Tuesday, December 7, 2010

Thank You GOD ^_^

Thank You, GOD for everything …
The big things and the small,
For “every good gift comes from 
GOD,”
The Giver of them all.
And all too often we accept
Without any thanks or praise,
The gifts 
GOD sends as blessings
Each day in many ways.
And so at this Thanks giving time,
We offer up a prayer,
To 
thank You, GOD for giving us
A lot more than our share.
First, thank You for the little things
That often come our way,
The things we take for granted,
But don’t mention when we pray.
The unexpected courtesy,
The thoughtful, kindly deed,
A hand reached out to help us
In the time of sudden need.
Oh, make us more aware, dear GOD,
Of little daily graces
That come to us with “sweet surprise”
From never-dreamed-of places.
 
Then, thank You for the “miracles”
We are much too blind to see,
And give us new awareness
Of our many gifts from Thee.
And help us to remember
That the key to life and living,
Is to make each prayer a prayer of thanks
And every day Thanksgiving.
I Love You, GOD ^_^

& Thank You GOD for everything !

Tuesday, September 14, 2010

Akaun akhirat~

Aku sedang menulis dalam keadaan lapar..(tibe2 rase nak tulis perkataan ni yg pertama)


aku menilik-nilik beberapa buku simpanan ku..akaun dunia aku tak seberapa..beberapa hari ini sibuk memikirkan nasib Jutawan Kosmetik,Datuk Sosilawati walaupun tak berkaitan~


otak ku mula meneka2..mesti akaun simpanan Sosilawati jauh berlipat juta kali ganda nilainya daripadaku..
alangkah bahagia,tapi kasihan..pengakhiran hidupnya sesangatla tragis. Terdetik di hatiku, melainkan beliau memiliki akaun akhirat yang pada masa yang sama gah sehebat akaun dunia ataupun jauh lebih hebat berbanding dunia.


Tak payah sibuk nk judge orang lain laa..cam mane plak ngan aku ni?


Akaun dunia, boleh dikemaskini untuk dilihat status simpanan kita yang terkini..namun berbeza sekali dengan akaun akhirat kita.
Bagaimanakah cara kita untuk mengetahui status terkini pelaburan kita untuk akhirat?


adakah kita mempunyai baki unit yang mengcukupi untuk membeli tiket ke syurga..atau kemerosotan dalam akaun akhirat kita akan menyebabkan kita dihumban ke dalam neraka???


Gerun..aku lah yang paling patut merasakan kegerunan itu.


Tiba-tiba nak beralih angin siket..ingin sekali aku meluah menerusi sebuah lagu, bait2 kata lagu ini sangatlah kena dengan diriku..


Bila cinta kini,
Tak lagi bermakna..
Yang ku rasa kini hanyalah nestapa..
Ditinggalkan cinta masa lalu..


Dulu kau tawarkan manisnya janjimu,
Dan ku sambut itu,
Dengan segenap hatiku..
Hingga kau pergi,
Tinggalkan ku..


Hilangnya cintamu,
menusuk hati ku..
hingga ku memilih cinta yang fana.............


Perginya dirimu,
merobek jantungku..
hingga ku terjatuh dalam harapan..


Cinta itu yang hilang, membuatkan aku semakin menjauh dari banyak perbuatan yang dinilai sebagai kebaikan oleh sebahagian manusia yang berkopiah & berjilbat bulat labuh..namun aku belajar sesuatu setelah jauh..(aku memang telah jauh atau dianggap telah jauh?) iaitu, "keikhlasan"...
kerana sebelum ini hatiku kerap berperang dengannya (keikhlasan).


hey listen...
I never needed you to be strong
I never needed you for pointing out my wrongs
I never needed pain, I never needed strain
My love for you is strong enough you should have known

I never needed you for judgment
I never needed you to question what I spent
I never ask for help, I take care of myself
I don't why you think you got a hold on me


Bukannya x sayang, aku sangat menyanyangi Islam serta sahabat-sahabat seperjuangan..akan tetapi sering disalah ertikan..terpulanglah pada mereka yang lebih gemar menghukum dan menilik kelemahan orang lain berbanding bersikap jujur dan tulus dalam memperbetulkan keadaan atau meningkatkan prestasi demi Islam tercinta..adakah mereka ini merasa cukup perfect atau merasakan akaun akhirat nya ternyata mengatasi akaun akhirat mereka-mereka yang telah dikecam tanpa secalit husnuzon???
adakah ini mereka ini layak digelar sahabat seperjuangan?beginikah yang dikatakan, "sahabat" versi acuan tarbiah Islam..


akaun akhirat?
i've my own goals & strategies..
i dunk want share partner ntok investment akhirat yang hipokrit & tak jujur,
sekian~


islam tu luas..& itulah yang sering memotivasikan diri aku supaya tak cepat melatah dengan kerenah mereka yang berfikiran jumud a.k.a sempit..


bak kata k.mas (ex pengarah nisa' malaysia) :
"as long as we do sumthings kerana Allah..biarkan apa mereka nak cakap, nak pikir..Allah knows us better than others.."




selamat beramal diri..dunk never ever giv up! & jom semua melabur manyak-manyak ntok akaun akhirat!!! pasya' !! chayok !! takbir !!!



























Friday, July 16, 2010

Teringin mencintai "Mu.."

Hari-hari berlalu, membuatkan aku sedar akan sesuatu...

Mengakui betapa kerdilnya aku selaku seorang hamba..
Kadang-kadang merasakan betapa hipokritnya diri ku selama ini..

Ingin teguh mencintai "Mu"..namun, kerap kali tertewas pada hambatan nafsu duniaku sendiri..
Aku tak mampu jujur apatah lagi setia..
Kiranya jika aku mendambakan kesetiaan cinta dari seseorang yang bergelar kekasih"Mu",
Yang a'bid & soleh...
Aku sememangnya tidak layak..

Tuhan..
Aku ingin sekali berubah,
Menjadikan hatiku ini seumpama tidak bernaluri pada benda bersifat duniawi..
Namun jelas, aku gagal & tertewas lagi..
Dan yang paling jelas..inilah luahan hatiku YANG TERINGIN MENCINTAIMU!

Sahabat-sahabat..yang menulis ini bukanlah yang terbaik, sekadar berkongsi secebis luahan dari pengalaman hidup yang tak seberapa. Alhamdulillah, aku baru sahaja pulang dari menjejakkan kaki di baituLLah. Ramai kalangan sahabat yang meminta aku berkongsikan pengalaman di blog. Pada awalnya, aku tidak berminat untuk berbuat demikian, namun pada lewat malam ini setelah pulang dari bilik TV..terasa ingin menaip sesuatu..aku pun tak pasti apakah aku akan menceritakan pengalaman aku di sana atau melencong dari topik yang menjadi permintaan ramai dari kalangan teman-temanku..

Dugaan, ya..aku juga tak terlepas daripadanya..namun dugaan ku berbentuk aneh sedikit. Maaflah kerana aku hanya berupaya menceritakan hal yang terang dari mulut ke mulut kepada sahabat-sahabat yang bergelar muslimat sahaja. Ia agak sulit sedikit untuk diceritakan di sini secara details..Tapi alhamdulillah, ini mungkin merupakan dugaan yang insyaaLLAH akan memberiku ganjaran di atas apa yg berlaku..moga2 =)

Selipar yang asyik hilang..

