Monday, December 26, 2011

..Bicara Qalbu di saat keliru..

Dengan nama Kekasih, yang selalu elly sebutkan sebagai Kekasih..
elly tak pasti samada elly melayannya sebagai Kekasih ataupun sebaliknya..
Tapi tak apalah..at least, elly selalu sebutkan Dia sebagai Kekasih elly, mudah-mudahan ianya menjadi doa untuk elly berkata-kata selaras dengan amal..

Sejak keluar dari Solehah, elly tidak boleh bohong, yang elly sebenarnya berasa sangat sedih..banyak perkara yang elly sendiri tak mampu ceritakan dan mungkin adalah lebih baik jika elly rahsiakan dari pengetahuan ramai..tapi tak mengapa, elly akan sentiasa berdoa agar Solehah menjadi medan yang lebih baik & lebih tulus di masa hadapan. Tidak salahkan berdoa agar sesuatu perkara yang baik untuk menjadi perkara yang lebih baik?

Kata-kata dari Ibnu at-Thoilah sering menjadi peneman elly di kala hidup ini diselubungi penuh dengan tanda tanya,
"Tidak ada sesuatu perkara yang keluar dari diri kita, melainkan ada takdir Allah bersama di dalamnya.."

Sewaktu ingin menerima tawaran Solehah, tidak dinafikan hati ini berat untuk menerimanya..mana taknya, umur elly sudah 24 tahun, akan tetapi masih berada di tahun dua pengajian Perbandingan Agama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Elly pernah bekerja sebelum ni sebelum melanjutkan pelajaran.Elly punya adik-adik yang sangat memerlukan elly untuk membantu mereka dalam hidup mereka, perlukan elly untuk meringankan bebanan kewangan mereka.

Abah sudah tua, sering sakit-sakit. Di usia sekarang ini, elly sepatutnya membantu abah dengan menghulurkan wang bulanan seperti yang sering dilakukan oleh anak-anak yang sudah bekerjaya kepada ibu dan bapa masing-masing. Tapi elly tidak mampu, elly masih belajar. Apa pun sikap abah, pandangan abah..elly tetap sayang, elly minta maaf sangat jika banyak tindakan elly tak membantu.

Elly hanya mampu memberikan wang untuk adik-adik elly. Itupun kadang-kadang terhad. Sebelum Solehah, elly sering melakukan kerja sampingan, Alhamdulillah sekurang-kurangnya duit itu mampu memenuhi hasrat adik-adik elly yang teringin seperti mereka yang sebaya usianya. Elly minta maaf pada kakak, jika kakak berasakan kadang-kadang elly terlampau manjakan adik-adik. Elly tahu kakak sayang adik-adik dan banyak berkorban. Akan tetapi elly pernah berasakan tempat yang sama seperti mereka. Ibu pergi ketika kami masih di alam persekolahan.


Terlalu banyak perkara yang ketika ini kami terpaksa tanggung keseorangan. Terlalu banyak yang kami sembunyikan, Jika kami sudah besar, mungkin kami boleh mencari kerja sampingan seperti yang elly lakukan sekarang, akan tetapi kami ketika itu kami masih bersekolah. Hati kami pula berat untuk sering bergantung harap pada kakak atau abang, mungkin kerana khuatir permintaan kami akan membebankan kakak dan abang yang masing-masing telah mempunyai tanggungan dan mungkin menghadapi masalah yang mungkin dirahsiakan dariapada kami adik-adik.

Kerana itulah, elly ikutkan adik-adik apabila mereka mahukan sesuatu, jika berapa pun yang mereka mahukan ketika itu,dan Allah merezekikan apa yang mereka mahu pada elly ketika itu, elly akan cuba bagi seperti yang mereka pinta. Kasih sayang dan masa, elly jarang mampu berikan, jarang mampu luangkan..elly tak berniat untuk menyakiti kakak apatah lagi menunjukkan elly lebih bertangungjawab atau memahami adik-adik lebih berbanding kakak. Elly sayang semuanya. Elly tahu kakak bertegas kerana kakak tak mahu elly terlalu manjakan mereka, elly minta maaf..elly tak mampu, elly tak sampai hati. Salah elly, kakak baik..elly tahu.

Kakak sangat teruja apabila elly menerima tawaran Solehah, abah pun sama. Jika selama ini, elly berasa keseorangan dalam perjuangan untuk bergelar pendakwah, kali ini elly berasakan seperti kelainan yang amat sekali. Kerana elly memikirkan, dakwah pertama adalah dakwah orang paling terdekat dengan kita, elly makin kuat untuk menerima tawaran Solehah.

Elly teringin nak buat abah, kakak dan ahli keluarga yang lain berasa bangga dengan tindakan elly memenuhi hasrat arwah emak untuk menjadi pendakwah atau dengan kata lain sebagai ustazah. Sebelum ini, elly berasa sedih sangat apabila ramai ahli keluarga yang mempertikaikan tindakan elly menolak jurusan undang-undang dengan memilih jurusan agama. Dan Solehah elly anggap adalah salah satu kunci untuk elly menambat hati mereka yang terdekat dengan elly. Walaupun elly terpaksa tempuhi sebuah jalan yang penuh populariti dan bertentangan dengan kata hati elly sendiri.

Namun, itu hanyalah alasan kedua sebenarnya. Perkara yang paling kuat untuk membuatkan elly mengatakan tidak pada tawaran Solehah ialah, apabila sebelum ini ketika ingin melangkah kaki ke bilik audition, elly pernah memanjat doa pada Allah..

"Ya Allah, jika sekiranya program ini mampu memberikan kesudahan yang baik pada agamaku, maka Engkau takdirkanlah aku di dalamnya..jika tidak, Engkau jauhilah aku daripadanya.."

Elly tak nafikan setelah menyertai Solehah, banyak ujian yang elly terpaksa hadapi. Kadang-kadang membuatkan elly keliru, dan tertanya-tanya..apakah doa elly benar-benar didengar Allah taala, atau elly yang tersilap mentafsirkan sesuatu perkara itu kepada perkara yang tidak sepatutnya ?

Dan mungkin apakah ya Allah, elly yang tak reti bersyukur? mohon petunjukMu ya Allah..bukakanlah mataku dan mindaku yang sempit ini..

