Tuesday, July 26, 2011

..Ikhlaskanlah aku, ya Allah..


..Bismillahirrahmanirrahim..

..Duhai "sesuatu"..

..Aku teringin mencintaimu kerana agama yang ada padamu..
..Seandainya kau hilangkan agama dalam dirimu..
..Maka, hilanglah cintaku padamu..

..Ya Allah, bantulah aku mencipta keikhlasan..
.. dalam setiap hela nafas yang ku hembuskan..
..dalam setiap nawaitu yang ku tajdidkan..
..dalam setiap amal yang ku tekadkan..

..Luruskan aku..
..Duhai Pencipta  tiap segala  & "sesuatu"..

Monday, July 25, 2011

..Warna sebuah takdir..



Bismillahirrahmanirrahim, 

Menulis umpama tiada lagi hari esok untuk ditempuhi..
Bukan kerana berputus asa..

Akan tetapi,

 khuatir..amat khuatir,
 akan bingkisan yg menyeleweng dari kadar nawaitu yang sebenar..
Seperti solat yg ditunaikan,
 khusyuk kerana berasakan ia adalah kesempatan yang terakhir..

Ya Allah, aku bersyukur atas setiap aturan & ketetapanMu..
ia teratur indah sekali..
janganlah Engkau biarkan aku berasakan ujian itu hanya dalam bentuk kesengsaraan..
Biarkan aku turut berasa..
 bahawa, ujian itu juga turut datang bentuk kenikmatan..
Agar aku tak jatuh terleka dek kelazatan dunia yang mengasyikkan..

Fasa hidupku sedikit demi sedikit berarak..

Walaupun ia mungkin tiadalah sehebat mana di mata manusia, 
namun..
aku terus ingin mengutuskan rasa syukur kepadaMu..

aku bersyukur, kerana watak dunia yang aku pegang tidak bermula dari atas..

Kesempatan yang diberikan, sebagai seorang bibik..

sebagai guru tadika..sebagai seorang minah kilang, 

kemudian sebagai seorang trainer di consultant,  

di samping sebagai guru mengaji Al-Quran, 

sebagai guru tuition, lantas..

sebagai seorang event coordinator..

sebagai administrative assistant..(kat mahalah halimah uia je pown, kuikui..)

dan kini sebagai pelajar di Madrasah AKHLAK..

dan biarpun apa lakaran takdirMu selepas ini,

Aku masih mahu terus bersyukur..

dan bersyukur ^_^


..Kami sebelum berakaman..

 ..Izzaz, Izzat & Yassar..

..Mua'lim kami yang disayangi, al-fadhil Ustaz Roslan Mohamed..
sorry ustaz, elly lupa bawak handmade chocolate yg elly janjikan last day ^_^
..kuih noni plak masyuk semut, takde rejeki ustaz nampaknye..


Smile ! ^_^
 ..a gift at no cost..


..Semoga ada hikmahnya kami bersama Madrasah Akhlak..
..bersama ustaz & sahabat-sahabat..

..Suhaili,  tolonglah jangan cakap banyak..

Pada teman-teman yang sentiasa sukakan kebaikan,

 mohon tolong doakan kami yang terbaek !!
..Aameen..

By the way, apa warna takdir ni ek? ^_^




"Successful indeed are the believers,
Who are humble in their prayers
And who keep aloof from what is vain"

The believers,1~2~3

Friday, July 1, 2011

Ke mana lagi harus ku berlari jika tidak kepada Mu?

Wallahi, saat ini tika ini detik ini..
Aku amat membutuhkan ibuku..


Seperti mereka yang lainnya, ketika berduka..ketika sedang gembira..
Ibulah tempat yang paling selesa untuk meluahkan..
Sungguh..aku merindui pandangan dan nasihat dari ibuku..

Ternyata, Rasulullah saw benar..
Apabila bila ditanya siapakah paling disayanginya, lantas Baginda menyatakan..
Ummi..
Ummi..
Ummi..
Kemudian,
Abi..

Subhanallah, betapa kasih sayang dari makhluk yg diciptakan dari tulang rusuk lelaki ini amat menyelesakan..
Sehinggakan lelaki yang paling mulia di dunia ini juga tidak dapat menafikannya..


Dan,
mak,
mak..
mak..
elly rindu sgttt..

Alhamdulillah..
Rupa-rupanya apa yg telah tersurat selama ini, justeru mebuatkan elly sedar..

elly sepatutnya lebih merindui Pencipta  emak ..
Dia lah punca mak hadir dalam hidup elly..


Kekaguman elly pada emak sepatutnya membuatkan elly lebih kagum pada Dia Sang Pencipta..
Keselesaan elly pada emak sepatutnya  membuatkan elly lebih selesa terhadap Dia, Sang Pengasih..
Kecintaan elly pada emak sepatutnya membuatkan elly lebih cinta pada Dia, Sang Pencinta..

Pemergian emak, membuatkan elly sedar..cinta manusia suatu perkara yg bersifat sementara..
Yang kekal hanya cinta Allah, Dialah pengikat & Pengukuh segalanya..