Aku dengar cerita ini dari di Malaysia lagi, namun alhamdulillah walaupun tidak dimasukkan ke dalam uncang kain khas atau meletakkannya berhampiran tempat solat, juga tidak menghafal no.rak kasut yg ku letak..kasut ataupun selipar yang ku tinggalkan tidak pernah sekali hilang..samada selipar cantik siap bermanik, atau sandal selesa yang agak mahal harganya..alhamdulillah ia dipelihara Allah. Mungkin antara jemaah yang kerap kehilangan kasut atau selipar mereka biarpun menghafal & mencatat no.rak kasut mereka, Allah mahu mengangkat darjat mereka sebagai org yg beriman di atas kesabaran dek asyik kehilangan kasut mereka. Sekiranya mereka bersabar la kan..=)

Sesat di Mekah dan Madinah..

Ramai yang menegurku kerana begitu berani berjalan seorang diri di malam hari di Madinah dan juga Mekah. Tambah2 apabila ada sesetengah makcik yang berjalan denganku di siang hari melihat aku sering diganggu oleh pak-pak arab yang terkenal dengan minat mereka terhadap gadis Malaysia yang melampau. Ini kerana makcik-makcik ini lebih prefer untuk membeli-belah di siang hari berbanding malam dan mungkin mereka lebih prefer untuk berehat di hotel sahaja setelah selesai solat di masjid. Tabiatku di Malaysia tanpa ku sedari telah ku bawa ke sana. Kadang-Kadang bukan untuk shopping pun, sekadar makan aiskrim sambil bersiar2 sahaja melihat gelagat manusia di waktu malam di sana. Namun Alhamdulillah, aku selamat, dan tidak pernah sekali sesat dengan izin Allah walaupun bersendirian di tengah malam. Sungguh ajaib kuasa Allah, padahal seringkali ku dengar dari para jemaah bahawa mereka yang sering ke Mekah atau Madinah keluar di siang hari pun boleh sesat.. bagi aku, jauh sekali untuk bermegah..tetapi di mana sekalipun kita. Kita harus yakin adanya Allah untuk memelihara kita setiap masa =)

Umrahkah aku?

Aku dilanda ujian yang sudahku ramal akan menimpaku di sana, salahku juga kerana aku mengambil risiko mengerjakan umrah ketika ini. Alhamdulillah aku berkesempatan solat sunat sof paling hadapan di Raudhah bersebelahan makam Rasulullah s.a.w..tempat yang diperkatakan Rasulullah s.a.w antara taman-taman syurga di akhirat kelak. Dan juga segala puji bagi Allah kerana memberiku kesempatan berjemaah di masjid Nabawi di Madinah, bersolat sunat di Masjid Quba'..semoga berjaya mendapat pahala umrah serta berhasil mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w di akhirat kelak..namun apa pun sekali yg ku cuba sampaikan di sini, jika tiada keikhlasan di hatiku dalam mengerjakannya, tiada sesen pun berguna..alangkah ruginya aku jika demikianlah yg berlaku..Ya Allah bantulah aku dalam memelihara keluhuran daripada segenap sudut amalanku..sesungguhnya aku hamba yg tidak berdaya.

Buah limau dan jodoh???


hihi..macam kelakar plak citer bab nih, hmm tapi sewaktu berdoa di Masjidil Haram..sewaktu dalam esak tangis (..biasalah emo sket..) sedang asyik kyusuk meminta pada Allah macam2, tiba2 sorang lelaki berwajah Arab dan berjambang menghadiahkan aku dengan sebiji limau bersaiz besar pelik.. (..lebih besar berbanding buah limau yg aku makan kt hotel Mekah time tuh..) aku terkejut tapi menerima pemberiannya, sambil sempat mengucapkan kepadanya,"syukran"..namun apabila sebaik sahaja aku berpusing untuk memandangnya semula, kelibatnya telah hilang begitu saja..hihi, misteri..then, yg paling pentingnya, part aku tiba2 dihadiahkan buah limau tu, aku sedang berdoa "Ya Allah, kurniakanlah aku dengan jodoh yg soleh.."


dalam hati aku terdetik, "apa, jodoh aku ni ada berkaitan ngan buah limau ke..ke jual limau ek?" huhu.. manalah tahu ade pape petunjuk kan~



Mimpi aneh di Mekah Mukarramah..

Mesti ada di antara sahabat-sahabat tertanya-tanya apakah ujian yang melandaku sebenarnya..yang jelas, aku dapat merasakan aku telah diberi amaran melalui mimpi yang berbau aneh. Detik itu aku telah terpilih untuk berhadapan dengan risiko tersebut, aku menjadi murung dan amat bersedih. Selesai membaca doa ma'thurat di atas katil hotel di Mekah, aku tertidur. Aku mendapat mimpi seolah Rasulullah s.a.w mengingatkan aku tentang apa sahaja yang kita lakukan walaupun perkara yang baik, akan tetap menjadi pertikaian dan diperkatakan oleh manusia lain. Seolahnya mimpi itu meminta aku bersabar akan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Terjaga sahaja dari mimpi pelik tersebut, aku tertanya-tanya apakah sebenarnya yang cuba disampaikan Rasulullah s.a.w..kemudian mengingatkan aku tentang kisah Luqmannul Hakim bersama anaknya dan seekor keldai..ya, mimpi itu seolah kisah Luqman tersebut. Aku kebingungan, kemudian melupakan mimpi itu begitu sahaja sehinggalah klimaks ujian yang terjadi di luar tanah haram, iaitu di Jeddah. Barulah aku kembali teringatkan akan mimpi yang ku alami tempoh hari di Mekah. Benarlah apa yang telah dipertegaskan dalam al-Quran bahawa, fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan. (maksud ayat 191 dan 217 surah al-Baqarah). Hanya Allah sahaja yang tahu betapa pedihnya hati ini terkena bahang fitnah manusia yang tidak pernah kenal erti berpuas hati walaupun sesama saudara muslimnya sendiri. Dek kerana menolak lamaran serius daripada seorang mak cik yg ku kenali di sana untuk anak lelakinya yang berada di Malaysia, aku telah difitnah! Sungguh fitnah itu sangat tajam rasanya, sehinggakan terasa lebih baik dibunuh sahaja berbanding difitnah begini sekiranya terlalu membenci..

Maafkan aku mak cik, andai aku ini begitu mehampakan harapanmu.. 