Mungkin ada yang tertanya-tanya, jika tak dari hati elly sendiri, habis kenapa menghadiri audition? Ya, saya hadir sebenarnya kerana meraikan sebuah permintaan orang yang amat saya hormati. Tak perlulah saya sebutkan namanya di sini rasanya. Yang pasti orang berkenaan pasti ingat, dan ada bukti yang elly simpan.

Seperti berbaur penyesalan pulak kan tulisan elly kali ini kan? Elly tak menyesal menyertai Solehah, Alhamdulillah banyak perkara yang apabila elly amati semula..banyak yang baik. Akan tetapi ada juga yang perlu diteliti kembali dan wajib diperbaiki. Elly pernah bersuara, elly berharap dan berdoa akan ada perubahan ke arah kebaikan selepas ini. Perubahan yang perlu dilakukan bukan untuk elly, akan tetapi lakukanlah demi Ummah.

Sudah hampir senja, banyak yang elly ingin kongsikan lagi..namun biarlah setakat ini dulu..asalnya elly ingin menulis pengalaman elly setelah keluar dari program reality Solehah..menjadi moderator bersama panelist bekas Raja Rempit ataupun Raja Lumba Haram yang sangat terkenal sekitar tahun 90-an..namun hntah kenapa tak dapat melahirkan dari hati ketika ini..inilah masalah elly, elly sukar untuk menulis jika tak datang dari lubuk hati elly sendiri..maafkan elly, mungkin elly akan cuba di tika masa yang lain. Insha' Allah.

Kepada warga crew Solehah, warga produksi..sahabiah-sahabiah Solehah, elly pohon maaf atas segala salah dan silap elly selama kita bersama dan setelah program Solehah berlalu..elly akui, elly penuh kekurangan..

Tuhan,
Andai aku yang tersasar..
Pimpinlah aku ke jalan yang sebenar..

Tuhan,
Andai mereka yang tersilap langkah,
Anugerahilah akan mereka, "Hidayah"..

Tuhan,
Andai aku bisa putarkan masa itu,
Akan ku cuba perbetulkan kelemahanku..

Tuhan,
Andai aku punya lebih kekuatan dan kelebihan,
Benarkan aku mempergunakannya untuk manfaat mereka yang ku sayang..

Tuhan,
Terlalu banyak janji,
Cita-cita,
Impianku UntukMu..
Yang seringkali aku tak mampu penuhi..
Selalu aku mungkiri,
Ampunilah daku..
Maafkanlah akan kekuranganku..
Tuhan,
Bentangkanlah aku peluang dan jalan..
Yang akhirnya menemukan aku kepada Jalan Pulang..
dalam keadaan aku diredhoi, dikasihi..
Sebagai hamba yang mengabdi kepada Ilahi..








Tuesday, July 26, 2011

..Ikhlaskanlah aku, ya Allah..


..Bismillahirrahmanirrahim..

..Duhai "sesuatu"..

..Aku teringin mencintaimu kerana agama yang ada padamu..
..Seandainya kau hilangkan agama dalam dirimu..
..Maka, hilanglah cintaku padamu..

..Ya Allah, bantulah aku mencipta keikhlasan..
.. dalam setiap hela nafas yang ku hembuskan..
..dalam setiap nawaitu yang ku tajdidkan..
..dalam setiap amal yang ku tekadkan..

..Luruskan aku..
..Duhai Pencipta  tiap segala  & "sesuatu"..

Monday, July 25, 2011

..Warna sebuah takdir..



Bismillahirrahmanirrahim, 

Menulis umpama tiada lagi hari esok untuk ditempuhi..
Bukan kerana berputus asa..

Akan tetapi,

 khuatir..amat khuatir,
 akan bingkisan yg menyeleweng dari kadar nawaitu yang sebenar..
Seperti solat yg ditunaikan,
 khusyuk kerana berasakan ia adalah kesempatan yang terakhir..

Ya Allah, aku bersyukur atas setiap aturan & ketetapanMu..
ia teratur indah sekali..
janganlah Engkau biarkan aku berasakan ujian itu hanya dalam bentuk kesengsaraan..
Biarkan aku turut berasa..
 bahawa, ujian itu juga turut datang bentuk kenikmatan..
Agar aku tak jatuh terleka dek kelazatan dunia yang mengasyikkan..

Fasa hidupku sedikit demi sedikit berarak..

Walaupun ia mungkin tiadalah sehebat mana di mata manusia, 
namun..
aku terus ingin mengutuskan rasa syukur kepadaMu..

aku bersyukur, kerana watak dunia yang aku pegang tidak bermula dari atas..

Kesempatan yang diberikan, sebagai seorang bibik..

sebagai guru tadika..sebagai seorang minah kilang, 

kemudian sebagai seorang trainer di consultant,  

di samping sebagai guru mengaji Al-Quran, 

sebagai guru tuition, lantas..

sebagai seorang event coordinator..

sebagai administrative assistant..(kat mahalah halimah uia je pown, kuikui..)

dan kini sebagai pelajar di Madrasah AKHLAK..

dan biarpun apa lakaran takdirMu selepas ini,

Aku masih mahu terus bersyukur..

dan bersyukur ^_^


..Kami sebelum berakaman..

 ..Izzaz, Izzat & Yassar..

..Mua'lim kami yang disayangi, al-fadhil Ustaz Roslan Mohamed..
sorry ustaz, elly lupa bawak handmade chocolate yg elly janjikan last day ^_^
..kuih noni plak masyuk semut, takde rejeki ustaz nampaknye..


Smile ! ^_^
 ..a gift at no cost..


..Semoga ada hikmahnya kami bersama Madrasah Akhlak..
..bersama ustaz & sahabat-sahabat..

..Suhaili,  tolonglah jangan cakap banyak..

Pada teman-teman yang sentiasa sukakan kebaikan,

 mohon tolong doakan kami yang terbaek !!
..Aameen..

By the way, apa warna takdir ni ek? ^_^




"Successful indeed are the believers,
Who are humble in their prayers
And who keep aloof from what is vain"

The believers,1~2~3

Friday, July 1, 2011

Ke mana lagi harus ku berlari jika tidak kepada Mu?

Wallahi, saat ini tika ini detik ini..
Aku amat membutuhkan ibuku..


Seperti mereka yang lainnya, ketika berduka..ketika sedang gembira..
Ibulah tempat yang paling selesa untuk meluahkan..
Sungguh..aku merindui pandangan dan nasihat dari ibuku..

Ternyata, Rasulullah saw benar..
Apabila bila ditanya siapakah paling disayanginya, lantas Baginda menyatakan..
Ummi..
Ummi..
Ummi..
Kemudian,
Abi..

