Monday, December 7, 2009

persamaan VS kerjasama?


Sepertimana telah bertanya seorang murid kpd Imam Hambali,
"Bilakah yg dikatakan rehat yg sebenar itu?"
Jwb Imam,
"Apabila kamu berjaya meletakkan kedua-dua tapak kakimu ke alam syurga. Itulah kerehatan yg sebenar.."

Semoga kita berjaya memperolehi kerehatan yg abadi suatu ketika nnt..jadi tok sah le duk rerisau bile cuti sem dah abes ek..pasal idup ni memang xde istilah rehat sebenaqnya..

Sambil2 menganyam ketupat tu, biarpun belum raya lagi..(huhuhu..) ta a'lau ma'an menghayati kisah ni...YaLLAH..YaLLAH..

Tinggalkan Rumah...

Satu hari sepasang suami isteri sedang bertengkar. Oleh kerana tidak tahan dengan perangai suaminya yg suka pulang lewat si isteri bertekad keluar dari rumah dan meninggalkan si suami. Si isteri terus bergegas ke bilik untuk mengemas beg.

Suami : "Eh, awak ni berkemas nak ke mana?"
Isteri : " Saya dah tak tahan dengan abang. Dah 10
tahun kita kahwin,sy rasa rumah ni tak pernah aman.Saya nak tinggalkan rumah ni!!!"

Tiba-tiba si suami masuk ke dalam bilik dan mengeluarkan satu lagi beg kepunyaannya.

Suami : "Betul jugak cakap awak. Saya pun dah fed-up tinggal kat rumah
ni, boleh saya ikut awak sama?!"
Isteri : "......?????????........?????"

Amacam?! kisah ni nampak simple jer kan..tapi kalau difahami betul2, still ada manfaat yg kita bleh perolehi.So..?

Pandangan peribadi aku, walaupun aku masih single lg(huhu,promot)..apa yg penting dlm sesebuah organisasi baik institusi keluarga, badan pertubuhan, hubungan persahabatan dan sebagainya adalah sikap mencari persamaan persefahaman..

Kini, jemaah2 Islam tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan..rentetan penindasan yg semakin berleluasa terhadap umat Islam di serata dunia dan ada jua yg bangkit kerana kesedaran hasil kewarasan sebagai seorang muslim yg berilmu..

timbul pula isu ta'adud jamaah..ketidaksefahaman jamaah2 Islam kerana berlainan hadaf & manhaj..

justeru, apa tindakan yg sewajarnya perlu diambil?

Fi ro'yii aku.. selaku ahli Sunnah walJamaah, aku lebih selesa bersikap "berlapang dada"..namun pada masa yg sama tidak sesekali meninggalkan rukun tajarrud dalam bai'ah yg diikat bersama jamaah. Menganggap badan2 lain yg menggelarkan diri mereka sebagai jemaah Islam biarpun pada realitinya ciri2 sebagai Harakah Islamiyyah kurang jelas pada pembawaan mereka..

Biarpun pada persidangan jemaah2 Islam dunia, jemaah2 tersebut tidak tersenarai malah jua tidak diiktiraf Jemaah Islam Dunia yg lain sebagai sebuah Jemaah Islam yg benar2 menepati ciri yg digariskan oleh Al Quran dan As Sunnah..

Anggaplah mereka Bunga-bunga pada Perjuangan Islam, hadirnya menyerikan lagi perjuangan..
Carilah persamaan..demi kemaslahatan Islam..
Teringat aku akan nyanyian sekawan kecil kanak-kanak riang yg sedang menolak relung simen bersama-sama di suatu petang hujung minggu lepas..lagu yg dinyanyikan adalah lagu dari cartoons Wonderpets,
Berbunyi,
"Kami tak besar dan kami tak kuat, bila kerjasama semua jadi mudah..apa yg penting?kerjasama!.."
mereka mengulang2 rangkap, "apa yg penting?kerjasama!.."sambil sama2 menolak relung2 simen ke tepi..
Aku sket termangu tyme tuh,
kalau direlatedkan lagu cartoons tersebut ada persamaannya dengan apa yg berlaku terhadap Jemaah Islam. Bilangan muslim yg benar2 berani untuk menjadi Pejuang Islam tak ramai..jumlahnya tak besar dan kita pastinya tak kuat kalau sering bersikap untuk berpecah-pecah. Jadi, apa yg penting di sini adalah kerjasama antara setiap pejuang Islam yg ingin bergelar Jundullah..
aku yakin,jika kita semua benar2 ikhlas nak bawa Islam, biarpon berlainan pendekatan, suatu saat nnt kita tetap akan bersatu!Takbir!!!Ya Allah..maafkanlah aku andainya tanggapan aku ini sebenarnya tersilap..
Pada sahabat2, asif sekiranya pandangan aku ini mengandungi kelemahan..
pokok dahannya, ape yang penting? Kerjasama!!! huhu..Barakallahufikum..=)

2 comments:

Allgreen said...

Bagus la blog awak!

Saya baru nak berjinak2 dgn alam blogger! Boleh belajar ke..
- padukekap67@gmail.com

tukang kebun solehah..=) said...

wslm,
belajar ape 2 ea allgreen?
saya pon budak baru belajar..baru belajar pegang galah..then sahabat2 tolong jolokkan,

xde masalah nk belajar..=)sekeliling kite ni,sume Allah cipta untuk diambil manfaat serta dipelajari...hatta ngn tukang kebun yg bukan blogger pon..means tukang kebun yg bese kt luar tuh,pon banyak manfaat yg dpt kita pelajari ngan depa kn..

saya sedang belajar menulis & menyampaikan sesuatu yg lahir dari hati..jika allgreen nk belajar sesuatu,saya bukanlah org yg hebat untok jd sifu..

tp ape yg boleh saya kongsikan,jom kite berusaha menulis dari hati..
menyampaikan sesuatu dari hati..=)