Aku kenali mak cik "M" ini sejak di Madinah, dia sebilik dengan ku tapi bukan sekumpulan bersama team travelku. Ketika solat berjemaah di Masjid Madinah, tanpa ku sedari aku telah menjadi mencuri perhatiannya. Aku pergi menunaikan umrah bersendirian sebenarnya. Ketika aku duduk dalam sof bersebelahan wanita tua berbangsa arab dan sebelah lagi warga negara Scottland, mereka keduanya telah menegurku yang sedang membaca al-Quran..ketika itu kami sama-sama menunggu waktu solat masuk.Lantas aku memberhentikan bacaan dan bertegur sapa dengan mereka. Aku berbahasa arab dengan makcik tua sebelah kiriku itu kemudian berbahasa English dengan makcik yang berasal daripada Pakistan yang menetap di Scottland di sebelah kananku itu. Banyak yang telah kami sembangkan, antaranya tentang terjemahan al-Quran, budaya hidup masyarakat muslim di tempat masing-masing. Alhamdulilah mereka sangat ramah. Mak cik "M" rupanya telah senyap-senyap memerhatikan gelagatku, aku di kalangan teman memang terkenal suka berjenaka dan seorang yang ramah. Ini menambahkan lagi minat mak cik "M" untuk mempermenantukan aku. Pada awalnya aku hanya beranggapan dia hanya bergurau sahaja denganku, sehinggalah rakan kumpulan travelku mak cik "S" secara peribadi bercakap berkenaan hal ini denganku secara serius. Katanya mak cik "M" bersungguh dan kerap memberitahu hasratnya untuk bermenantukan aku ketika mereka sama-sama berjalan ke masjid atau pulang dari masjid. Mak cik "S" meminta aku untuk solat istikhorah ataupun berterus terang sahaja dengan mak cik "M" sekiranya tidak mahu. Ini kerana mak cik "S" bimbang mak cik "M" yang digambarkan itu terlalu berharap. Aku jadi bertambah bingung apabila mak cik "M" sanggup menelefon anaknya di Malaysia memberitahu bahwa dia sudah bertemu dengan calon menantu yang baik di sini. Dia meminta aku bercakap dengan anaknya menerusi handphone miliknya, lantas aku menolak sambil berjenaka. Dia juga menunjukkan aku nama penuh anaknya,agar aku solat istikhorah untuk anaknya itu sebagai calon suami. Aku sangat bimbang melukakan harapan seorang ibu sepertinya. Jadi aku tidak sampai hati meluahkan perasan ku sebenar ketika itu. Hari- hari bertambah rumit, apabila berlaku sahaja kerosakkan di bilik air hotel ku, mak cik- mak cik yang sebilik denganku meminta aku untuk berurusan dengan pihak hotel Madinah kerana aku dianggapkan mereka mampu berkomunikasi dalam bahasa Arab dengan baik. Ini menambahkan lagi semangat untuk mak cik "M" bermenantukan aku kerana aku kerap mendengar dia berkata,"bakal menantu aku boleh bercakap banyak bahasa.. " Lagi menakutkan aku, apabila aku memanggilnya, dia asyik mengatakan, "apa mama?isyh menantu ku ini..",selorohnya sambil ketawa. Walhal, aku tak pernah memanggilnya "mama"..Ya Allah, aku benar-benar tertekan & buntu waktu itu. Dia juga memaksa aku memberi pose2 untuk diambil gambar untuk disimpan di dalam handphonenya. Lantas, aku ikutkan kerana ingin menjaga hatinya..Dia juga membelikan aku hadiah, dan aku menerimanya kerana menghormati pemberiannya. Namun akhirnya, aku mengambil keputusan untuk tak mahu memberinya semakin banyak harapan lagi, ketika di Mekah, aku tekad untuk berterus-terang. Ku katakan aku belum bersedia, namun mak cik "M" pula memberi respon bahawa dia sanggup menunggu aku biarpun untuk jangka masa 6 tahun lagi. Kemudian aku katakan aku sanggup memperkenalkan dia dengan sahabat2 ku yang sedang mencari pasangan hidup dan telah bersedia untuk berumah tangga. Dia katakan pula, bahwa "Makcik berkenan kat hang, bukan kawan hang..awat hang xmau jadi menantu makcik?"masih terngiang2 loghat utaranya sehingga ke saat ini. Aku membalas bahawa masih ada yang terbaik daripadaku untuk anaknya itu, dan aku yakin aku bukanlah orang tersebut. Dia kelihatan amat kecewa, tiba-tiba sahaja kurang bercakap atau berjenaka seperti selalu sejak aku meluahkan apa yang sebenarnya terbuku di hatiku. Suatu hari sebelum masuk waktu subuh, aku ingin ke tandas..tiba-tiba dia terjaga dari tidur dan bertanya lagi perkara yang sama kepada ku. Lantas aku diamkan diri dan terus berlalu ke tandas tanpa memberikanya respon. Perasaanku benar2 terganggu ketika itu, ya mungkin salahku kerana berkelakuan agak dingin terhadapnya. Tapi aku berniat agar dia tidak lagi menyimpan apa-apa harapan lagi terhadapku selepas itu. Hari-hari aku lalui terasa bagaikan tidak kene, mak cik "M" tiba-tiba menjadi seorang yang kerap memerliku. Dia asyik bersangka bahwa ustaz yang mengetuai group travelku itu menaruh hati kepadaku. Ya, mungkin kerana ustaz itu orangnya agak mengambil berat, dan masih bujang. Lantas aku diamkan diri sahaja, malas melayan kerenah mak cik "M" tersebut. Aku pula, melayan ustaz tersebut dengan baik seperti kawan-kawan kenalan umrahku yang lain. Kerana bilik kami dan bilik ustaz tersebut bersebelahan, jadi bertambah mudahlah fitnah untuk berlaku di antara kami. Sedangkan aku tidak pernah menaruh apa-apa perasaan atau merasakan akan apa-apa ikatan yang istimewa antara kami berdua. Aku tidak tahu hal sebenar sehinggalah ku dapat rasakan ustaz yang gemar berjenaka itu tiba-tiba sahaja sangat dingin terhadapku. Selepas keluar dari tanah haram,iaitu di Jeddah..barulah aku mengetahui perkara sebenar..sedih dan kecewanya aku bukan kepalang..ustaz tersebut telah meluahkan perkara sebenar yang diungkapkan oleh makcik "M" dan temannya ketika dia di Mekah. Ya Allah..mereka telah mengfitnahku! Aku betul2 tidak menyangka mereka sanggup melakukan perbuatan ini di tempat yang mulia. Walhal ketika di Madinah dan Mekah, mereka sekawan ini sering bertengkar sehingga menganggu tidurku dan mak cik "S" . Kadang-kadang pertengkaran berlarutan sehingga hampir jam 3.30 pg..namun aku langsung tidak pernah membuka keaiban mereka di hadapan ustaz tersebut. Namun, ini balasan mereka setelah mereka berbaik semula antara keduanya. Yang paling terkilannya, sebelum aku berangkat tempoh hari dari Mekah, aku sempat berpeluk salam dengan kedua orang makcik tersebut untuk bermaaf- maafan. Hanya ALLAH tahu apa sebenarnya yg telah berlaku, dan apa yang telah difitnah mereka terhadapku. Cukuplah setakat aku simpan di hati.. Pada mulanya sukar untuk aku menerima kenyataan difitnah sebegini. Namun setelah ku fikirkan secara positif, ujian itu bukan sahaja sebagai kafarah dosa tetapi juga untuk mengangkat darjat seseorang hambaNya sebagai org yg beriman sekiranya mereka bersabar..Jadi aku benar2 bersyukur, kerana mungkin atas berkat kesabaranku..mungkin pahalanya lebih berlipat ganda di sisi Allah Taala.