Subhanallah, betapa kasih sayang dari makhluk yg diciptakan dari tulang rusuk lelaki ini amat menyelesakan..
Sehinggakan lelaki yang paling mulia di dunia ini juga tidak dapat menafikannya..


Dan,
mak,
mak..
mak..
elly rindu sgttt..

Alhamdulillah..
Rupa-rupanya apa yg telah tersurat selama ini, justeru mebuatkan elly sedar..

elly sepatutnya lebih merindui Pencipta  emak ..
Dia lah punca mak hadir dalam hidup elly..


Kekaguman elly pada emak sepatutnya membuatkan elly lebih kagum pada Dia Sang Pencipta..
Keselesaan elly pada emak sepatutnya  membuatkan elly lebih selesa terhadap Dia, Sang Pengasih..
Kecintaan elly pada emak sepatutnya membuatkan elly lebih cinta pada Dia, Sang Pencinta..

Pemergian emak, membuatkan elly sedar..cinta manusia suatu perkara yg bersifat sementara..
Yang kekal hanya cinta Allah, Dialah pengikat & Pengukuh segalanya..

Dia yang memiliki hati-hati hambanya, justeru tak dapat tidak..Dialah tempat yg paling tepat untuk kembali..
Saat ini tika ini detik ini..elly keliru, elly gusar, elly kabur..

Apakah tindakan elly benar, menepati syariat..
Astaghfirullah, wallahi! elly tak mahu berubah sama sekali kerana manusia, elly penat..elly serik..
Elly ingin berhijrah kerana Nya..& melakukan apa sahaja keranaNya..
Tapi,
Astaghfirullah..apakah tahap  iman elly sekarang ini mampu sampai pada tahap itu?

Banyak yang masih elly perbaiki, elly malu dengan Allah..
Tapi apakah cukup dengan menzahirkan dengan kata-kata sahaja?

Duhai Tuhan yang maha Pengampun..bantulah elly,
Ke mana lagi harus elly berlari jika tidak kepada Mu?
Bantulah aku, berikanlah elly kekuatan..

Dan mak,
Apa khabar..
Bahagiakah mak di sana..
Apakah titipan hadiah elly untuk emak sudah mak terima?
Apakah benar elly ikhlas, dan berjaya membuatkan mak berasa beruntung kerana bersusah payah melahirkan elly ke dunia..

Elly ingat lg, 
Dulu slalu sangat..ade seorang budak laki yang selalu menjaja kuih ke rumah kita..
Mak pesan, if mak keluar waktu tu..takde kat rumah..
Elly wajib beli jugak kuih dari budak tu walaupun seringgit je yang elly ade..
Kalo tak mak suh elly check ade tak duit dalam gelas biru dalam almari, biase mak akak tinggalkan duit kat situ..pakai duit tu & wajib beli kuih dari budak laki tu..

Sebab mak cakap,
Budak tu anak yang baik..
Mak jumpe die kayuh basikal kat pasar..
Waktu mak nga drive kat bukit bauk pun ternampak dia kayuh basikal jaja kuih sampai ke sana..
Jauh tuh mak cakap,

Mak cakap lagi,
Mak pernah tanya budak tuh..
“Adik tak gi sekolah ke?”

Budak laki tu cakap,
“gi, tapi lepas balik sekolah tengahari, terus gi jaja kuih..”

Mak Tanya lagi,
“Kuih sape buat?”

Budak tu jawab lagi..
“Emak..”

Mak cakap pada budak tuh,
“Oh, tolong emaklah ni..”

Budak tu senyum.

Elly ingat lagi, adik tu jual kuih otak2..(tak tahu betol tak eja nih) ni panggilan org Terengganu.
Kuih tu dalam balutan pisang, ade ikan yg dibalut ngan rempah..
Baeknye mak..
Dia ajar elly selami kesusahan org lain,
Dia ajar elly untuk berbuat baek walau setakat mane pun yang kita mampu, rm1 pun takpe..

Kesian adik tuh, bulan Ramadhan dah dekat elly jadi makin teringat adik tuh..
Sebab time bulan Ramadhan la paling menyayat hati,
Dia tetap setia tolong mak dia menjaja..
Walaupun elly boleh nampak dengan jelas , muka adik tu pucat & penat sangat..

Mungkin sebab dia anak yang sangat baek,
jadi dia tak hiraukan kepenatan dia semata2 nak bantu mak dia..
kalo elly, mst dah ngeluh2..malas2..

Mana ye agaknye adik tuh sekarang, elly jadi tiba2 rindu..
Dia sekarang dah jadi apa ye..hidup dia macam mane..berjaya tak dia dalam pelajaran..
Apepun adanya Allah,
Elly harap adik ni berjaya dalam hidupnya, dunia mahupun akhirat..
Tetap cekal membantu keluarganya..Amin~

Terima kasih buat Allah yg titipkan pengalaman elly untuk jumpa adik ni..

Terima kasih buat Allah sebab titipkan mak yang sangat pengasih yang banyak ajar elly erti kehidupan..

Terima kasih buat Allah yang sangat baek dalam segala hal terhadap hamba-hambanya..

Terima kasih buat Allah atas segala ujian yg elly hadapi..dan yang bakal elly hadapi..

Elly tak kisah apa sahaja ujian mendatang, cuma elly harap..
Adenya kekuatan dan kasih sayang Allah yg selalu pelihara elly dari buat bukan2..atau fikir bukan..

Supaya kekeliruan, kegusaran ini berakhir..
Dan apa sahaja keputusan yg ditakdirkan..membuatkan elly redho dan terus bersangka pada rentak kehidupan yang telah Allah corakkan..

Kerana hidup ni adalah kerana Allah,
jadi elly ingin pilih sesuatu yang mampu mendekatkan elly padaNya..
dan berharap pilihan ini adalah tepat..
jika tidak, pastinya sesuatu yang baek telah Allah aturkan..

Di setiap keindahan, keceriaan
Pada segenap kelukaan, kepedihan..
Juga tiap persoalan, kekeliruan & keputusan..
Elly mahu terus berlari, dan tetap berlari ke arahNya..
Kerana, ke mana lagi harus berlari..
Jika tidak kepada Mu , Ya Allah?







Sunday, May 29, 2011

Maafkan aku sahabat kerana mengecewakanmu..

Bismillahirrahmanirrohim..
Semoga artikel ku kali ini bersih dari penyakit hati..