Dia yang memiliki hati-hati hambanya, justeru tak dapat tidak..Dialah tempat yg paling tepat untuk kembali..
Saat ini tika ini detik ini..elly keliru, elly gusar, elly kabur..

Apakah tindakan elly benar, menepati syariat..
Astaghfirullah, wallahi! elly tak mahu berubah sama sekali kerana manusia, elly penat..elly serik..
Elly ingin berhijrah kerana Nya..& melakukan apa sahaja keranaNya..
Tapi,
Astaghfirullah..apakah tahap  iman elly sekarang ini mampu sampai pada tahap itu?

Banyak yang masih elly perbaiki, elly malu dengan Allah..
Tapi apakah cukup dengan menzahirkan dengan kata-kata sahaja?

Duhai Tuhan yang maha Pengampun..bantulah elly,
Ke mana lagi harus elly berlari jika tidak kepada Mu?
Bantulah aku, berikanlah elly kekuatan..

Dan mak,
Apa khabar..
Bahagiakah mak di sana..
Apakah titipan hadiah elly untuk emak sudah mak terima?
Apakah benar elly ikhlas, dan berjaya membuatkan mak berasa beruntung kerana bersusah payah melahirkan elly ke dunia..

Elly ingat lg, 
Dulu slalu sangat..ade seorang budak laki yang selalu menjaja kuih ke rumah kita..
Mak pesan, if mak keluar waktu tu..takde kat rumah..
Elly wajib beli jugak kuih dari budak tu walaupun seringgit je yang elly ade..
Kalo tak mak suh elly check ade tak duit dalam gelas biru dalam almari, biase mak akak tinggalkan duit kat situ..pakai duit tu & wajib beli kuih dari budak laki tu..

Sebab mak cakap,
Budak tu anak yang baik..
Mak jumpe die kayuh basikal kat pasar..
Waktu mak nga drive kat bukit bauk pun ternampak dia kayuh basikal jaja kuih sampai ke sana..
Jauh tuh mak cakap,

Mak cakap lagi,
Mak pernah tanya budak tuh..
“Adik tak gi sekolah ke?”

Budak laki tu cakap,
“gi, tapi lepas balik sekolah tengahari, terus gi jaja kuih..”

Mak Tanya lagi,
“Kuih sape buat?”

Budak tu jawab lagi..
“Emak..”

Mak cakap pada budak tuh,
“Oh, tolong emaklah ni..”

Budak tu senyum.

Elly ingat lagi, adik tu jual kuih otak2..(tak tahu betol tak eja nih) ni panggilan org Terengganu.
Kuih tu dalam balutan pisang, ade ikan yg dibalut ngan rempah..
Baeknye mak..
Dia ajar elly selami kesusahan org lain,
Dia ajar elly untuk berbuat baek walau setakat mane pun yang kita mampu, rm1 pun takpe..

Kesian adik tuh, bulan Ramadhan dah dekat elly jadi makin teringat adik tuh..
Sebab time bulan Ramadhan la paling menyayat hati,
Dia tetap setia tolong mak dia menjaja..
Walaupun elly boleh nampak dengan jelas , muka adik tu pucat & penat sangat..

Mungkin sebab dia anak yang sangat baek,
jadi dia tak hiraukan kepenatan dia semata2 nak bantu mak dia..
kalo elly, mst dah ngeluh2..malas2..

Mana ye agaknye adik tuh sekarang, elly jadi tiba2 rindu..
Dia sekarang dah jadi apa ye..hidup dia macam mane..berjaya tak dia dalam pelajaran..
Apepun adanya Allah,
Elly harap adik ni berjaya dalam hidupnya, dunia mahupun akhirat..
Tetap cekal membantu keluarganya..Amin~

Terima kasih buat Allah yg titipkan pengalaman elly untuk jumpa adik ni..

Terima kasih buat Allah sebab titipkan mak yang sangat pengasih yang banyak ajar elly erti kehidupan..

Terima kasih buat Allah yang sangat baek dalam segala hal terhadap hamba-hambanya..

Terima kasih buat Allah atas segala ujian yg elly hadapi..dan yang bakal elly hadapi..

Elly tak kisah apa sahaja ujian mendatang, cuma elly harap..
Adenya kekuatan dan kasih sayang Allah yg selalu pelihara elly dari buat bukan2..atau fikir bukan..

Supaya kekeliruan, kegusaran ini berakhir..
Dan apa sahaja keputusan yg ditakdirkan..membuatkan elly redho dan terus bersangka pada rentak kehidupan yang telah Allah corakkan..

Kerana hidup ni adalah kerana Allah,
jadi elly ingin pilih sesuatu yang mampu mendekatkan elly padaNya..
dan berharap pilihan ini adalah tepat..
jika tidak, pastinya sesuatu yang baek telah Allah aturkan..

Di setiap keindahan, keceriaan
Pada segenap kelukaan, kepedihan..
Juga tiap persoalan, kekeliruan & keputusan..
Elly mahu terus berlari, dan tetap berlari ke arahNya..
Kerana, ke mana lagi harus berlari..
Jika tidak kepada Mu , Ya Allah?