Terima Kasih tak terhingga terutama kepada ..kak fishah.. yang lainnya, dik sarah, makcik, mak teh, mak cik saadiah dan pak cik man, mak cik moon & pak cik abdullah (romantic couple nih..hihi..) yg telah memberikan elly semangat ketika berdepan dengan ujian ini..semoga Allah memelihara ukhwah yg terjalin antara kita semua =)

Mungkin ada yg pelik kerana hal-hal buruk sebegini juga terjadi di Mekah, tempat yang suci..jgn pelik kerana, di Mekah atau Madinah  juga kita akan berjumpa dengan orang pergi untuk menunaikan umrah tapi mengabaikan solat subuh. Kerana waktu solat kita tak sama seperti di Malaysia, jadi apabila bermusafir mereka mengambil mudah sekiranya tiada ruang untuk solat. Sedangkan kita tahu, walau apa keadaan sekalipon solat itu wajib. Paling menyedihkan perkara ini terjadi pada yang telah sering berkunjung ke sana. Ini fenomena yg telah disaksikan sendiri oleh aku ketika di sana.  Pada awalnya setelah kembali ke tanah air, aku ingin menghubungi makcik "M" untuk bercakap dari hati ke hati..namun aku batalkan hasratku itu kerana tidak mahu hal ini berpanjangan lagi. Insya Allah, akan ku cuba meng'ikhlaskan hati untuk memaafkan mak cik tersebut. Semoga Allah memberikan aku, dirinya dan kita semua, petunjuk. Amin..

Sabda Rasulullah s.a.w: "Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka berkatalah yang baik ataupun berdiam saja." Antara bencana lidah adalah berbohong. Memang kita sudah ketahui akan dosa apabila berbohong tetapi kadang-kala kita melakukannya apabila kita berborak-borak dengan teman-teman. Kita mengada-adakan cerita untuk menjadi bahan ketawa. Kita menambah-nambah cerita orang lain untuk menjadi lebih menarik. Ini bukan sahaja membawa dosa mengumpat, bahkan ia membawa dosa fitnah. Dan fitnah itu adalah lebih besar dosanya dari membunuh. 


Dari Uqbah bin Amir dia bertanya kepada Nabi SAW:"Apakah amal untuk selamat?Jawab baginda:"Jagalah lidah dan menangislah selalu terhadap dosa-dosamu".

~sama-sama muhasabah diri~
     ...nukilan hati dari...
..hambaMU yang tak pernah terlepas dari melakukan dosa..









Thursday, April 8, 2010

Bila Tukang Kebun kembali berkebun…………….

Selawat dan puji2 an tertinggi & terpuji ke atas Baginda S.A.W…

Sudah lama kebun ini sepi tanpa sebarang usaha cucuk tanam, apa khabar iman tukang kebunnya?

Apa khabar taqwa mad’ u di luar sana,

Adakah setandus tanah kebun yang dibiarkan terbiar lame ini………



Puji2an ke atas Allah Subhnawataala yang menjadikan hidup ini penuh dengan dugaan & ujian…

Yang menjadikan aku seorang Islam sejak lahirnya..

Seoarang manusia yang diselimuti dengan berbagai kekurangan..

Seorang muslimah yang xpernah lekang dengan wabak hati,

Menjadikan diri umpama ketagihan tarbiah daripada sahabat-sahabiahnya..

Yang hampir sahaja lemas dalam lautan godaan dunia..



Ya Allah,

Di saat yang lain sedang giat berusaha memartabatkan ad-DinMu..aku pula sebaliknya,

Bertarung nafsu bersama sejempul iman yang tidak seberapa,

Dunia ini benar mencabar,

Hampir ku rasakan tertewas dengannya..

Ku mohon,Engkau selamatkanlah aku..

Hadiahilah aku dengan hati yang baru…

Yang hanya pantas untuk dihuni dengan “Cinta-Mu”………….


Tak lama lagi aku akan menjadi tetamuMu..

Aku mahu pergi dengan azam yang baru,

Dan jika pulang..aku ingin menjadi “aku yang baru”..

Dan jika kepulangan bukanlah takdirku..

Maka,tempatkan lah aku di kalangan mereka yang diterima taubatnya,

Yang menghuni Jannah bersama kalangan syuhada’Mu..



Dan buat sahabat2..kebun kali ni bukanlah tertanam dengan pokok yang baru..

Cuma sebagai langkah rawatan…kerana tumbuh-tumbuhan di dalamnya terkena jangkitan virus yg merbahaya..

Dan mungkin jika perlu, pokok yang sedia ada harus dicantas sahaja,

Berdoalah sahabat..agar tukang kebun mampu berhijrah,

Kali ini, diri ini benar2 hampir tersungkur rebah…

Dek kerana terlampau banyak tunggul2 ujian & dugaan yang hampir tersepak…



Wahai Penilai hati,

Aku teramat lemah..namun,

Akanku cuba memaafkan sesiapa sahaja,

Dan ku harapkan begitu juga daripada kalian……..



Allahuakhbar! Allahuakbar! Allahuakhbar!!!

“When u lose ur way..2 Allah we should turn, s He promised He’ll always b there………..amin..”

I thank Allah 4 opening my eyes...........!!!



- & Salam terakhir…jika inilah suratan daripadaNya-

Sunday, February 7, 2010

...menanam benih rindu...

Aku terlalu rindu…

Rindu akan bau akhirat, yang aku sendiri tak pasti,

rindu ketenangan hati yang aku sendiri tak pernah mengerti..

yang aku pasti, kedudukan..duit bukanlah segala2nya..bila kita terlampau memikirnya, kadang2 membuatkan kita meninggalkan akhirat di belakang..

benar, aku suka mengakui bahawa aku materialistic, gemar mencari duit..dan tiap saat otakku hanya ligat memikirkan soal duit, mungkin lebih banyak mengenangkan duit berbanding mengenangkan Allah taala..

dan paling teruknye aku nih..shopping da seolah2 umpama menggantikan penenang aku di kala duka.. ubat aku sakit..resah aku di kala bengang when xdpt achieve ape yg ditarget dlm study..

sape yg pernah teman aku shopping, akan taw betapa teruknye aku..astaghfirullah, mane sebaik2 penenang hati yg sepatutnye aku bersandar?

Hidup ni memang aneh, atau sikap manusia itu sebenarnya yang aneh ye?aduhai…aku bengung.

Teringat kata-kata sahabat baikku yang kini sedang menghadapi ujian sakit sehingga terpaksa menangguh pengajian semester akhirnya di university.

Dalam keadaan separuh sedar dia berpesan kepadaku.

“ingat ely, yang tersurat x sama dengan yang tersirat..jangan mudah tertipu,”

Aku baru balik dari Asean Logics 2010 Conference..beria-ria aku menunggu peluang untuk bertanya soalan pada Tun Dr Mahathir, malangnya kecewa..hanya dua orang peserta Conference yang sempat mengajukan soalan. Masa terhad..tapi x apela.

Sekarang tengah2 duk study untuk midterm besok, tiba2 angin aku nih rasa nk mengarang sesuatu untuk post dekat blog. Buku aku letak tepi dulu, notebook aku capai..

Tunggu jap buku ye..hati aku terasa nak melahirkan sesuatu. Sementara ia masih bermood..walaupun badan aku terasa sangat penat.

Aku nak cakap pasal ape ye..um, pasal..

Dalam sedar ataupun tidak..kadang2 tindak-tanduk dan kata-kata kita seolah-olah menggambarkan kita seperti nak meninggi diri. Padahal tak terlintas sedikit di hati kita niat untuk menunjukkan bahawa kita ni hebat atau memperlekehkan orang lain. Tapi kita dapat rasakan orang seolahnya beranggapan kita sedemikian. Niat kita sebenarnya nak berkongsi.. tapi kadang-kadang certain manusia ni cepat sangat menghukum, kadang2 belum pun sempat kita habiskan ayat lagi, dia dah memotong percakapan kita dengan gaya seolah2 kita ni nak berbangga diri ataudari gaya percakapannya seolah tercabar.