Beberapa org sahabat telah menasihatiku..
Seolahnya aku terlalu degil & keras kepala untuk menerima nasihat..
Maafkan aku sahabat2..

Aku terpanggil untuk menulis artikel ini, bukan untuk berbahas atau membela diri..tetapi sekadar ingin mengungkap kata-kata maaf atas kedegilanku..
Sekali lagi aku memohon maafkan aku sahabat-sahabat..

Kamu semua dilahirkan terbaik untukku..
kamu semua jauh lebih baik dari aku..
aku sedar..ku akui hakikat itu..

Akan tetapi, ku rasakan aku tak perlukan perubahan untuk itu..
hijrah untuk diri lebih baik itu perlu, tapi aku lebih prefer soal akhlak & ibadah..tak perlulah aku nyatakan aku ingin berhijrah untuk itu, kerana bagiku..cukuplah ia menjadi rahsia aku dengan Allah azzawajalla~
Aku selesa, kerana aku berasakan aku berada di tengah-tengah..
Ye, "pakaianku"..aku biasa2 saje..
dari dulu lagi..maafkan aku sekiranya ada di kalangan kamu yang mendapati aku hipokrit atau berlakon selama ini..maafkan aku..

Jika dulu di depan kamu, aku seolah berlakon..bukanlah bermakna aku ingin menyatakan aku yang terbaik..
tapi sekadar tak mahu menimbulkan kontroversi..
tak mahu mencetuskan lebih banyak persoalan atau pertikaian..
hakikatnya di luar..aku biasa-biasa saje..
namun jiwa tarbiah ini ingin sekali diberi peluang untuk berjuang bersama-sama kalian..
Sekali lagi maafkan aku sahabat..maafkan aku..

Ye, dulu aku berseluar ketat..bert-shirt sendat..tudung atas paras dada..lengan kadang 3suku..stokin hntah ke mana..stokin lengan xpernah ku peduli..malah ade sejarah yg lebih teruk dari itu, namun tidak perlulah aku nyatakan di sini..kerana aku sudah pun berhijrah dari habits yg buruk tersebut. Dari aspect pakaian, dalam hati ade niat ingin berubah tapi perubahan mendadak ku kurang disenangi family ku..sudahla niat ku untuk melanjutkan pelajaran dlm bidang agama ditentang..aku benar2 berasa tersisih..lantas aku menjadi seperti mengkarung, berubah warna mengikut tempat..
di kampus lama dulu lain..di luar, bersama family ku & kawan2 lain, pula lain..
dan dengan cara ini aku lebih disenangi family ku..terutamanya adik-beradik ku & saudara-mara yg rapat dengan ku..jalan dakwah ku pun lebih diterima~

Aku rindu sahabat2 tarbiah yg dulu..ternyata ramai yg sudah terputus hubungan denganku..ku sedar siapa diri ini..namun aku bersyukur, masih ada yg sayang..masih ade yg setia berhusnuzon denganku..sahabat2 sekolah & kelas di kampus lama dulu ternyata lebih menghargai hubungan ini..walaupun appearance mereka hanya biasa2 saje, tapi mereka tak mudah melatah..mereka tetap sudi bersahabat denganku..aku benar2 terharu..biarpun waktu di kampus lama dulu, bg mereka appearance ku berlainan..tapi mereka menerima diriku seolah telah lama mengenaliku..

mereka juga setia memanggilku ustazah, juga family ku..masih setia merujuk ku di kala ade pertikaian & persoalan dlm agama..aku menghargai & mengalukan pertukaran pendapat & pertanyaan2 dr mereka..

kadang diri ini tertanya-tanya,
di mana sahabat yg dulunya mengakui persahabatan yg dibina selama ini kerana berlandaskan akidah?
di mana sahabat-sahabat yg menyatakan hubungan yg dibina ini berlandaskan perjuangan Islam?
begitu mudahnya anda menghukum tanpa cuba empati terhadap diri aku yg sebenar..
maafkan aku jika kata-kata ku ini berbaur agak kasar..
sahabat-sahabat tolong maafkan aku..

Kadang-kadang jiwa ini lemah, terluka kerana tiba2 dihempap teguran..
padahal kalian sudah lama tidak menjengah khabarku..
ini cakna atau penyakit hati yang menular?aku keliru..
Maafkan aku, kerana mengungkapkan pertanyaan sedemikian..

Aku masih menutup aurat..
Cuma aku gemar memakai jeans..tapi baju t-shirt ku labuh..tudungku bawah paras dada, & masih berstokin..
Abah lebih menggalakkan aku memakai jeans kerana baginya jeans lebih selamat bg kaum wanita.Dia tahu benar aku seorang yg lasak dr dulu..plus kuat merempit ;)

Kawan ku, hafizah-hafizah Quran ternyata lebih terbuka..contohnya seperti Maryam Nabeelah Ismail, @http://maryamnabeelah.blogspot.com walaupun dia seorang sgt menjaga..berjubah & memakai jilbat labuh dengan warna yg gelap, istiqomah setiap mase..akan tetapi apabila ku rujuk hal begini kepada beliau..beliau sgt open..katanya, bagi dia..die masih menganggap pakaianku ini dalam kategori org yg menjaga, plus die juga dibesarkan di KL..die faham benar situasi ku..aku menyenangi perwatakan beliau, orgnye bersahaja..jauh dr sikap takabbur, dan sgt gemar menuntut ilmu..tanpa kata2 aku sudah terdakwah dengan akhlaknya ;)
seringkali aku nyatakan hasrat pdnya.."teringin sprt Maryam,"
tp bls die dgn humble, "Allah dijadikan kite berlainan, kak elly tak boleh menolak ape yg mmg dlm diri kak elly dr dulu lg..tak dpt tak, kak elly akn kembali jgk jd mcm tuh..jd dri kita, cume utk 'tak' melampaui prinsip Islam..kene kreatif.."
Aku fhm benar maksudnya, krn dia tahu sikapku..dr kechik aku suka sgt ngn fashion..mungkin sikap abah waktu muda2 dulu..bapak borek, anak rintik..cam guitar..abah dulu pown ahli band music..so skrg aku plak yg berjinak2 dengan music..mase program Laukana Bainana Annabi saw dulu...ibu Lin, zaujah kpd Dr. Dzulkefly Ahmad ade mengajakku jamming time weekend tp aku xdpt nk commit sbb shooting program tv.. shooting ape tu? hehe adelaa ;)

