Thursday, April 8, 2010

Bila Tukang Kebun kembali berkebun…………….

Selawat dan puji2 an tertinggi & terpuji ke atas Baginda S.A.W…

Sudah lama kebun ini sepi tanpa sebarang usaha cucuk tanam, apa khabar iman tukang kebunnya?

Apa khabar taqwa mad’ u di luar sana,

Adakah setandus tanah kebun yang dibiarkan terbiar lame ini………



Puji2an ke atas Allah Subhnawataala yang menjadikan hidup ini penuh dengan dugaan & ujian…

Yang menjadikan aku seorang Islam sejak lahirnya..

Seoarang manusia yang diselimuti dengan berbagai kekurangan..

Seorang muslimah yang xpernah lekang dengan wabak hati,

Menjadikan diri umpama ketagihan tarbiah daripada sahabat-sahabiahnya..

Yang hampir sahaja lemas dalam lautan godaan dunia..



Ya Allah,

Di saat yang lain sedang giat berusaha memartabatkan ad-DinMu..aku pula sebaliknya,

Bertarung nafsu bersama sejempul iman yang tidak seberapa,

Dunia ini benar mencabar,

Hampir ku rasakan tertewas dengannya..

Ku mohon,Engkau selamatkanlah aku..

Hadiahilah aku dengan hati yang baru…

Yang hanya pantas untuk dihuni dengan “Cinta-Mu”………….


Tak lama lagi aku akan menjadi tetamuMu..

Aku mahu pergi dengan azam yang baru,

Dan jika pulang..aku ingin menjadi “aku yang baru”..

Dan jika kepulangan bukanlah takdirku..

Maka,tempatkan lah aku di kalangan mereka yang diterima taubatnya,

Yang menghuni Jannah bersama kalangan syuhada’Mu..



Dan buat sahabat2..kebun kali ni bukanlah tertanam dengan pokok yang baru..

Cuma sebagai langkah rawatan…kerana tumbuh-tumbuhan di dalamnya terkena jangkitan virus yg merbahaya..

Dan mungkin jika perlu, pokok yang sedia ada harus dicantas sahaja,

Berdoalah sahabat..agar tukang kebun mampu berhijrah,

Kali ini, diri ini benar2 hampir tersungkur rebah…

Dek kerana terlampau banyak tunggul2 ujian & dugaan yang hampir tersepak…



Wahai Penilai hati,

Aku teramat lemah..namun,

Akanku cuba memaafkan sesiapa sahaja,

Dan ku harapkan begitu juga daripada kalian……..



Allahuakhbar! Allahuakbar! Allahuakhbar!!!

“When u lose ur way..2 Allah we should turn, s He promised He’ll always b there………..amin..”

I thank Allah 4 opening my eyes...........!!!



- & Salam terakhir…jika inilah suratan daripadaNya-

2 comments:

Carry Me Pretty said...

salam wrt..Elly yea..sy dr envyme collection..xsorry xperasan comment drp awk..biasanya kami terus dpt email,tp kali ni xde pula. btw still berkenan dgn kain tu ke? yg mn satu yea? kalo nk,by 1st week of may insyaAllah dh boleh dpt :) pape boleh tulis kt chatbox je, or email terus ke nvmecollection@yahoo.com. btw suke blog awk ;) sy tulis blog jgk time masih blaja dulu, tp lama dh stop, insyaAllah skrg dlm proses nk smbg blk :)

Agoes said...

salamuakum ya ukhti , limpahan kasih dari yang maha pengasih, semoga tetap berjaya semua "tukang kebun dimanapun berada" selamat berkebun, tanam apasaja demi tegaknya aturanNYA, sabar menghadapi serangga yang setiap saat bisa merosak tanaman. tetap dijaga tanaman, dipupuk, disiram semoga berbuah yang bagus, lezat. selezat iman yang lezatnya insya Allah abadi...Kutunggu tulisanmu lagi, aku senang membacanya..