Hati ni kadang2 berasa terluka sangat, tapi bila fikirkan sahabat.. cepat2 jernihkan semula tanggapan. Mungkin masih dalam proses nak mengenali.. tapi fikir2 banyak sangat incident kita ni mengalah.. asyik dia je nak betul, asyik dia je boleh bercerita pasal kehebatan itu dan ini. Masuk bab kita, dianggapnya seolah cam nak meninggi diri pula.

Kenapalah sahabat ni tak sama ye.. sahabat-sahabat dulu lebih memahami, gemar merendah diri.. menyebabkan kita tenang dalam berukhwah, dan belajar untuk menjadi seperti mereka.Ya Allah, aku rindu pada kak irah..orangnya gemar merendah diri dan kelihatan sangat ikhlas, aku rasa sangat menyenanginya..aku ingin sepertinya.

Aku rindu pada nad dan kak rin..orangnya gemar berkorban..dan dalam tak sedar,diri sendiri kekadang terkorban..

Aku rindu pada kak aisyah..orangnya suka mendengar masalah orang, kekadang masalah sendiri tak terdengar..

Aku rindu pada kak Dian..suka menenangkan orang lain, padahal ketenangan diri sendiri sering terabai..

Aku rindu pada bos ku Hj Musri, bekas majikan..bila aku tak kene angin tyme kerja dulu2..aku plak gaya bosnye..

Aku rindu..dan aku teramat rindu…banyak lagi sahabat yang nak aku sebutkan tapi biarla..

Dan yg paling aku rindu..hingga kerap buat air mata ni meleleh..aku rindu mak.....

Aku tak suka blk umah, coz tiap sudut umah akan buat aku ingatkan mak...

Jadi aku sibukkanla diri kat kampus time cuti atau buat kerja part time..

Coz bila aku terlampau sedih, membuatkan diri aku tak fokus pada org sekeliling..

Dan akan membuatkan hati yang lain terluka..

Aku jugak rindu sgt kt kawan baek aku..waktu die sht dulu, waktu die ceria dulu..selalu call aku.. biarpon kami jauh..biarpon kami berlainan characterz tp kami rapat..

Aku harap dia sihat cepat..satu aku tak faham, bila kawan baek aku ckp..

Dia tak nak aku sakit, coz nnt dia akan rase lbh sakit berbanding aku..

"Once u do get close 2 sumone, u hav a hard tyme letting go & get real down if u lose him/her..mgkin ni reason yg wat aku afraid 2 luv, bcoz i'm afraid of losing.."

Biar serindu manepon aku pd manusia..but da' most important, aku perlu belajar untuk sentiasa merindu Rabbul Izzati..

Coz tu je yg kekal & abadi..dan itu saje yg membuatkan idup aku kembali luar biasa!

Aku masih belajar untuk memperbaiki diri,

Berakhlak dengan akhlak yang lahirnya dari hati..

Bertutur dengan datangnya dari hati..

Beribadah dengan apa yang tercetusnya dari hati..

Aku sekadar ingin berkongsi, maafkanlah aku andainya perbuatan atau pertuturanku selama ini seperti ingin meninggi diri..

Tapi tanggapan manusia harus aku akui, itu hak mereka. Yang penting, tanggapan Allah ..

Ely kene sabar..sabar dan sabar..

Ely..Allah noey u better than otherz ,hmm..when faith is put at test..no matter what, no matter when ..it doesn’t at all make sense..

My dear self.. do not leave ur love letter’s compilation (i.e kte punye d’ultimate life manual..d’Quran)

It is d’last thread 2 sanity even if everything else failed.. Betol sgt la kn..ape yg Allah ckp dlm Quran,

“Sesungguhnya Al-Quran ini memberikan petunjuk kepada jalan yg lebih lurus dan memberi khabar gembira kpd org2 Mukmin yg mengerjakan amal soleh bahawa mereka ada pahala yg besar..”(al-Isra’:9)

life breaks us all..but in d’end we r stronger in d’broken places…huhu, “things r easier than done kn..?”

Ok..ely tak payah pk tanggapan org dah..belajar jd humble, peduli kan la org nak meninggi diri ke hape..

Okla dah berleter,cepat sambung study ely..

wait2!! jom same2 menanam benih rindu pada Ilahi agar yg tumbuh itu adalah tanaman cinta yg abadi..heheh=)


 





Thursday, January 7, 2010

Berkenalan dengan Si Penagih Dakwah ketika kerajaan menghidangkan juadah new year 2010


Kekasihku..

Mudah-mudahan tulisanku saat ini benar-benar datang dari hatiku..

Mudah-mudahan ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan kami bersama sebagai penghuni dunia yang sementara..

Kekasihku,

Blogku ini umpama kebun yang disemai benih-benih cinta kepadaMu..

Ilhamkanlah aku dengan tuaian-tuaian yang mampu memberi kesan pada mana-mana hati insan bergelar hamba..

Kekasihku,

Inilah warkah-warkah cinta yang aku olah untuk tatapan dunia demi mendambakan kasih dan keredhoanMu…

Kau iringilah nukilan dakwahku ini dengan rahmat dan kasih sayangMu..


Sket detail ttg pe yg aku nak share ngan korang2..

PROGRAM : XPDC DAKWAH : “OPERASI KEHADIRAN DIRASAI”

: Solat Hajat berjemaah di Masjid Jamek

Qiamullail di Masjid KLCC

TARIKH : 31 DISEMBER 2009 - 1 JANUARI 2010

LOKASI : DATARAN MERDEKA DAN KLCC

ANJURAN : GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SEMALAYSIA (GAMIS)

Lets start d’story..

Concert sampai larut malam, artis yang beraneka gaya, bunga api..antara judah kerajaan Malaysia untuk rakyat kesayangannya pada malam new year..amboiw, sayangnya kerajaan Malaysia pada rakyatnya..hidangan keseronokan, beginikah mempamerkan rasa sayang?

Pernah dengar ttg Rasulullah ckp,kalau kita ikhlas..kalau kita buat satu benda, Allah balas berganda?

Cam cite Saidina Ali ngan buah delima yang Fatimah teringin sangat nak makan, sedekah satu tapi berbalas lebih dari itu!dahsyat kan?

Masya Allah!Subhanallah..perkara apa yang aku alami dengan sahabat-sahbat ketika XPDC dakwah di dataran merdeka lerbih kurang macam tu.

Niat kami adalah untuk bersedekah..bukan setakat dengan membahagi-bahagi mineral water ngn calendar yang diedarkan oleh pihak GAMIS, tapi juga untuk bersedekah dengan sedekah yg paling utama yakni “ilmu”.

Korang boleh teliti huraian tafsir surah at-Taubah ayat 79 tentang sedekah yang dimaksudkan Allah taala, aku relate dengan kitab len tentang pengertian sedekah kat situ. Mula-mulanya cam blurrr, baca tafsir ayat tu. Yang buley aku kaji ayat tu coz aku xfaham mase bedah buku ,

“PETUNJUK BERDAKWAH DENGAN BERKESAN” tulisan Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni.

Hasil telaah aku sedekah yang dimaksudkan dalam tafsir Surah at-Taubah : 79, adalah seutama – utama sedekah ialah orang yg mengajarkan ilmunya kpd saudaranya yg Islam.