aku, bertudung biru pink, ibu lin serta sahabiah-sahabiah kesayangan ^_^
Aku tak berhenti setakat itu, aku rujuk pd sahabiah-sahabiah ku dalam nisa' Shah Alam & Muslimat, seperti kak lyn, kak dian, kak haris & kak ct..pandangan mereka jua serupa..malah..kata mereka..perlu ade org sprtku dlm perjuangan ini..sebab focus mad'u kami adalah golongan remaja yg liar..mad'u yg berada di kawasan bandar..yg jauh dari pegangan agama..tak boleh disamakan dengan situasi org yg background family nye mmg mantop, atau kawasan yg mad'u nyer mmg sudah islamic & agk ketimuran..mereka ternyata lebih terbuka & berpandangan jauh..
Alhamdulillah, When i see these faces..i know, i'll never walk alone! ^_^
Maafkan aku sahabat..bukan niat aku untuk membandingkan kamu semua dengan sahabat2 ku di Shah Alam atau KL..tapi ini sudah menjadi bumi tarbiah ku, sukar untuk aku lari dari hakikat ini..

Bagi mrk yg thabat, yg Istiqomah dgn pakaian yg warak..Alahmdulillah, aku ucapkan tahniah..tapi hati2..jgn cepat menghukum org lain..sebab manusia masuk syurga dengan rahmat Allah, pernah diceritakan dlm kitab tentang seorang abid yg sgt soleh & kuat beribadah mase zaman bani Israel dlu..Allah bg dia mcm2 balasan yg baik ketika di dunia..ditakdirkan beliau meninggal dunia, kemudian Allah memutuskan untuk beliau ke syurga atas tiket kasih syg & rahmat dari Allah..tetapi abid tersebut menolak..katanya, dia tak mahu masuk syurga atas tiket tersebut akan tetapi beliau ingin masuk syurga dengan sebab ibadah & amalan2 beliau di atas dunia dulu..maka Allah terus memerintahkan malaikat untuk mencampakkan abid itu ke dalam neraka..
ini kerana beliau berasakan takabbur atas perbuatannya, beliau berasakan beliau lebih layak masuk syurga kerana amalan2nya di dunia dahulu..

teringat aku akan suatu hadith sohih, sabda nabi saw yg berbunyi,
"tidak akan masuk syurga barangsiapa yg ade walau sebesar zarah sikap takabbur,"

Aku ingin sekali mengingati diri yg lemah ni & sahabat yg disayangi sekalian..
Manusia masuk syurga dengan rahmat Allah, siapakah kita untuk menilai dan menghukum seseorang..apakah anda benar2 yakin dengan pengakhiran hidup kalian..di syurga ataukah di neraka?
Islam itu cantik, Islam itu mudah..tapi ini tak bermaksud aku ingin mempermudahkannya, dan janganlah pula anda memperberatkannya..

Ayuh bertaubat setiap detik dan mase, ayuh menjadikan istikhorah sebagai rutin..agar segala perbuatan kita mendapat petunjukNya Yang Maha Esa setiap detik & tika..

YesSs, am far from perfect..acknowledge it, tapi sedangkan Luqmanulhakim yg bijaksana pun masih mengutip mutiara yg bermanfaat dari org yg "JAHIL"..inikan pula kita yg tak seberapa..
kerana apa yg penting?
"Akhlaqul Karimah"

Sama-sama doakan yg terbaik & bersangka baek sesama insan..
kita hamba je pown..wallahu'alam ^_^





Monday, March 28, 2011

aku ke yang buat Rasulullah saw menangis ???



                                                  
Aku sayang Allah..
Dan aku mahu terus begitu buat selamanya..
Bukan setakat pada taipan huruf di blog je..
atau sekadar pada pengakuan lisan,
tapi................................................
selaras dengan perbuatan & amalan..
Tolonglah diri, cukup2la berangan..
sedarla diri, hidup ni sementara..
apa yg ko kejor sangat pada dunia nih? bukan kekal pown..


kalo dtg tsunami cam kat jepun tu hah..
rumah banglo besor & hebat cam mane pown, 
berkecai jugok..
kereta mewah tahap gabang pown, dok berbaloi jugok..
cantik or licin macam mana pun kulit ko,
x guna jugok..
tsunami or ape2 bencana dtg..
xde maknanye die nak nengok rupa ko, atau nk telek harta ko, or nk pandang kedudukan & pangkat ko..
kalo die nak serang, nak melanda..die maen belasah je..
xkire betapa hebatnya ko pada mata manusia kt dunia nih..
anak datuk ke, anak tan sri ke, artis ke..
kalo tsunami atau bencana2 dtg..langsung disapunye!

oit diri! ko xsedar2 lg ke..
oit, aku ckp diri aku sniri...
asal ko ni hah..
nak lawan Tuhan ke?
cubalah bawak bertobat..
cubalah bersihkan hati tuh!
cubalah perbanyakkan amal jariah..
dari ko duk himpun or kumpol duit beli bende2 bersifat duniawi yg benefit kt ko sorang je,
betterla ko sedekah kt faqir2 yg lebih memerlukan..


oOo..dah sedekah? alah, setakat sedekah duit yang leyh lekat celah gigi je + asyik duk tingat kat duit yg dah  terbagi kat org..xde maknanye lah!
oit diri sniri! ko jgn mimpilah ko tuh boleyh masuk syurga senang2..
harga kasut ko tu dah boleyh bagi kat satu keluarga org susah makan seminggu tahu x..
tu x masuk handbag lagi..baju lagi..
ko ni! rase hebat sgt ke hah? ko igt murah ke kos nak masuk syurga? mudah ke?

oit diri sniri, cubalah insaf..
apa je lah bekalan yg ko ade..
nak kata berdakwah bilhal pown x..
bil lisan? pandai ckp je!
ade bende jahat dpn mata, buat x tahu..takut org ckp kite busy body lah..hapela..
abes, cuba dakwah org pown x!
ko ni dri sniri..nk jadi ape ek?
hebat sgt ke ko???


apela nk jd ko ni dri sniri..
buat malu org islam jelaa..
Tuhan bg ko msh bernafas..
hargailah..
kan nnt mati katak, 
mase tu xde guna dah ko nak nyesal..
udah2 la cinta pada dunia..
hentikanlah..
oh diri aku sniri..
Astaghfirullahal'azim........................

