikutkan adik-adik apabila mereka mahukan sesuatu, jika berapa pun yang mereka mahukan ketika itu,dan Allah merezekikan apa yang mereka mahu pada elly ketika itu, elly akan cuba bagi seperti yang mereka pinta. Kasih sayang dan masa, elly jarang mampu berikan, jarang mampu luangkan..elly tak berniat untuk menyakiti kakak apatah lagi menunjukkan elly lebih bertangungjawab atau memahami adik-adik lebih berbanding kakak. Elly sayang semuanya. Elly tahu kakak bertegas kerana kakak tak mahu elly terlalu manjakan mereka, elly minta maaf..elly tak mampu, elly tak sampai hati. Salah elly, kakak baik..elly tahu.

Kakak sangat teruja apabila elly menerima tawaran Solehah, abah pun sama. Jika selama ini, elly berasa keseorangan dalam perjuangan untuk bergelar pendakwah, kali ini elly berasakan seperti kelainan yang amat sekali. Kerana elly memikirkan, dakwah pertama adalah dakwah orang paling terdekat dengan kita, elly makin kuat untuk menerima tawaran Solehah.

Elly teringin nak buat abah, kakak dan ahli keluarga yang lain berasa bangga dengan tindakan elly memenuhi hasrat arwah emak untuk menjadi pendakwah atau dengan kata lain sebagai ustazah. Sebelum ini, elly berasa sedih sangat apabila ramai ahli keluarga yang mempertikaikan tindakan elly menolak jurusan undang-undang dengan memilih jurusan agama. Dan Solehah elly anggap adalah salah satu kunci untuk elly menambat hati mereka yang terdekat dengan elly. Walaupun elly terpaksa tempuhi sebuah jalan yang penuh populariti dan bertentangan dengan kata hati elly sendiri.

Namun, itu hanyalah alasan kedua sebenarnya. Perkara yang paling kuat untuk membuatkan elly mengatakan tidak pada tawaran Solehah ialah, apabila sebelum ini ketika ingin melangkah kaki ke bilik audition, elly pernah memanjat doa pada Allah..

"Ya Allah, jika sekiranya program ini mampu memberikan kesudahan yang baik pada agamaku, maka Engkau takdirkanlah aku di dalamnya..jika tidak, Engkau jauhilah aku daripadanya.."

Elly tak nafikan setelah menyertai Solehah, banyak ujian yang elly terpaksa hadapi. Kadang-kadang membuatkan elly keliru, dan tertanya-tanya..apakah doa elly benar-benar didengar Allah taala, atau elly yang tersilap mentafsirkan sesuatu perkara itu kepada perkara yang tidak sepatutnya ?

Dan mungkin apakah ya Allah, elly yang tak reti bersyukur? mohon petunjukMu ya Allah..bukakanlah mataku dan mindaku yang sempit ini..

Mungkin ada yang tertanya-tanya, jika tak dari hati elly sendiri, habis kenapa menghadiri audition? Ya, saya hadir sebenarnya kerana meraikan sebuah permintaan orang yang amat saya hormati. Tak perlulah saya sebutkan namanya di sini rasanya. Yang pasti orang berkenaan pasti ingat, dan ada bukti yang elly simpan.

Seperti berbaur penyesalan pulak kan tulisan elly kali ini kan? Elly tak menyesal menyertai Solehah, Alhamdulillah banyak perkara yang apabila elly amati semula..banyak yang baik. Akan tetapi ada juga yang perlu diteliti kembali dan wajib diperbaiki. Elly pernah bersuara, elly berharap dan berdoa akan ada perubahan ke arah kebaikan selepas ini. Perubahan yang perlu dilakukan bukan untuk elly, akan tetapi lakukanlah demi Ummah.

Sudah hampir senja, banyak yang elly ingin kongsikan lagi..namun biarlah setakat ini dulu..asalnya elly ingin menulis pengalaman elly setelah keluar dari program reality Solehah..menjadi moderator bersama panelist bekas Raja Rempit ataupun Raja Lumba Haram yang sangat terkenal sekitar tahun 90-an..namun hntah kenapa tak dapat melahirkan dari hati ketika ini..inilah masalah elly, elly sukar untuk menulis jika tak datang dari lubuk hati elly sendiri..maafkan elly, mungkin elly akan cuba di tika masa yang lain. Insha' Allah.

Kepada warga crew Solehah, warga produksi..sahabiah-sahabiah Solehah, elly pohon maaf atas segala salah dan silap elly selama kita bersama dan setelah program Solehah berlalu..elly akui, elly penuh kekurangan..

Tuhan,
Andai aku yang tersasar..
Pimpinlah aku ke jalan yang sebenar..

Tuhan,
Andai mereka yang tersilap langkah,
Anugerahilah akan mereka, "Hidayah"..

Tuhan,
Andai aku bisa putarkan masa itu,
Akan ku cuba perbetulkan kelemahanku..

Tuhan,
Andai aku punya lebih kekuatan dan kelebihan,
Benarkan aku mempergunakannya untuk manfaat mereka yang ku sayang..

Tuhan,
Terlalu banyak janji,
Cita-cita,
Impianku UntukMu..
Yang seringkali aku tak mampu penuhi..
Selalu aku mungkiri,
Ampunilah daku..
Maafkanlah akan kekuranganku..
Tuhan,
Bentangkanlah aku peluang dan jalan..
Yang akhirnya menemukan aku kepada Jalan Pulang..
dalam keadaan aku diredhoi, dikasihi..
Sebagai hamba yang mengabdi kepada Ilahi..