Aku ade tanya sahabat-sahabat dari pelbagai campus len, apa niat depa dalam XPDC Dakwah ni..depa ade cakap,nak banteras maksiat..nak berdakwah..cam tu la rope jawapan mereka.

Alhamdulillah niat mereka baik,sangat murni..

Sekelumit perasaan kecewa bilamana “Operasi kehadiran dirasai” hanya dirasai bila geng2 mahasiswa Islam buat halaqoh kat tengah2 kesesakan manusia di depan stage concert. Mungkin babak XPDC tyme ni boleh diistilahkan sbg “klimaks Operasi” kot.

First stage dalam XPDC, xramai mahasiswa whether muslimat ataupon muslimin yg bertaburan ada keberanian untuk masuk ngan geng2 kaki rayau, minah2 lepak..setakat bagi calendar ngn mineral water belum capai matlamat..

dirasai air mineral yang kita bagi,

then dirasai dengan menerima calendar yg kita duk bagi..

dah tercapaikah matlamat “Operasi Kehadiran Dirasai..”???
belum cukup para daie’ ku sayang..

setakat bagi, belum cukup dirasai..

aku paham la..daie’ kita ni cam takut2..yela,mereka sume baek2..tudung labuh2, berkopiah.. ada yg duk tegah wat breakdance la..campur lak ngan pakaian pelik2..gaya2 perlakuan yg ajaib, teguk arak selamba badak je..isap rokok gaya isap tak isap rokok (cam isap lebih dari rokok rasenya..tut2.. paham2 la kome ek!)

aku, aniq ngan angah bergerak bertiga..

awal2 bergerak, bile aku bagi mineral water..calendar ..then terangkan kedatangan aku anjuran mane..belum sempat nk kuarkan tazkirah dakwah lg,dorang dah macam ni hah..

“assalamualaikum ustazah!”

“me kaseh!i luv u..”

“wah,*******..leh berkenalan?”

“nak no.tepon bleY?”
time kaseh kat angah,aniQ..bagus gak kome yg duk push achik ntok mulakan pi kat mamat2,minah2 yg cam gaya2 tuh..

korang igat x awal2 tuh, bile achik cakap stok peluru achik cam mineral water, calendar sume dah abes bg..angah cakap, “achik ati2..jgn tersalah bg kt mat2 indon..”aniq lak cakap “achik cepat sgt berjalan.. bergerak sendiri je,”then korg cakap, “ni amek angah punye..hah,aniq pon ade lagi..kat sane tu hah achik, dak2 tu hah..”

start dari achik pi, ditemani korang2 dua orang..achik nampak muka korang cam cuak jugak awal2 tu kan..

achik pon cuak jugak dalam ati sebenarnye..pura2 je cam kuat awal2 tuh,hehe.. tp bile pk tol2..kalo aku takut2, kalo aku tak mulakan untuk approach depa yang pelik2 nih..takkan menjadi misi dakwah & matlamat kan jadi sekadar matlamat..nawaitu tinggal kenang-kenangan je..well,what 2 say..blk dr XPDC ni confirm2 r ade yg tulih kt blog msg2 cam cantek je..hakikat penyampaian message dakwah?hmm..

Lu pk laa sendiri..!(nabil,aku pinjam ayat ngko sat)

Tapi, coz ade perasaan kasih sesame insan yg mendalam..rase simpati sgt ngan keadaan dorg..aku pon paksa & beranikan diri ntok mulakan..

“hi..ape khabar..?muslim?ok..assalamualaikum..actually saje je datang kt korang..dah lame perhati td..um,akak ni sebenarnye dar GAMIS..taw x ape tu GAMIS?senyum xlepas dari terukir di bibir ni hah..

Terlopong je mereka..tp cam kelihatan berminat nak taw..saat aku salam ngan depa td, saje aku tak lepaskan tangan salah sorg remaja pompuan ni..saje,strategy..ikat ukhwah,huhu..

Actually, akak..kwn2 ni dari GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SEMALAYSIA..OOoo..(aku ubah topic,tak nak mereka rase pelik+cam bosan..)

“cantik la adik2 ni..cam artis,”saje aku puji so that mereka bg perhatian pada kehadiran kami..aku tahu remaja mmg suka dengan dipuji, even kalo kite nk tegur atau nasihat mana2 remaja sekalipon..pujilah mereka terlebih dahulu, then baru mereka tertarik nak dengar ape yg kita cakap berikutnye..


Berbunga hati mereka, tampak jelas pada senyuman yg diukir penuh ikhlas..dari yg duduk ikut bangun, berminat ntok bersembang ngan kami.

“Korang sume dari mane nih..”

“Kami dari Sabah, saje nk datang epi2..seronok2..akak?”lembut tutur si gadis2 yg sememangnye manis2..

‘A’ah, saje seronok2..epi2..sekali setahun kan kak,idup ni mst epi!” kate yg laki2 yg kelihatan cam nga xstabil..die cube mendekati kami, kami undur sket ke belakang..cam agak rapat sgt ngan badan kami.

“Ooo..Jauhnya korang datang,akak2 sume ni dari UIA..korang pernah dengar UIA?”

“Ooo..UIA?”

“Universiti Islam Antarabangsa, ala kat Gombak je..Akak2 student lagi..korang ni dari sabah semata-mata nk sambut new year ke?”

“Ooo..kami dah kerje, datang dah lame kak..kami keje kat sini..”(sorang sebut kerje kat cni,sorg sebut kat situ..macam2 ada!)

“wah, dah keje korang nih, cam muda2 lg.. umo brape sume nye ni..”

“Ni 17,saya 18..saya 19..saya 18..saya 19..saya 20 kak! um,kakak?”

“Umo akak 22..da tua da,huhu..”

“22? cam muda lg kak..”

“a’ah kak,***** je..”

isyh depa lak yg jet aku..ade teknik dakwah cam aku jugak ke depa nih?huhu..pandai tol minah2 nih..kembang semangkuk =)

“akak, bley gtaw name..?”

“a’ah lupe tanye name korang..akak, kak ely..ni kak hana’, and ni kak mas..masyitah..adik2 lak?”

“saya sekian..saya sekian..saya sekian2..”

Aku xmampu ingat banyak name..sebab keadaan mase tu agak kecoh, ngan dak2 laki sibuk nyampok..nyelit kat blkg, tepi kami..ribut tyme tuh,huh.. yg aku ingat dak bernama nur (sbb same ngan cite “nur kasih”haha..)and yang namenye BELL..sebab shbt2 igt aku bersalam ngan laki, coz dak pompuan ni xgaya pompuan lansung..cam laki.

“akak, saya nak amek gamba ngan akak bley..” kate si laki2..

Cam artis lak aku rase, yg tu hulur hp camera, yg tu menyelit mtk benda same..

“hmm..bley, tp mst dengar ape yg akak nak cakap nnt..”

“tp kak, saya nk bergambar 2org je ngan akak,”

Hish,dak ni da len lak..

“kak, jgn layan dorang tu..otak tak betol, nga mabuk..”nur tarik aku ke bahagian len..dia dak baek aku rase..walaupun dia memakai bulu mata palsu, ngan rambut dikerinting &diwarnakan ala2 gadis gipsy, aku dapat rase die masih mempunyai naluri yg kuat ntok jd baek..die bawak kami bersembang ngan kwn2 sewaktu dgnnye..