Setiap kali nak buat jahat atau rasa menyampah hidup kat dunia nih..aku tingat kat mak andak (kenalan aku time umrah).
(mak andak sebelah hujung sekali, pakai spek, belakang suaminya..pak andak)
Mak andak org kampong je, tp semangat die kumpul duit..buat kerje kat bendang..sebab nk tunai ibadah..aku tengok mase kat madinah ngn mekah dulu, die ngn suami die x sopim sgt pown cam org len..mmg dorg ni dtg nk tunai ibadah btol2..malu seyh aku, lebih dorg xbelajar agama tinggi2, tapi dorg lagi bijak dr org yg berpendidikan..sebab dorg igt mati lebih dr kite2 yg slalu sgtla alpa..)
kenalan2 umrahku..dari kiri ; mak andak, makcik moon, & bakal jenazah :)
mak andak cite..mase kat mekah..die mimpi, kat depan kaabah ade sorg jejaka ni menangis teresak2..jejaka ni mmg tersgt la tampan, hensem sampai terpegun tengok dia cite mak andak..xdpt nk imagine kate mak andak nih..die menangis sampai muka die merah padam..menangis xhenti2 di hadapan kaabah..

mak andak yang menyaksikan ni pown tanyalah pada org sekeliling die tika tuh,
"siapa gerangan jejaka yg menangis sampai teresak2 tuh?"

kemudian, ada suara menjawab..
"baginda adalah Rasulullah s.a.w.."


mak andak terkejut sgt..kemudian mak andak bertanya lg..
"kenapa Rasulullah s.a.w menangis?"

kemudian suara tu menjawab lg..
"Baginda menangis kerana sedih mengenangkan sikap umatnya di akhir zaman.."

mendengar kisah mimpi mak andak tuh ketika dia di mekah, aku langsung terkesima..
kelu..bohongla kalo tak menangis kan..

terdetik dlm hati aku, "aku ke antara umat yg telah menyebabkan Rasulullah s.a.w menangis?"
Ya Allah.............aku ke umat yg teruk itu?
kesian Rasulullah s.a.w............mase time nk wafat dulu pown masih sempat ingat kat kite..
"UMMATI..UMMATI..UMMATI.."
yg kite nih, mengaku je ummat Rasulullah s.a.w..tapi ingatkah kite kat Rasulullah s.a.w?

asyik pk nak kumpul duit nak beli kereta, nk buat rumah besar2..nak itu & nak capai ini..
agak2 dlm sehari, berapa banyak kite berselawat utk Rasulullah s.a.w..
ke tak igt langsung?
ade fikir tak nak bantu perjuangan Rasulullah s.a.w?
ke pikir hidup kite je..dah tak pikir org?
atau, siap lawan balik lg sunnah? asyik pk cinta manusia je..
duk layan perasaan sniri je..

hu, aku la tuh..
oit diri sniri! sedar la weyh!!
udahla..bawak2la tobat..
kesian kat Rasulullah s.a.w..penat baginda berjuang utk kembangkan & tegakkan Islam..
yg kite ni duk peluk tubuh je..sedar2 ade plak yg menentang Islam tu sniri..

bayangkan kalau Rasulullah s.a.w hadir ke sisi kite waktu nih, pasti dia bertambah sedih dengan keadaan ummat die skrg..
jom semua kite berubah..kalo yg solat lambat tu kite cuba awalkan..masuk waktu je trus solat..kalo sering solat sendiri2 je, kite cuba berjemaah..kalo kite solat kt bilik or kat rumah je slom nih..kite cuba hidupkan surau atau masjid plak..solat berjemaah kat sane..yg pasti mehla kite berubah/berhijrah kpd perkara yg lebih baik..bukan setakat bab solat je..sume bende k..slow2 pown xpe..kite cube ye..mst kene cube..slom terlambat..slom mata terpejam rapat..slom pintu tobat tertutup rapat..

aku tak kata aku baik..tapi jomlah kite berubah same2..

berubah terlampau drastik pown bahaya, yg penting kene berubah dgn berlandaskan ilmu..
means..kene mencari..kene belajar dr sumber2 yg benar..
kalo tak tahu bertanyalah, bergurulah..
insha Allah..pasti ada jalanNya ;)





sabda nabi saw yang bererti; Barangsiapa yang Allah inginkan agar ia menjadi orang yang baik, maka Allah akan memperdalamkan dia dalam (urusan) agama.


(Hadis Sahih, Muttafaq 'Alaihi) 
Wallahua'alam~ 

Sunday, February 20, 2011

aku yang tak pernah sempurna !!



Bismillahirrahmanirrahim..

Pujian2 terhadapMu Tuhan..
lantaran menjadikan aku seorang hamba yang penuh dengan kekurangan..
membuatkan aku berasa teramat kerdilnya aku berbandingMu..

tiada kata-kata manis atau berbunga-bunga seperti penulis ternama habiburrahman el-shirazi ataupun fatimah syarha nordin, (betul ke ejaan name mereka ni, hu..nampak sgt aku bukan pengikut setia karya mereka..maaf ye.. aku memang malas membaca..jangan ikut bad habit aku nih..Rasulullah tak suka..)

tapi aku hanya gemar menulis dari hati..mereka yang hebat biasanya menulis berdasarkan amalan yang telah mereka lakukan, tapi aku sebaliknya..kerana amalan aku pun tak seberapa..sekadar menulis berdasarkan apa yang aku rasa..rasa dari seorang yang tak terlepas melakukan dosa atau dengan kata lain..dari seorang yang juga sering mengulangi dosa yang sama..cuma bertemankan sekelumit perasaan dalam diri nih, "ingin dipandang baik oleh Allah..bukan manusia semata"

"aku adalah aku", betul ke prinsip tu?? ye sebagai seorang yang berjinak2 ngan dunia debat..english debate..(walhal bahasa english pown broken..ade hati,haha !!) aku pasti jwb, adakala jawapannya bleyh jadi ya and bleyh jadi tak..tapi aku ni pelik siket..kawan2 ak ckp pelik banyak kot ^_^ dari skolah suka langgar peraturan..(tp depan cikgu2 aku menyamar jadi cam budak baik, almaklumla pengawas..) slom aku mengorak lebih jauh..ecece, terasa cam nak mula pidato melayu pulak..mehla aku ceritakan serba sedikit kejahatan yang pernah aku lakukan semasa bergelar murid sekolah..aku rasa xde laa jahat sangat..nakal je kot..


