Saturday, January 2, 2010

Pelajar Tahfiz Tanggung Malu


SIASAT...anggota penguat kuasa Jaik menyoal siasat
pelajar Maahad Tahfiz (tengah) bersama kekasihnya.

ALOR STAR: Seorang pelajar lelaki sekolah agama Maahad Tahfiz di Jalan Langgar, di sini, sepatutnya menyertai sesi bacaan al-Quran di sekolahnya malam kelmarin, namun dia berpaling tadah apabila keluar bersama kekasihnya dan menyewa hotel bajet untuk melepaskan rindu serta menyambut tahun baru.Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang padah apabila mereka dicekup sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) di bilik hotel berkenaan di terminal bas Shahab Perdana, di sini, dalam operasi cegah maksiat kira-kira jam 5 pagi, semalam.

Malah, pelajar lelaki berusia 20-an itu turut merayu pihak berkuasa melepaskannya kerana malu jika kejadian dia ditangkap khalwat diketahui disebabkan statusnya sebagai pelajar Maahad Tahfiz.Difahamkan, sejak menuntut di situ dia sudah menghafal lima juzuk al-Quran. Dia dicekup berkhalwat bersama pasangannya yang juga pelajar di sebuah kolej swasta di Jalan Suka Menanti, di sini, selepas pihak berkuasa yang membuat pemeriksaan mendapati pintu bilik hotel itu berkunci dari dalam dan pintu hanya dibuka selepas setengah jam kemudian.

Ketika ditahan, dia hanya berkain pelekat tanpa baju, manakala pasangannya berpakaian lengkap berada di atas katil di bilik itu dalam keadaan terpinga-pinga.
Bagaimanapun, pasangan itu terpaksa dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Star untuk siasatan lanjut sebelum dibawa ke pejabat agama.Operasi bersama itu turut disertai penguat kuasa Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Kedah (AADK).

Dalam operasi di hotel berasingan, pihak berkuasa terpaksa memecahkan pintu sebuah bilik hotel di Jalan Seberang Perak, di sini apabila sepasang kekasih menginap di sebuah bilik di hotel itu enggan membuka pintu walaupun diketuk berkali-kali.Katanya, selepas hampir sejam menunggu, pihak berkuasa terpaksa bertindak memecah pintu bilik berkenaan apabila gagal membukanya menggunakan kunci pendua yang diberi pekerja di situ, kira-kira jam 2 pagi.

Pasangan itu ditahan untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan keluarga sementara menunggu perbicaraan di Mahkamah Syariah.Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jaik, Sheikh Muhamad Suhaimi Salleh berkata, dalam operasi bermula jam 11 malam hingga 5.50 pagi itu, pihaknya dengan kerjasama agensi lain menahan 10 pasangan disyaki berkhalwat dalam serbuan di beberapa hotel murah di sekitar bandar raya itu.

Beliau berkata, semua yang ditahan itu berusia antara 14 hingga 40 tahun dan ditahan mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkhalwat sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai.Sementara itu, Ketua Operasi AADK Kedah, Ahmad Fuad Talib berkata, daripada 21 ditahan dalam operasi itu, hanya dua disahkan positif dadah.

Sumber copy paste ini adalah berita dari: My Metro – Sabtu, 2 Januari 2010

2 comments:

khaulah al-mujahidah said...

inilah akibatnya kalau x mengamalkan ilmu yang dimiliki atau menyalahgunakannya, x kira ilmu di bidang apapun...contoh lain...perompak2 bank zaman sekarang, mereka bukan orang bodoh,zahirnya ada ilmu tp x mengamalkannya atau lebih munafik lagi menyalahgunakannya...astaghfirullohalaziim, ngeri ya shabat2ku...di akhirat nanti, robbi tdk bertanya banyak mana ilmu yg kamu miliki? tetapi DIA bertanya banyak mana ilmu yang kamu amalkan?...YA ALLOH jauhkanlah aku dan teman2ku daripada kemurkaan-MU...aamiiin.

...Nur Insan..... said...

astaghfirullohalaziim...

"ya Allah teguhkanlah hati kami dan tetapkanlh iman kami dlm m'hdpi kehdpn yg t'lalu bnyk dugaan ini..."