“um, korang sume berminat x kalo akak ade program yg ala2 islamic..,nk invite korang datang?”

“program islam ya kak, cam ttg agama ya gitu?minat2..xpernah ade yg ajak kami datang pon..kami suka aja..”

“Mana ya tu kak, oo saya teringin jugak kak..kami tak kisah, bila ya kak?”

“um, nnt kalau ada..akak akan ajak korang..macamne..”

“Bleh2 kak..Akak, bagi no.telefonnya..”

“Um, cam ni..adik bagi no.telefon adik, nnt akak hubungi, tapi janji ngan akak, jangan bg no.akak pada dak2 laki da la..”

“Ok kak, xde masalah..kita janji sama kakak..”(loghat sabah mereka datang blk)

“Btol nih?”

“tol kak..kami janji..”

Perbualan kami berlarutan, termasuk ngan dak laki..mujo ade angah..aku asyik bersembang memikirkan ntok ikat ukhwah terlebih dahulu ngan mereka..bila angah da masuk bagi tazkir bab murtad..bab bahwa arak tu haram..aku pon ikot tuka topic..kami bergilir bercakap ngan depa..

Asri dak lelaki dalam gambar, baru je lepas minum arak..angah tanye,


“asri..taw x yg arak tu haram?”

Asri jawab..”taw kak..”

Asri ni ade satu trademark, bila dengar kita cakap bab2 agama..die akan cakap,

Akak,abang awie cakap.. “Rock2 pon, masyuk syuga jugak..janji, igt Tuhan!”sambil2 tunjok jari ke langit.

Dalam ati aku, mmg artis2 ni memberi kesan pada mentality remaja2 nih..

“tol asri, tapi kalo asri nak masuk syurga mesti kene tingal minum arak..”angah mengulas.

“Asri taw x, nape Allah haramkan kita minum arak?”

“xtaw kak.. cikgu di sekolah dulu tak pernah bagitaw..cikgu hanya ajar 123..ABC..”gaya ckapnye pon dah ala2 rockers gitu hah..

Ati aku menggetus lagi, sistem pendidikan negara masih buntuhkan permantapan.

Angah pon mengulas, aku menongkok tambah..

Kemudian asri cakap, “kak..sempena tahun baru ni aku tol2 minta maaf kak ya..aku nak masyuk syurga..rock2 pon masyuk syurga kan kak..nnt aku tak nak minum arak,

“asri, kalau nak masuk syurga kite kene bertaubat dulu..asri bila nak bertaubat?”

“tengokla kak, 2-3 tahun lagi ke..”

“tak boleh asri, Allah cakap kalo kita nk bertaubat, mesti dari sekarang..jadi asri kene tinggalkan arak start dari skrg..”

“azam tahun baru ea asri, tinggalkan arak kalau nak masuk syurga..rock2 pon masuk syurga..tapi mesti tinggalkan minum arak,”

“ok kak..saat ini asri berjanji azam tahun baru ni..asri akan tinggalkan arak..asri cuba tak minum arak..asri takkan minum arak..rock2 pon masyuk syurga apa!”kata asri penuh bersemangat,

“janji ea asri..azam tahun baru ni, asri mesti tinggalkan arak..”

“tol kak, asri nak berazam ni..”katenya dalam kedaan yg masih rockers.

“Asri, taw x ape masuk name asri?”

“Ape die kak?”

“mase..maseku..dalam Quran, Allah ade sebut name asri..-wal’Asr-demi masa..”

“Oo..name aku ade dalam Quran ya kak..”die tersenyum,

Ok, stop cite sal asri, kite doakan je die tol2 berubah bersama ngan azam barunye..biarpon kite xtaw sejauh mane kebenaran dari kata2 nya..kita doakan saje asri.cite sal sorang lg lak..


Man plak sorang lg dak laki yg cube mendapat perhatian dari kami, kalo tengok gambar yg aku attach, man adalah dak yg bertindik di lidah dan berkulit cerah.

Dia mengaku bahwa dia kristian, kemudian kawan2 pompuannya pon cakap die tipu..dia Islam sebenarnye.

Kami cakap kt man, die perlu mengucap kembali.

Die ikot istighfar..mengucap.Mule2 die pelik nape kami suruh die cam tuh..Man cakap, die maen2 ajer..dalam ati die Islam.

Angah cuba memahamkan man bahawa bagaimana cara kita bleh jadi murtad even walaupon hanya bergurau.

“Aku mintak maaf kak, tol2 nih..aku hanya maen2..aku tak taw pon macam tu boleh murtad.”

Aku taw man malu, bile kami tanya adakah dia seorang muslim atau x, sebab gaya dirinya yg penuh dengan bertindik di badan. Yang anehnya die seolah terkejut dan seolah berfikir bila mendengar kupasan berkenaan murtad.

Kami kasihan pada remaja2 ini, mereka banyak yg xtaw..

Kami sangat bersimpati dengan keadaan mereka..

Kami nak bercakap panjang lagi, mereka kelihatan makin seronok nak dengar.. even kawan2 laki mereka menarik mereka ke tempat len..dorg respon “jap2..”

mereka tempis tangan kawan2 mereka depan kami, dan bertahan daripada berganjak. Cuba mendengar apa yg kami cuba sampaikn dengan perhatian.

Kami semakin bersemangat ntok mengolah, yg si pompuan2 ikot perhatian mendengar..

Nur tak lepas memegang tanganku dari tadi. Dak ni memang cepat mesra.

Tapi kami terpaksa beransur, pihak pimpinan gamis minta kami bergerak ntok agenda berikutnya. Kami terpaksa tinggalkan mereka.

Asalnye kami datang hanya berbekalkan mineral kosang ntok diberikan pada remaja2 nih..ketika nak beredar datang pejaja minuman2 dalam tin dan botol ke arah kami ngan dak2 remaja nih..

Sebagai tanda terima kasih atas tazkirah dari kami, mereka belanja kami bertiga air tin. Mulanya kami menolak, tp dorang mendesak supaya kami menerimanya.Beria2 nak belanja kami..

Akhirnya kami meraikan dorang dan menerima air tin tiap sorang satu.

“kak, amek saje ape yang nk berape pon..kami belanje akak..kami sume epi dengan akak..terima kasih sangat2 kak..”

Cam tu la bunyinye kata2 yg dilontarkan oleh mereka terhadap kami..

Sambil melambai-lambai kami meninggalkan mereka. Jauh di sudut hati berdoa, Ya ALLAH kau bantulah mereka, berikan mereka hidayah untuk berubah ntok menjadi hambaMU yg beriman dan juga beramal.

Yg pasti bila mase nak bergambar..yg dak pompuan ni ckp..

“eh, kalo nk bergambar bia pompuan ngan pompuan je..laki ngan laki je..”


Bile ade laki yg nak bersalam plak, “eh xboleh la..kakak da cakp td haram..”kate yg len.

Hati ku berharap, biarpon mungkin hanya di hadapan kami mereka beraksi sedemikian, namun sekurang-kurangnya mereka ada sedikit perasaan hormat terhadap orang-orang yg cuba memanjangkan amanat Rasululullah s.a.w..