1.PECAH MASUK ASRAMA A.K.A PANJAT PAGAR

ceritanyer aku pernah kantoi ngan naib pengetua sekolah a.k.a ketua warden baru..tak ingat name, tp dia bapa angkat kepada kawan aku adiela..(dulu gangster, tp skrg da nikah dah dak pompuan nih, siap da dpt baby lg..ekeke )..aku kene cekup semasa nga ralik (ni perkataan american, hanya yg duk america je faham ok..) panjat pagar asrama..gate depan, pagar kawat2..aku tyme tuh nga berada di puncak..baru nak tukar posisi untuk turun ke bawah..tiba2 datang cikgu ni ngan pak guard sergah aku..
"awak buat ape nih? turun sekarang !! tak padan ngan pompuan!" marah cikgu lelaki tuh..

dalam hati dah berdebar2 tyme tuh, tapi sempat pulak berhenti atas puncak pagar tu sambil menjawab,

"mm, saya datang ambil barang saya tertinggal cikgu.."

cuba tak terketar2, kalau terketar2 nampak sgt bersalah..huhu..padahal dah terang2 ceroboh asrama, waktu tu nga cuti..semua murid balik..


"awak buat ape berhenti kat ats tuh, saya kate turun sekarang!!" bertambah marah cikgu tuh..

ni contoh panjatan je..pagar rumah kan, tak tinggi mane..aku kidnap pic ni dr blog sape hntah..kebetulan tukang panjat pown a gurl loike me..hehe ^_^


hihi..aku pun mempercepatkan langkah panjatan ku untuk turun dari pagar yg tingginya lebih kurang 10 kaki atau lebih lagi tingginya kot..kalau tak silapla..then tinggi aku 4 kaki cecah tak ye? haha..lupe aku ni tggi sgt ^_^ dalam hati sempat bermonolog..cikgu ni skema nak mampus..mesti tak kenal aku lg, ceyh cam laa ak ni hebat sgt..nk kata bijak? top 10 mase form one je..then after dat, result berterabur..obses sgt ngn pertandingan syarahan, forum, melukis & jd mc..nk kate pro tang tuh? pown tak!!!! haih cikgu, maklumla baru pindah..baru dapat jawatan baru sebagai ketua warden..tengah gian ngan jwtn baru r tuh!! haha, jahat aku !!


"awak kan boleh berhenti dekat pondok pak guard maklumkan tujuan awak nak masuk ambil barang, tapi kenapa awak tak berhenti tadi? terus panjat pagar, ni kesalahan tahu tak..ceroboh asrama..kalau hilang barang2 kat dalam nih, siapa nak bertanggungjawab?! herdik cikgu tu lagi..


"saya nak cepat, lagipun saya bukan nak mencuri.." haha bolehla pulak aku jawab cam tuh kat cikgu..
kurang ajor nye laa aku..


"tak kiralah apa tujuan awak, awak sepatutnya tahu undang2 sekolah..bagi no.matric awak ngan nama awak...lepas ni awak akan dikenekan tindakan demerit dan selanjutnya!!" tambah cikgu tu lagi sambil mengeluarkan buku kecil dan pen dari poketnya.. btw, aku skolah kt trg..cikgu ni cakap bahasa luar, dia org johor kalo x silap..while aku terpaksa menyimpan sekejap bahasa kampong kebanggaanku, English United States.. ekeke ^_^

tanpa rase marah & mechok ( lg sekali term of US assent ku terkeluar) dengan penuh tabah aku pown tulis je..baek kn aku?
haha!! padahal aku tulis semua yang tak betul..peduli hape aku tyme tuh, cikgu tu baru lagi kat sekolah..mesti tak leyh cam nye aku nanti..dalam hati aku, biar lantak la ko!!

hu..nakal nye zaman bebudak dulu..ni laa aku..aku tak suka dikongkong..tak suka terikat ngan peraturan atau arahan..so far, arahan dari Allah cam solat, puasa, tu aku buat lg la..walaupun kdg2 cam tak perfect kan..adoiya......jgn bininkan org cam ak nih, nyesal korang nnt ;p

bila fikir2 banyak lg perkara notti yang aku buat dulu, tapi kes cam kt atas ni aku kantoi..sebab aku susah nak terkantoi ngan cikgu2..buat jahat, baek punye cover !! kawan2 yg da kene blacklist & selalu terkantoi mmg menyampah giler kat aku..buat jahat, tapi asyik terselamat..haha..nasibla kn, muka baek la katekan..ekeke ^_^ zaman muda2 yang sgt merepek bagiku~

2. CEROBOH BILIK TV

aku rase perkara ni xde la jahat sgt..tp sbb peraturan asrama kn, bilik tv hanya open time weekend je, tu pown sampai kul 10 malam je kalau x silap..

aku kat sekolah amek aliran sains kejuruteraan..tapi kat sekolah dak2 kelas aku dipanggil budak LK..stand 4 Lukisan Kejuruteraan..kami pompuan x ramai & satu kelas je LK nih..gurls dlm 8 org ke 7org je (teruknyer ingatan aku ni, tak berapa ingatla..hu..) so kalo buat jahat mmg sekufu..hikhik..takpela ak sebutkan name2 dak2 nih..mimie, idah, miza, yana, fiza, zie, & aku..cam 7 tp kenapa rase cm 8 org ye? ha, mek Yam sorg lg, hu.......

operasi biase berjalan disebabkan ketagihan melanggar peraturan asrama & sekolah ataupun sebab mmg nk tgk cite best yg ade pd mlm2 hari..

seperti biase after isya' prayer..sume warga ASPURI dikehendaki pergi PREP..aku seperti biase berlagak cool ngan kunon2 buat sport check bilik2 study..kn pengawas a.k.a ketua majlis tadarus al-Quran aspuri berimej solehah lg alim2 taik kuching..padahal aku nak tgk line clear ke tak..manela tahu tibe2 muncul makhluk yg tidak diingini time tuh iaitu "sup bunjut" a.k.a cikgu noriah..haha warden asrama kami..ataupun lebih menakutkan cikgu ida (yang ni kami xsempat bg gelaran) sebab die susah nak cari properties..sape learnt logic die tahu ape yg aku maksudkan..

Sup Bunjut yg sememangnya tak asing lg !!

Mesti korang nak tahu kenapa kami pggil die sup bunjut kan? Owh tak nak tahu?? xpelaa..aku nak cite jugak! hihi, kami pggil die dat kind sbb setiap kali die nk rotan student2 yg buat kesalahan nih, die akn mtk student hulur tangan..& satukan jari2 sprt sup bunjut..then tanpa belas, die merotan jari2 yg dibunjutkan tadi tuh..tragis tol si sup bunjut nih kan? pk dak2 notti nih trauma lar tuh?serik?? huhu..jgn harap la.....lalala ^_^ mmgla kwn2 ak ckp dirotan cara sup bunjut tuh lg menyakitkan..tapi aku mmg slalu lucky & terselamat, tak pernah kene sup bunjut melainkan selalu makan sup yg diletakkan bunjut..ekeke ;p


ha..cam ni la gaya sup bunjut ! rotan xde nk buat demo..kire korang imagine sniri la kalo kene piat ngan rotan halus kt atas jari-jemari korang yg kiut lg miut tuh, amacam? cam rupe sup bunjut kan? ekeke.....


Baek sambung story aku td..lepas mendapati line clear..kwn2 aku bertindak berpura2 pergi ke toilet one by one..jarak mase antara sorg2 penyerta operasi kami tidakla begitu dekat kerana khuatir operasi kami diserbu pihak berkuasa..ekeke..kerana warga ASPURI masing2 sibuk study, plus, ade yg sibuk berborak sambil makan jujunk..maka kegiatan kami sukar dihidu..yg jelas reputasi kami adalah sbg budak LK yg terkenal tidur lewat malam kerana menyiapkan projek LK bukannya projek menceroboh bilik tv yg kerap kali di underground kan kami..

sampai ke hujung blok, memilih tangga yang jauh dr bilik warden..serta memastikan ahli2 operasi sume cukup & tak terlebih..hehe (mane tahu ade ahli len ikut kan, kan ni malam..seram! ) kami bertindak menanggal selipar msg2 kerana bimbang ade bunyi2 dari selipar yg bakal menjejaaskan misi kami. then sprt lagak skuad polis yg cuba menyerbu rumah penjahat..kami bergerak dengan penuh berhati2 & menunggu isyarat tangan dr ahli yg berada di hadapan & di beberapa penjuru untuk bergerak ke tempat operasi dengan selamat..ekeke ~

Akhirnya, setelah betul2 berada di belakang bilik tv, kami bertindak menanggalkan tingkap nakuh satu demi satu..sehingga muat untuk badan kami melolos masuk ke bilik tv melalui tingkap tersebut..ahli masuk sorg demi sorg tanpa sedikit bunyi..( nasibla mase ni xde yg terkentut, or sendawa..kalo x mmg kecoh la..haha!! )

setelah itu..mimie ngn mek yam (dua org nih kalo x slh) or miza?mimie ngan miza rasenyer..yg pasti bkn aku sbb memerlukan org yg bersaiz tggi..dua org nih bertindak memegang kusyen sofa, di mana sorg di sebelah kanan tv & sorg lg di sebelah kiri tv, untuk menghalang pantulan cahaya dr tv dr tersebar..(kan gelap, kalo bukak tv tanpa halang ngan kusyen kat tepi, cahaya dr tv tuh bleyh nampak dr luar bilik tv tuh..hihi, strategi2..disebabkan kami suke tgk cite omputeh cm cite angel yg nga berhantu time zmn muda2 dulu tuh, jd kami xde mslh kalo xdgr bunyi suara pown, just tgk subtitle..haha !!! yg bahagianye aku ngn idah, sebab kami pendek..so x payah penat tangan pegang kusyen sampai abes cite..da la kene diri pegang tuh..kami yg tak berapa nk tggi ni duduk cam puteri raja kt ats sofa sambil nonton tv, owh penuh selesa ^_^ hikhik ~~

gambar adalah sekadar hiasan..haha, situasi ni terbalik..yg kurang tinggi cam aku plak terseksa ;p


alhamdulillah operasi kami xdpt dihidu..biasenye sukses ngn cemerlang..tak tahula kalo time aku tak join, minah2 tuh kene cekup..kn aku slalu outstation pi pertandingan pape ntok wakilkan sekolah..ecece, mcm la jauh sgt pergi..plg jauh pown Labuan je..so far seingat aku rasenye selamat je..

aku cite ni bukannye bangga sgt ngan kejahatan yg prnah dilakukan..or kuasa yg telah dimanipulasikan..tapi aku cite saje nk share yg aku ni tak pernah sempurna..so dat korg pk sniri ape yg korg rase..terpulang nk lihat dr aspek positif or negatif..korang sume da besor panjang kn..yg pasti kwn2 aku ni adalah classmates aku dulu..yg ade perangai notti siket2..hu, kdg2 byk jgk..skrg ade yg kt overseas, kt negeri omputeh..ade yg msh belajar, ade yg da keje pkai kete besor..hehe & ade yg da lost contact..tp alhamdulillah setakat ni xde cite yg tak baek pasal mrk yg aku dgr..mgkin msg2 sdg membina career or menuju mase depan yg cemerlang, gemilang & terbilang..haha x bley blah ayat nih, dulu time pak lah jd PM, asyik gune term nih dlm pidato, syarahan, & forum, asyik2 duk ulang bait2 nih je..bajet nk amek ati PM..poyo jer~

Yang pasti aku bukanlah cam Asiah Yusra yg nampak perfect cam dlm novel Fatimah Syarha, atau pown sesolehah & sesopan Fatimah Syarha Nordin atau selembut & sehemah Ana Althofunnisa' dlm novel Habiburrahman el- Shirazi..aku sorg pompuan yg mmg x sempurna, xprnah cantik baek luar atau dalam, x berapa nak pandai (ayat nak jage ati sniri) yg kalo bleyh x nk jd terkenal..tp mmg tak de org kenal pown..(bkn ape, jgnla igt aku ni humble sgt, kalo da terkenal susah nk buat jahat, org asyik perhatikan) & ingin hidup sprt biase2 cm manusia len..

impian aku pelik sket, itulah aku..aku yg tak pernah stabil & sempurna........................hmm....................

huh!penat type..guys..doakan aku btol2 jd baek, aku pown tingin nak masuk syurga ^_^  inshaallah, amin~

jap2..baru aku tingat..mek yam ngan zie tak join ktorang buat jahat..hikhik, dorg berdua time tuh agk berdisiplin..hrp maaf di ats segala kecelaruan yg berlaku dlm cerita beta..beta insan yang tak pernah sempurna ^_^