Bayangkan, dengan berbekalkan air mineral untok mad’u seperti ini..mereka membalas kami dengan air tin yg masih dalam keadaan sejuk dan dijaja mahal di malam new year..dengan izin Allah, kami dapat benda yang lebih berganda dari awalnye..bukan setakat air,perhatian mereka..tapi jugak ukhwah,

Alhamdulillah Nur telah menghubungi aku beberapa kali selepas XPDC tempoh hari. Manakala Bell plak baru je sms aku..die bertanya khabar tentang aku dan mengucapkan rasa terima kasihnye kpdku..

Aku bercadang, melalui Nur dan juga Bell..aku akan cuba mengenali geng2 remaja sebegini dengan lebih ramai lagi. Terlintas di benakku ketika ini untuk memasukkan mereka ke dalam program S.P.I.E.S under YB Dr.Halimah Ali untuk pemulihan dari segenap aspek terutama dari sudut rohaniah.

Prinsip aku, tak dapat nak pegang ramai pon, sorang dua pon xpe..asalkan kita berusaha setakat termampu. Hidup ni untuk dikongsi apa saje yg dirasakan baik, kerana di syuga pon kita bakal berkongsi.

Berkongsikan destinasi yang digelarkan sebagai syurga, ia tidak dicipta untuk kita seorang..begitu juga neraka..di saat ramai2 yg bersenang-lenang mengajak mereka ke neraka, ayuh kita bersusah-payah untuk membawa mereka ke syurga..biarpon kita belum tahu di manakah tempat kita selayaknye..

Pada sahabat2 yg berpandangan pelik terhadap tindakan kami di malam XPDC baru-baru ni, cubalah untuk berfikiran terbuka..mad’u2 kita sangat berbeza dengan keadaan diri kita. Jika mahu mereka menerima kita sebagai Daie’, haruslah menerima mereka terlebih dahulu sebagi Mad’u..

Mereka yang kelihatan seperti penagih dadah..sebenarnya menagih dakwah daripada kita..



Sahabat-sahabat di luar sana, yang berpandangan negative terhadap kami2 yang cuba membanteras maksiat dan menyebarkan dakwah di malam new year..bersikaplah relevan dan lebih terbuka, kami bukan pergi untuk menyemarakkan malam new year yang penuh dengan juadah hiburan yang melekakan..tetapi pergi dengan misi menyelamatkkan remaja-remaja islam yang lebih kurang sebaya seperti kita bahkan lebih muda. Jangan beranggapan sewenang-wenangnya jika kamu tak berada di sini untuk bersama-sama berjuang serta melihat dengan mata kepala sendiri..4sure, kamo pon takkan tak jelas dengan visi sebenar kami kalo da gitu keadaannya.

Aku bercakap kerana sangat sedih dan terkilan, antara sahabatku yang baru nak berjinak-jinak dengan program sebegini ditahan oleh senior di university dengan hujah yang tak kene gaya langsung. Adik ini bercerita kepadaku sebaik sahaja aku pulang XPDC keesokkan paginya. Dia berasa sangat sedih dan menyesal kerana terikutkan kata-kata senior berkenaan.

Jgn cepat menghukum, nobody’s perfect.. manusia masuk syurga dengan rahmat Allah. Siapakan kita untuk menentukan rahmat Allah? Kita tak tahu di penghujung nyawa kita nanti, masihkan kita dengan Islam yang sebenar-benarnya..Di saat orang len berusaha berbuat sesuatu selepas berijtihad untuk meyelamatkan keadaan, kita yg duduk sekadar berpeluk-tubuh hanya lancang menuduh yg bukan2..

Kekadang seolah tak sabar menunggu kedatangan akhirat, agar terbongkar segala kebenaran dan kepalsuan..

Ini hanya sebahagian babak ketika malam new year, ku rase tak perlu ku ceritakan semuanya. Yang pasti marilah kita same2 memperbaharui niat dari semasa ke semasa agar segala usaha kita ke arah kebaikan dipandangNYA..

Aku tukang kebun yg tak pernah sempurna, maafkan aku andai terbabas mencoret tinta dakwah yang tak pernah seberapa..Dan, aku tidak pernah memaksa sesiapa pun untuk bersetuju dengan pandangan aku. Kekasihku Ya Allah! Kau yang lebih mengetahui isi hatiku dan Kau jua lah yang lebih mengenaliku..Memadailah dengan keredhoanMU,Terima Kasih Duhai Kekasihku! Wallahua’alam.
















































Saturday, January 2, 2010

Pelajar Tahfiz Tanggung Malu


SIASAT...anggota penguat kuasa Jaik menyoal siasat
pelajar Maahad Tahfiz (tengah) bersama kekasihnya.

ALOR STAR: Seorang pelajar lelaki sekolah agama Maahad Tahfiz di Jalan Langgar, di sini, sepatutnya menyertai sesi bacaan al-Quran di sekolahnya malam kelmarin, namun dia berpaling tadah apabila keluar bersama kekasihnya dan menyewa hotel bajet untuk melepaskan rindu serta menyambut tahun baru.Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang padah apabila mereka dicekup sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) di bilik hotel berkenaan di terminal bas Shahab Perdana, di sini, dalam operasi cegah maksiat kira-kira jam 5 pagi, semalam.

Malah, pelajar lelaki berusia 20-an itu turut merayu pihak berkuasa melepaskannya kerana malu jika kejadian dia ditangkap khalwat diketahui disebabkan statusnya sebagai pelajar Maahad Tahfiz.Difahamkan, sejak menuntut di situ dia sudah menghafal lima juzuk al-Quran. Dia dicekup berkhalwat bersama pasangannya yang juga pelajar di sebuah kolej swasta di Jalan Suka Menanti, di sini, selepas pihak berkuasa yang membuat pemeriksaan mendapati pintu bilik hotel itu berkunci dari dalam dan pintu hanya dibuka selepas setengah jam kemudian.

Ketika ditahan, dia hanya berkain pelekat tanpa baju, manakala pasangannya berpakaian lengkap berada di atas katil di bilik itu dalam keadaan terpinga-pinga.
Bagaimanapun, pasangan itu terpaksa dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Star untuk siasatan lanjut sebelum dibawa ke pejabat agama.Operasi bersama itu turut disertai penguat kuasa Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Kedah (AADK).

Dalam operasi di hotel berasingan, pihak berkuasa terpaksa memecahkan pintu sebuah bilik hotel di Jalan Seberang Perak, di sini apabila sepasang kekasih menginap di sebuah bilik di hotel itu enggan membuka pintu walaupun diketuk berkali-kali.Katanya, selepas hampir sejam menunggu, pihak berkuasa terpaksa bertindak memecah pintu bilik berkenaan apabila gagal membukanya menggunakan kunci pendua yang diberi pekerja di situ, kira-kira jam 2 pagi.

Pasangan itu ditahan untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan keluarga sementara menunggu perbicaraan di Mahkamah Syariah.Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jaik, Sheikh Muhamad Suhaimi Salleh berkata, dalam operasi bermula jam 11 malam hingga 5.50 pagi itu, pihaknya dengan kerjasama agensi lain menahan 10 pasangan disyaki berkhalwat dalam serbuan di beberapa hotel murah di sekitar bandar raya itu.

Beliau berkata, semua yang ditahan itu berusia antara 14 hingga 40 tahun dan ditahan mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkhalwat sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai.Sementara itu, Ketua Operasi AADK Kedah, Ahmad Fuad Talib berkata, daripada 21 ditahan dalam operasi itu, hanya dua disahkan positif dadah.

Sumber copy paste ini adalah berita dari: My Metro – Sabtu, 2 Januari 2010